Saturday, December 26, 2009

Hasad Dengki Dalam Pandangan Islam

Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: ”Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam:

Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Sambungan..

Hijrahlah...

Hijrah adalah peristiwa yang amat penting di dalam sejarah Islam sehingga ia dijadikan titik permulaan tahun baru Islam. Hijrah adalah pemisah antara situasi kegelapan kufur jahiliah dan kegemilangan cahaya Islam dan Iman. Peristiwa Hijrah membawa pedoman kepada kita semua tentang betapa pentingnya kekuatan iman sebagai asas keutuhan ummah. Dengan Iman Rasulallah s.a.w memupuk persaudaraan , perasaan belas kasihan sesama Islam serta mengagihkan kekayaan sesama sahabat dengan adil dan saksama.

Hal seumpama ini tidak pernah terjadi di dalam sejarah sebelumnya dan tidak logik difikir-kan kerana ternyata kaum Aus dan Khazraj telah berkelahi sesama mereka selama ber-kurun lamanya. Hijrah menyatupadukan Muhajirin, sahabat-sahabat dari Makkah yang lari membawa iman dan Ansar yang terdiri dari Aus dan Khazraj yang telah diikat oleh Rasulallah di dalam satu ikatan aqidah yang kukuh. Firman :

" Dan berpeganglah teguhlah kamu dengan tali Allah ( agama Islam ) dan jangan-lah kamu berpecah belah. Ingatlah kurniaan Allah kepada kamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan hati-hati kamu ( di dalam agama Allah ) sehingga dengan kurniaan Allah itu, kamu menjadi saudara. Dan kamu dahulu berada di tepi lubang neraka, maka dilepaskan Allah darinya. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu supaya kamu ber-taqwa."

( Ali Imran : 103 )

Dengan Iman dan ukhwah, Rasulallah s.a.w dapat menyelesaikan masalah ummah dan menjana kekuatan untuk menegakkan sebuah kerajaan Islam yang pertama di Madinah Al Munawwarah. Antara peristiwa penting yang perlu dilihat di dalam peristiwa hijrah ini ialah bagaimama Rasulallah s.a.w mengorak langkah membina peribadi sahabat dengan iman dan Islam sehingga berjaya menyelesaikan persengketaan politik dalaman, sosial dan juga ekonomi. Telah terkenal di dalam sejarah, Aus dan Khazraj telah bersengketa sehingga peringkat berperang sesama mereka. Bagaimana pun tindakan tersebut tidak menyelesai-kan masalah sebaliknya menyemarakkan lagi perasaan dendam sesama mereka. Disamping itu kaum Yahudi yang telah sekian lama bercita-cita untuk menerajui tampuk pemerinta-han Madinah, menjalankan agendanya dengan melakukan berbagai helah untuk menaikkan diri mereka antaranya mengaut keuntungan ekonomi di atas kelalaian umat Arab berperang sehingga lupa kekuatan ekonomi sebagai asas kemajuan. Ibarat menangguh di air yang keruh, umat Yahudi mengaut keuntungan berlipat kali ganda apabila umat Arab lemah dan dungu akibat politik dalaman dan perang saudara.

Sambungan...

Thursday, December 24, 2009

« يا ابن أم لا تأخذ بلحيتي »

لحيتي وأفكاري : سود وبيض ، مرتبة وشعثة ، قصيرة وطويلة ، ثابتة ومتساقطة ، تلك هي ....ظننتها الإسلام ، فزهوت بها على غيري فانا بها وغيري بدون ....

تحركت يدي تداعبها ، وعلا صوتي بها ، لأُشعًر غيري بتَمَيُّزي ، وليعتقد هو استقامتي ، فلم تنفعني .... ،

رَجُوْتُها الثبات فطالت وباضت - أي أصبحت بيضاء - أظُنُّها كذلك .....،، وكم مرة احتاجتا إلى تهذيب .....وتعديت مراراً على مساحتها ، وأصررت على تسميتها لحية - بملء الفم - رغم قناعتي بأنني تعديت ....

العيب فيها .... ، في عيوني ، في نظارتي.... ، في المرآة .. ، في الصابون... ، في السشوار... يالشعيرات لحيتي ،،،.

يا من أحبكم في الله : استروا ولا تكشفوا أسراري :

أفكاري كأشعاري لا بحر لها توزن عليه ، اعترفت بحاجة شعر لحيتي إلى تهذيب وما اعترفت كـ....إلى حاجة أفكاري إلى تهذيب مع أنها كشعر لحيتي بيض وسود ، مرتبة وشعثة ............

تعصبت لأفكاري كـ ..... ، فكم هم المخطئون في نظري ،، ، لكني ما اعترفت أن من أفكاري من شاخ وباض ، .....

يا من أحبكم في الله : -


التالي...

Wednesday, December 16, 2009

besok ke EXAM....???

Salam sejahtera buat ilmuan sekalian. Semoga dilimpahi dengan rahmat dan inayahNya sentiasa.. Dan dilapangkan dada seluas-luasnya untuk menerima sinaran Ilmu Allah...Amin..

Dikesempatan yang tak seberapa ini...di tambah lagi dengan "dugaan sejuk"...Pemikir tergerak hati untuk berkongsi pendapat bersama para ilmuan sekalian. Memandangkan pemikir kini masih lagi dalam proses memburu ilmu Allah...maka tidak dapat dapat dinafikan ..pelbagai pengalaman manis dan pahit yang telah berlalu dan akan dilalui nanti. Semmoga semua itu mampu untuk mematangkan lagi si pemikir.

Imtihan...Examination...Peperiksaan...

Inilah yang cuba dikongsi bersama buat kali ini. Hanya dengan mengimbau kembali alkisah..ketika Pemikir dalam perjalanan pulang dari Jamiah / Universiti. Berjalan kaki bersama sahabat2 bakal pemimpin ummmah nanti..insyaAllah....macam-macam tajuk perbualan disentuh oleh bibir-bibir dan minda-minda kami...sekadar sentuhan...Tetapi..pabila ditimbulkan tajuk EXAM...tanpa kami sedari , perbualan kami itu bukan lagi sekadar sentuhan ..bahkan macam BICARA SISWA pulak..hehe...nasib baik takde moderatornyee...

Bermacam-macam pendapat dilontarkan oleh ahli panel2 tersebut berkaitan dengan IMTIHAN...izinkan saya untuk buat khalasoh je la ye dari BICARA SISWA sambil berjalan tu...

sambungan...

Monday, November 9, 2009

Setengah BERISI, setengah KOSONG?

Pemikir Muslim kali ingin berkongsi satu fakta tentang tabiat pemikiran manusia yang mana tabaiat-tabiat tersebut mampu memberikn manfaat dan juga mudharat kepada si pemikir. Seperti yang kita sedia maklum bahawa yang akan membezakan antara manusia dan haiwan adalah AKAL. Sebaik-baik akal adalah akal yang dipandu oleh ilmu yang benar dan iman kepada Allah Yang Esa.

Para ilmuan sekalian, fakta ini terbukti apabila saya menjadikan beberapa kawan saya sebagai bahan kajian (secara spontan je). Saya mengambil satu gelas yang setengah berisi air. Kemudian saya meminta kawan-kawan saya itu tadi untuk menyatakan apa yang mereka lihat. Setelah sejenak berfikir, sambil tersenyum bercampur sedikit ketawa, mereka seolah-olah menyangka saya "kurang sihat" pada hari itu dengan mengajukan persoalan tersebut.

Sebahagian daripada mereka menyatakan "gelas itu separuh kosong" dan sebahagian yang lain mengatakan "gelas itu separuh berisi". Saya pun dengan riak muka tersenyum terus menyindir (gurau) "aikk..soalan yang senang ni pon boleh bercanggah jawapan jugak ke??"

Sememangnye hakikat jawapannye kedua-dua jawapan itu adalah betul. Tetapi apa yang menariknya adalah corak pemikiran dan pandangan mereka. Cuba kita teliti dengan pandangan mereka itu, mereka yang mengatakan "gelas itu separuh kosong" melambangkan cara pandangan yang pesimistik, manakala mereka yang melihat gelas itu dan mengatakan "Masih ada setengah lagi air dalam gelas tu!" melambangkan corak pemikirannya yang positif ataupun optimistik.

Dalam aspek kerjaya,contohnya kita sebagai seorang pekerja pejabat kerajaan, apabila kita disuruh untuk melakukan sesuatu kerja oleh ketua dan ketika itu jam menunjukkan pukul 4.45petang(malaysia). Setengah orang akan berkata , "Ah, esok je lah aku buat. Sekarang ni dah dekat waktu balik dah.!"

Manakala, ada juga oarang yang akan berkata, "Baik aku buat kerja tu sekarang, ade lagi 15 minit, esok aku boleh buat kerja lain pula!"

Perhatikan ilmuan sekalian, waktu yang sama, tetapi cara kita memandang masa 15 minit itu akan berbaza.

Begitulah juga dalam segenap aspek kehidupan yang lain, cara kita memandang orang lain mempengaruhi hubungan kita dengan orang itu selanjutnya. Ada orang yang lebih suka menonjolkan sifat negatif kawannya berbanding sifat-sifat positif yang dimilikinya. Dengan kata lain, masih ada oarang yang lebih suka bercerita tentang "gelas kosong" orang lain berbanding tentang "gelas berisi" orang itu.

Corak-corak pemikiran yang sedemikian ini mungkin dipengaruhi oleh apa sahaja yang masuk ke dalam fikiran kita, mungkin melalui pembacaan, tontonan, perbincangan, dan juga hasil didikan dan asuhan sejak kecil. Yang pasti, corak dan cara pandangan manusia ini tiada hubungankait dengan pangkat, jawatan, gelaran yang disandang ataupun kekayaan yang dimiliki, malah ia semata-mata berdasarkan mutu mental dan pemikiran seseorang itu.

Oleh itu,..bagaimana "gelas" diri kita, "gelas" keluarga kita, "gelas" kawan2 kita, gelas kerjaya kita.....sekarang????

Semua "gelas-gelas" itu tentunya tidak penuh dan pastinya ada bahagian2 yang kosong. Langkah yang paling penting untuk kita melalui keadaan ini dengan lebih berkesan adalah dengan mencari makna dan inspirasi daripada sesuatu yang berisi itu. Dengan itu, kita mampu menghasilkan sesuatu yang kreatif dan mampu membuat lebih banyak perubahan dan kelainan dalam diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya.


Mafhum daripada satu hadis nabi, " sekiranya masih ada ditangan kamu sebiji tamar, di saat kamu sudah berada dihujung hayat, maka tanamlah biji tamar itu , walaupun kamu sudah tidak sempat merasa hasilnya, tapi semoga orang2 selepas kamu itu dapat mengambil manfaat daripadanya kelak."

Thursday, November 5, 2009

Akhlak ?? Islam ke bukan ni??

Masyarakat manusia yang kini mendiami bumi ini adalah satu generasi manusia yang berada di bawah pimpinan dan utusan yang terakhir iaitu Rasulullah SAW. Baginda telah membuka semua pintu kebaikan seluas-luasnya dan telah menutup semua pintu kejahatan serapat-rapatnya. Hidup dan mati baginda sebagai seorang hamba dan pesuruh Allah. Membawa umat manusia ke jalan yang benar dan member syafaat kepada umat baginda di hari akhirat.
Begitulah juga tugas nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu, membawa risalah-risalah tertentu kepada umat-umat atau masyarakat manusia yang tertentu. Tidak lain dan tidak bukan untuk menyebarkan akidah yang satu iaitu mentauhidkan Allah melalui syariat-syariat yang berbeza.
Ini bermakna tiadalah masyarakat manusia yang pernah mendiami bumi Allah ini tanpa diutuskan nabi atau rasulNya. Maka boleh kita anggarkan bahawa setiap masyarakat manusia itu memiliki satu kepercayaan dan pegangan dalam hidup mereka iaitu agama.
Orang yang berAgama bermaksud orang yang mempunyai kepatuhan terhadap sesuatu. Setiap apa yang dianggap oleh manusia sebagai sesuatu yang layak disembah dan di’abdikan diri kepadanya itu dianggap sebagai tuhan, samaada tuhan itu betul ataupun palsu, itulah konsep agama secara umumnya.
Peng’abdian (penghambaan) manusia terhadap tuhan itu pula terbahagi kepada dua, samaada hamba kepada tuhan Allah yang satu ataupun penghambaan kepada selain dari tuhan Allah yang satu.
Oleh itu, menjadi fitrah dan naluri manusia untuk mencari satu panduan dalam hidup (agama). Beberapa tokoh falsafah islam dan juga barat telah menggambarkan kaitan manusia dan agama.
Seorang tokoh falsafah yahudi Hendry Barjson pernah berkata : “Aku telah dapati dan memang ada masyarakat yang hidup tanpa ilmu, budaya, dan falsafah, tapi aku belum pernah lihat masyarakat yang tanpa agama”.
Tok guru kita yang paling disanjungi, Nabi Muhammad SAW seperti dalam hadis baginda : (setiap anak yang lahir itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapa mereka yang mencorakkannya, samada dengan corak yahudi atau nasrani atau majusi….).
Gambaran ini cukup jelas kepada kita bahawa anak-anak yang telah lahir ke muka bumi ini adalah dalam keadaan fitrah iaitu mempunyai “bekas” agama itu, terpulang kepada ibu bapanya untuk mengisi “bekas” itu dengan isi yahudi atau nasroni dan sebagainya…..
[ Sambungan.. ]

Friday, October 16, 2009

AKU CINTA SIAPA SEKARANG??

Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon dan lain-lain.

Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.

`Cinta Sebelum Perkahwinan`

Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : " Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"

"if you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.

Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.

`Cinta Selepas Perkahwinan`

Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.

Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : " Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (mafhum hadis)

Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.

Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.

Thursday, August 20, 2009

Aura Ramadhan kian terasa

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan al Karim...

Alhamdulillahi robbi 'aalamin...Hanya pada Allah SWT kita bersyukur...selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan para sahabat2nya..salam rindu juga buat ayahnda dan bonda tersayang...terima kasih kerana kalian telah memelihara benih Islam di lubuk hati ini...semoga kalian sentiasa berada dalam peliharaan Allah..

Sedikit mengecut juga hati ini pabila disebut2 Ramadhan...Ramadhan...Ramadhan... yg sudah makin tiba ini, ditambah lagi dengan cuaca sejuk di pagi hari yang agak berbeza dengan sebelum ini. Kiri dan kanan ku hanya memandang kawan2 yang bakal berjuang bersama di medan ilmu ini. Jauh di benak hati ini untuk ku undur lagi dari medan perjuangan ini walau selangkah. Rindu dan sayang ku tinggalkan sementara, demi mengejar rindu dan sayang dariNya yang selama2nya. MOga semuanya mengundang manfaat di hari kelak.


Begini rasenye....Buat julung kalinya dapat merasa aura Ramadhan di negara yang asing pada diri ini, tapi tak mengapa kerana di sini pon bumi Allah jugak...alhamdulillah...rindu pada keluarga dan sanak saudara yang berjauhan di mata terubat sedikit demi sedikit berganti rindu pada bulan Ramadhan yang bakal tiba ini. TIdak dapat ku bayangkan beratnya rasa rindu dan sayang ayahnda dan bonda, sanak saudara, rakan2 apabila menerima satu perpisahan sementara dengan seorang individu yang sebelum ini cukup riang bersamanya. Penuh dengan kenangan manis dan pahit. Dan kini menunggu kepulangan yang mungkin berakhir dengan pertemuan di dunia dan mungkin juga hanya pertemuan di syurga kelak. Hari berganti hari bak tahun berganti tahun.


Sebelas bulan berlalu.....berbekal nyawa di badan, ditambah kurdat dan iradatnya...tiba2 terdengar khabar kepulangannya yang selalu dirindui itu. Makin terang bayangan senyumannya, makin terasa hangat pelukannya ketika wida', makin ringan beban dihati...mungkin esok mungkin lusa ia dijangka tiba. Persediaan demi persediaan diatur dengan sebaik mungkin...untuk menyambut kepulangannya yang ditunggu selama ini. Mengharapkan persediaan itu menguntungkan dan mengembirakan diri dan juga yang bakal tiba. Juga mengharapkan agar ia dapat menggamit kembali kenangan manis yang pernah ditinggalkan sebelum ini. Juga mengharapkan kasihnya itu diterima dan menerima kasih dari yang akan pulang.


Maka tibalah bulan Ramadahan yang segak bergaya bersama bakul2 maghfirah dari AlGhafur....maka penggerai pun sudah mula sibuk dengan persiapan juadahnya, media massa juga mula sibuk mengatur rancangan2 yang istimewa untuk disajikaan sepanjang Ramadhan, tukang2 jahit pun mula gelisah dengan tempahan2 baju raya yang kian bertambun...namun..bagaimanakah persediaan orang2 yang beriman yang merindui kelazatan ibadah dibulan yang mulia itu..???cukuplah dengan perpisahan selama 11 bulan itu mengajar erti rindu pada Yang Esa dan rindu untuk beribadah di bulan Ramadhan...


Kebiasaanya, kita akan lebih teruja menunggu kepulangan seseorang yang dirindui, disayangi, dan dihormati kerana sifat2 baiknya, akhlak dan adabnya...agak mustahil kita itu ghairah menunggu kedatangan bulan Ramadhan semata2, kalau la begitu labih baik kita menunggu shj bulan syawal atau zulqaedah dll. Ini kerana Allah telah melebihkan satu2 bulan ke atas bulan2 yang lain dengan kelebihan2 tertentu.


Bulan Ramadhan Al Mubarak..bulan yang ke-9 dari 12 bulan..BUlan yang bakal menjadi penjara pada segala kejahatan2 iblis dan syaitan yang setia dengan dendam kesumatnya dan bakal menjadi syurga pada kebaikan2 makhluk yang mendambakan redha Allah...Apabila datangnya Ramadhan, pintu Syurga mula dibuka dan pintu neraka pula ditutup..Selain itu, padanya dihimpunkan peristiwa2 yang cukup berharga buat umat Islam yang menghayatinya. Al-Quran yang menjadi mukjizat kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW, telah diturunkan pada bulan Ramadhan, dan padanya juga dikurniakan satu malam yang paling mulia berbanding dengan malam2 yang lain iaitu Lailatul Qadar...malam yang diturunkan berduyun2 malaikat dari langit untuk mencatat amal kebaikan hambaNya...nilainya adalh lebih baik dari kita beribadah selama seribu bulan di bulan2 yang lain. MasyaAllah....

Yang penting suasana beribadah yang tiada pada bulan2 yang lain...sungguh cantik aturan yang ditunjukkan oleh Rasulullah...malamnye umat islam beribadah (tarawih, qiamullail) beramai2 dan siangnya mereka berpuasa beramai2...menahan diri dari makan dan minum dan mendidik syahawat yang liar itu. Beruntunglah bagi siapa dapat mengecapi suasana sebegini dan semoga Allah menggantikan dengan suasana yang lebih baik dari ini pada sesiapa yang tidak dapat mengecapinya di dunia ini.

Oleh itu, tidak kira dimana kita berada ketika menyambut ketibaan Ramadhan itu, yang penting ia mesti disambut dengan diri yang bersedia dalaman dan luaran. Biarlah ia datang dgn snyumn dan pulang juga dengan senyuman..

Wednesday, August 5, 2009

Kebahagian & Kesengsaraan

مِن علاماتِ السعادةِ والفلاحِ أن العبدَ كلما زيد في علمِه زيد في تواضعِه ورحمتِه : وكلما زيد في عملِه زيد في خوفِه وحذرِه : وكلما زيد في عمرِه نقص من حرصِه : وكلما زيد في مالِه زيد في سخائِه وبذلِه: وكلما زيد في قدرِه وجاهِه زيد في قربِه من الناسِ وقضاءُ حوائجَهم والتواضعُ لهم.


وعلامات الشقاوةِ أنه كلما زيد في علمِه زيد في كبرِه وتيهه : وكلما زيد في عملِه زيد في فخرِه واحتقارِه للناس وحسنِ ظنِه بنفسِه : وكلما زيد في عمرِه زيد في حرصِه : وكلما زيد في مالِه زيد في بخلِه وإمساكِه : وكلما زيد في قدرِه وجاهِه زيد في كبرِه وتيهِه. وهذه الأمورُ ابتلاءُ من اللهِ وامتحانُ يبتلى بها عبادَه فيَسعد بها أقوام ويَشقى بها أقوام.


(( فأما الانسان إذا ما ابتلاه ربه فأكرمه ونعمه فيقول ربي أكرمن وأما إذا ما ابتلاه فقدر عليه رزقه فيقول ربي أهانن كلا )) أي ليس كل مَن وسعتُ عليه وأكرمتُه ونعمتُه يكون ذلك إكراماً مني لهُ ولا كل مَن ضيَّقتُ عليه رزقَه وابتليتُه يكون ذلك إهانةً مني له.


Antara tanda-tanda kebahagian dan kejayaan itu, ialah apabila bertambah ilmu seseorang hamba itu maka bertambah juga sikap tawadhu’ dan pemurahnya, dan apabila bertambah amalannya maka bertambah juga perasaan takutnya dan waspadanya, dan apabila bertambah umurnya maka berkuranglah sikap tamaknya, dan apabila bertambah hartanya maka bertambah juga sikap pemurah dan suka memberinya, dan apabila bertambah kemampuannya maka bertambah dekat dia dengan manusia dengan menolong mereka dan merendah diri pada mereka.


Dan antara tanda-tanda kesengsaraan itu pula, ialah apabila bertambah ilmu seseorang hamba itu maka bertambah juga sikap bangga dirinya (takabbur), dan apabila bertambah amalannya maka bertambah juga sikap sombong dan memandang hina terhadap manusia dan hanya menyangka baik pada diri sendiri, dan apabila bertambah umurnya maka bertambah juga sikap tamaknya, dan apabila bertambah hartanya maka bertambah juga sikap kedekut (bakhil) dan sikap suka menyimpan2nya, dan apabila bertambah kemampuannya maka dia bertambah bongkak. Semua perkara-perkara ini adalah dugaan dari Allah swt dan juga sebagai ujian untuk menguji hamba-hambaNya dan kemudian diBAHAGIAkan kaum-kaum tertentu dan diSENGSARAkan kaum-kaum tertentu.

15. (dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh Yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya Dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata Dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku! 16. Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, Dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek Dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!". Jangan demikian, (Sebenarnya kata-kata kamu itu salah(…-Surah Al-Fajr, Ayat 15-17-

Iaitu “Tidak semua yang telah Aku (Allah swt) luaskan padanya (rahmatKu) dan yg telah Aku muliaknnya dan yang telah Aku beri nikmat padanya itu merupakan satu KEMULIAAN dari untuknya. Dan tidak semua yang telah Aku sempitkan padanya rezekinya dan yang telah Aku ujinya itu merupakan satu PENGHINAAN dariKu untuknya.

Tuesday, July 21, 2009

ANUGERAH ??

Alhamdulillahi Robbil Alamin almalikul quddus....Wassolatu wassalamu ala sayyidina Muhammad S.A.W imamil muttaqin qi'id addu'at almujahidin wa 'ala aalihi wasohbihi wasallim.....

Kesyukuran yang tidak terhigga ku hadapkan kpdMu ya Allah....atas kebahagiaan dan ketenangan yang sering Engkau hadirkan dalam hati kecil ciptaanMu ini....tiada sesuatu pun di dunia ini yang mampu ku samakan dengan nikmat sementara pinjaman Mu ini Ya Allah melainkan hanya dengan aku menyebut kalimah suci "ALHAMDULILLAHI ROBBIL 'ALAMIN".,...Aku hidup dan mati atas kehendakMu....Aku berjaya dan gagal atas kekuasaanMu....Ya Allah...Apa lagi yang aku miliki kecuali semuanya milikMu Ya Allah....

hari ini engkau anugerahkan aku satu serpihan kecil daripada serpihan2 kejayaan yang pernah Engkau kurniakan pada hamba2 Mu yang terdahulu...Alhamdulillah...kerana Engkau juga tidak lupa untuk mencampakkan rasa syukur didalam hatiku ini..mungkin ini adalah satu ujian buat roh dan jasad ini....

Apabila aku mengenangkan perjalanan hidup nabi2 dan rasul2Mu yang terdahulu....Aku takut dan gerun ya Allah...sungguh tinggi dan tebal iman mereka....ku bimbang mereka itu akan dijadikan kayu ukur terhadap amalan aku di padang mahsyar kelak...masih jauh jurang amalanku berbanding mereka ya Allah....aku tidak mampu ya Allah..tolonglah aku ya Allah..

Nabi Sulaiman a.s ....seorang hamba Mu dan juga seorang pemimpin yang sangat aku segani...yang pernah Engkau anugerahkan padanya satu penguasaan pemerintahan yang meluas di muka bumi ini pada masa dahulu....tidak kira manusia, haiwan, tumbuh2an, bukit-bukau dan lain2...semuanya mengikut perintah dan pimpinannya...tidak mampu untuk ku bayangkan ketinggian darjat pemimpin dan amanah yang sebegini rupa..semestinya baginda akan berada dalam suasana kesibukan dan permasalah yang berpanjangan...namun...kesibukan memimpin dan memerintahnya itu tidak sekali2 melalaikannya daripada mengingati Allah sw.t...masyaAllah...sedangkan baginda juga seorang manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan...

Aku yang hanya pernah diberi peluang memikul amanah yang begitu kecil....namun..masih ada lubang2 yang menjadikan aku lupa, alpa dan leka dari mengingatiMu yaAllah...

Masih awal untuk Kau anugerahi aku ini yaAllah..atau ini juga satu ujian dariMu untuk melihat sama ada aku bersyukur ataupun kufur pada nikmat Mu ini???

Monday, July 13, 2009

BERJAYA krn menghayati AL-FATIHAH

Setiap Insan mempunyai dua kekuatan yang bakal mendorongnya ke arah kejayaa. Kekuatan Ilmu teori yang dipelajari dan kekuatan Amalan yg lahir melalui kehendak. Demikianlah kejayaan dan kebahagiaan itu bakal dikecapi sekiranya kedua-dua kekuatan ini sempurna.

Untuk mencapai kesempurnaan kekuatan yang pertama iaitu kekuatan ilmu, individu itu mesti mengenali penciptanya, mengetahui nama-nama dan sifat-sifatNya, mengenal jalan-jalan untuk berhubung denganNya dan juga mengenal ujian-ujian dariNya. Selain itu, ia perlu juga mengenal dirinya sendiri tentang kelebihan dan juga kekurangannya. Demikianlah ciri2 yang perlu ada dalam diri individu yang ingin memenuhi kekuatan Ilmunya.

Kesempurnaan yang kedua, kesempurnaan kekuatan Amalan, ia tidak akan dapat dicapai kecuali dengan mengetahui hak-hak Allah terhadap hambanya terlebih dahulu, melakukan setiap amalan itu dengan ikhlas, jujur, ehsan keranaNya, mengikut sunnah Rasulullah, dan mensyukuri segala kurniaanNya.

Begitulah hubungan orang Islam dengan Allah Tuhan langit dan bumi ini. Menjalani kehidupan di dunia ini dengan iringan kesedaran yang berterusan tentang hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang patut dipenuhi oleh seorang hamba kepada penciptanya.

Oleh itu, dalam menyempurnakan kekuatan Ilmu dan Amalan ini kita hanya memerlukan pertolongan atau ma'unah daripada Allah iaitu petunjukNya yang satu ( صراط المستقيم ). Petunjuk dan hidayah yang pernah diturunkan kepada para Auliya' dan Anbiya' sebelum ini demi memelihara Ilmu dan Amalan mereka. Sekiranya Ilmunya itu musnah, maka ia akan tergolong dalam golongan yang sesat ( الضالين ) dan sekiranya Amalannya pula musnah dek ketandusan hidayah ini, ia akan tergolong dalam golongan yang dimurkai ( المغضوب عليهم).

Kesempurnaan Insan dan kebahagiaannya itu amat memerlukan kepatuhan terhadap undang-undang Allah yang telah dinukilkan di dalam Al-Quran Al-Karim. Sesungguhnya isi kandungan keseluruhan al-quran itu terkandung di dalm surah AL-FATIHAH. MasyaAllah...begitu sempurna dan unik undang-undang Allah itu.

Bermula dengan ( الحمد لله رب العالمين ، الرحمن الرحيم ، مالك يوم الدين ) . Pada potongan awal surah ini terdapat satu tuntutan mengenal Allah s.w.t, nama2Nya, sifat2Nya dan sunnahNya. Nama-nama yang terkandung dalam potongan pertama itu adalah asas terbinanya nama2 Allah Mulia (Asma' Al-Husna). الله...الرب..الرحمن.. merupakan 3 nama asas bagi 99 atau 100 asma'ul husna itu. Nama الله itu menunjukkan sifat Allah yang Uluhiyyah dan nama الرب menunjukkan sifat Rububiyyah Allah s.w.t. manakala nama الرحمن itu terkandung dalamnya sifat pemurahNya, kasih-sayangNya, ihsanNya dan sebagainya. Dan begitulah nama2 dan sifat2Nya yang lain itu berdiri di atas 3 nama asas tersebut.

Disambung lagi dengan ayat ( إياك نعبد وإياك نستعين ) .Potongan kedua ini terkandung di dalamnya tuntutan mengetahui jalan untuk berhubung dengan Allah s.w.t. Beribadah kerana Allah bukan bermaksud melakukan amalan untuk mendapat kasih sayang dan redhoNya sahaja, tetapi juga untuk mendapat perlindungan dariNya. Hanya selayaknya kepada Allah s.w.t kita menghambakan diri dan meminta pertolongan. ( اهدنا الصراط المستقيم ) Ayat ini pula menerangkan bahawa manusia ini hanya akan mencapai kebahagian dan kejayaan jika ia istiqamah di jalan yang satu2nya benar itu ( sirotol mustaqim) . Dan untuk mencapai tahap istiqomah di jalan yang benar ini, ia memerlukan Hidayah dari Allah s.w.t. Seperti mana ia amat memerlukan pertolongan atau ma'unah Allah dalam beribadah,.. begitu juga ia amat memerlukan hidayah untuk istiqomah di jalan yang benar ini.

( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ) Akhir sekali...Allah menerangkan dua cabang kecenderongan sekiranya manusia tidak istiqomah di jalan yang benar itu. Samaada cenderong kepada golongan yang sesat kerana kemusnahan Ilmu dan kepercayaannya atau cenderong kepada golongan yang mendapat kemurkaan Allah s.w.t kerana musnahnya matlamat dan amalannya.

Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa pada permulaan surah al-fatihah ini adalah rahmat, pertengahannya adalah hidayah, dan penghujungnya adalah nikmat. Maka beruntunglah kepada sesiapa yang mendapat Nikmat kerana ia telah dikurniakan Hidayah, dan beruntunnglah kpd sesiapa yang mendapat Hidayah kerana sesungguhnya ia telah dikurniakan Rahmat dari Allah s.w.t. Semuanya kembali kepada Nikmat dan RahmatNya yang didasari oleh Rububiyyah Allah s.w.t yg memberi nikmat dan pemberi rahmat itu, dan Uluhiyyah Allah s.w.t yang Hak yang selalu ditentang oleh musyrikin dulu kini dan selamanya.

Maka berjayalah sesiapa yang mempelajari, menghayati dan mengamalkan makna surah al-fatihah dimana2 shj ia berada dan di segenap amalan baik yang dilakukannya terutama dalam ibadah khususiyyah. Semoga kalian pembaca akan diangkatkan darjat di sisi Allah dan juga di sisi orang awam yang turut melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wallhu a'lam..

Tuesday, June 23, 2009

Penyakit2 yg lebih bahaya dari H1N1


1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu..daripada kita biarkan amalan2 kite hangus mcm 2 je sbb dengki ni,,lebih baik kite ajar2 la diri dgn sifat redho n sabar..bkn stakat amalan x hangus..makin subur lg ada la.. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak keranadunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamakselalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Andalah org yg paling hebat di dunia ni kitika anda sedang berSABAR tu.. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja tuh.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulannye…

Yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan SEMATA-MATA…. tetapi factor yg lebih utama ialah penyakit MAZMUMMAH ni. ****Makin banyak penyakit mazmumah die, makin ia tidak BAHAGIA.**** Nak ubati mmg la susah, tp klu tak nak ubati lg la susah nati..Cuma klu kite usaha tuk ubatinye sekarang..kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruk sgt lahh padahnya…

ANAK KECIL PUN TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Sunday, June 7, 2009

Tiada Kesenangan Tanpa Kesusahan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Hanya kepadaNya sahaja kita menyembah dan hanya kepadaNya shj kita memohon pelindungan dan pertolongan. Maha suci Allah yang telah menciptakan seluruh alam ini dengan penciptaan yang sangat indah dan penuh dengan hikmahnya. Bumi yang tersergam indah dengan pemandangannya diciptakan berpasangan dengan langit yang tidak kurang indahnya dengan hiasan bulan dan bintang.

Banyak lagi ciptaan2 Allah yang menggambarkan akan sifatNya yang Maha Adil dan Bijaksana seperti penciptaan lelaki dan perempuan, siang dan malam, tinggi dan rendah, hitam dan putih dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa alam ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kesempurnaan dan stabil.

Kesenangan dan kesusahan juga merupakan dua situasi yang disediakan oleh Allah s.w.t kpd makhluqNya di muka bumi ini khususnya. Senang dan susah juga merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Bersedekah mungkin satu perkara yang mudah bagi orang yang sudah biasa dengan amalan bersedekah, tetapi ia amat susah bagi orang yang baru sahaja nak berjinak2 dengan amalan bersedekah.

Begitulah perbezaan susah dan senang antara setiap individu manusia sekarang. Walaupun benda yang hendak dikerjakan itu satu kerja yang baik, tak semestinya ia senang untuk dilakukan, kerana akan ada jua rintangan dan godaan yang akan datang menghalang. Ujian dalam kehidupan ini tidak mengenal baik buruk sesuatu amalan itu.

Firman Allah s.w.t dalam surah al mulk ayat kedua : "Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan itu untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya?"

Ayat di atas menunjukkan bahawa kehidupan manusia ini memang penuh dengan dugaan dan rintangan sementara untuk mencapai kesenangan. Ada yang hidupnya sentiasa dalam kesenangan di dunia ini dan ada yang sentiasa dalam kesusahan didunia ini. Ada sempat mendapat kesenangan didunia lagi selepas mengalami kesusahan dan ada yang belum sempat menerima balasan kesenangan didunia ini. Ujian yang dijanjikan ini tidak lain tidak bukan, hanyalah semata-mata untuk mencari pemenang atau juara dikalangan manusia yang akan dianugerahkan dengan ganjaran syurga yang kekal selama-lamanya. Ingatlah wahai hati-hati sekalian, Allah tidak pernah memungkiri janjinya.

Wahai muslimin dan mukminin, ayuh sama2 kita berdoa agar dicekalkan hati2 kita dalam menempuh ujian dalam kehidupan yang sedang dan bakal menjelma nanti. Kejayaan kita bukan apabila kita berjaya lari jauh dari masalah dan ujian, tetapi kejayaan dan kesenangan yang sebenar adalah apabila kalian berani menempuh ujian yang mendatang dengan kemampuan yang ada. Sehingga mampu mengukirkan senyuman tatkala ditimpa kesusahan dan musibah dengan rasa redha, syukur, sabar, dan tawakkal pada Allah s.w.t. Sebaliknya jangan cepat berputus asa dan mudah melatah dengan sesuatu masalah itu kerana mungkin itulah ujian yang telah dijanjikan ke atas kita sebelum kita dibalas dengan kesenangan yang besar di syurga Allah kelak.amin...

Firman Allah dalam surah an najmi ayat38-39: "Dan sesungguhnya bagi manusia itu setiap apa yang diusahakan, dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan semula (dipadang mahsyar)". Demikianlah penilaian akan dibuat kelak berdasarkan usaha manusia itu sendiri, bukan semata2 melihat kepada pencapaiannya didunia ini. Mungkin sehingga ke hari ini kita masih belum pernah meraih kesenangan dan kejayaan yang besar seperti orang lain melainkan hanya mendapat kejayaan yang kecil sahaja, tetapi percayalah bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui dengan isi hati ini.

Doakan niat dan usaha kami untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan pada tahun ini dimakbulkan. aminnn....

Friday, May 22, 2009

AKAL , HATI dan KETENANGAN DIRI


Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.


"Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak menatap kejadian tersebut. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu?.....

bersambung...

Thursday, April 16, 2009

Ingin mendekati diri dan si dia.......

Salam sejahtera kepada tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari, sabahat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan, teman-teman dan seluruh yang memahami penulisan ini. Setelah sekian lama saya menyepi dari pentas blogger ini, kini saya telah diizinkan oleh Allah s.w.t dengan kelapangan dan kesihatan yang dikurniakan ini untuk bertemu minda bersama anda sekalian. Alhamdulillah....

Rindu pun ada bila dah lama tak bersama kalian. Sekadar makluman teman-teman semua, secara ringkasnya saya baru saja tamat pengajian di peringkat pengajian tinggi sebulan yang lalu. Tapi tak bermakna saya tak perlu belajar lagi. Dunia menuntut ilmu ini tiada penghujungnya. Cuma mungkin kerana halangan-halangan dan kekangan-kekangan tertentu, semangat untuk menuntut ilmu itu semakin padam dari hari ke hari. Sebelum saya berpelung bersama anda pada kali ini, banyak tanggungjawab yang perlu saya tunaikan terlebih dahulu. Bak kata Hasan AlBanna "Kewajipan itu (tanggungjawab) lebih banyak daripada masa yang ada". Sekadar yang mampu saja saya berusaha memenuhi tanggungjawab itu.

Imam Asy Syaf'ie merupakan salah seorang tokoh ilmuan yang amat disegani. Jika diimbas kembali sejarah kehidupan beliau, beliau adalah seorang yang sangat istiqamah dalam dunia menuntut ilmu. Perantauan beliau mengelilingi dunia semata-mata untuk mencari dan menyebarkan ilmu Allah itu wajar digeruni dan diteladani oleh masyarakat kini. Beliau pernah menyatakan prinsip beliau berkaitan dengan alam menuntut ilmu ini.Kata beliau : "Kamu tidak akan memperolehi ilmu itu sehinggalah enam perkara ini ada bersama mu ; Kebijaksanaan, semangat, usaha, sifat ingin tahu, tunjuk ajar dari guru, masa yang panjang (lama)"

Bertitik tolak dari kata-kata itu, saya berasa semakin bersemangat untuk mencari, mencari, mencari dan terus mencari ilmu untuk diamalkan dan disebarkan. Semuanya kerana Allah. Harap-harap anda lebih bersemangat dari saya. Banyak benda lagi yang perlu saya tahu, dan semakin kita belajar semakin banyak yang kita berasa kita tidak tahu. Jangan risau, walaupun semakin banyak yang kita berasa kita tidak tahu, tapi janji Allah kepada orang-orang yang berilmu itu telah disebut dan dituliskan di dalam Kitab Suci AlQuran.

Dalam kesibukan dengan pelbagai urusan ini, sempat juga saya menatap beberapa buku dan penulisan-penulisan yang mungkin berguna untuk kehidupan saya kelak. Menuntut ilmu itu bukan semata-mata untuk dapat kerja, dapat pangkat yang bagus, dapat pengiktirafan dan sebagainya. Tapi sebenarnya kita belajar untuk hidup. So...Orang yang segan untuk belajar ni sebenarnya dia segan untuk hidup. Oleh itu, maqalah kali ingin mengurut minda kalian yang sedang keletihan dengan satu kajian yang telah dibuat oleh seorang hamba Allah ini, beliau tidak asing bagi masyarakat malaysia kini. Kajian ini sekadar sebagai dorongan agar kita lebih bersemangat untuk hidup di bumi Allah ini, iaitu dengan mencintai diri dan memuhasabah diri sendiri seterusnya mengenali orang-orang di sekeliling kita. Tanpa melenggahkan masa lagi...hehehe

Mempersembahkan.....[sambungan]

Tuesday, March 3, 2009

OGS KUIS : satu QUDWAH

Melalui Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Kolej universiti ISlam Antarabangsa Selangor baru2 ni telah menganjurkan Operasi Gerak Subuh (OGS) di kediaman Rasmi KUIS (qaryah2). Operasi ini termasuklah juga pemantauan ketika solat jumaat (bagi qaryah2 muslimin). Operasi ini juga dijangka akan berakhir pada 6hb March 2009 ini shj. Maka gembiralah pada segelintir mahasiswa dan sedihlah pada segelintir yang lain.

Walaupun agak terlewat untuk saya mengutarakan pendapat tentang OGS ini, tetapi mungkin masih boleh untuk dijadikan renungan bersama. Seingat2 saya selaku pelajar tahun ketiga di KUIS, OGS adalah satu operasi yang baru muncul dari permukaan sungai JPM. Tahniah saya ucapkan!! persoalannya kenapa baru sekarang?? adakah mahasiswa KUIS kini makin susah bangun subuh??atau mungkin kerana ada orang baru dalam JPM yang mengambil alih UHEI?? ataupun mungkin OGS kali adalah modul yang telah melalui tahap saringan yang berlapis2???, atau,atau, dan atau.....ayuh kita tinggalkan persoalan itu sekejap....ada suatu yang lebih penting untuk kita persoalkan.

Walaupun OGS ini mungkin dipandang rendah oleh sesetengah pihak, namun bagi saya kerja ini adalah kerja yang paling penting untuk dilaksanakan. "Jika kamu tidak bangkit pada waktu subuhnya....mustahil kamu akan ada pada waktu malam harinya...ini kerana kamu sudah meninggalkan dunia..." bukan lawak dan bukan jenaka tapi itulah hakikatnya. "Cara didik budak sekolah??" Bagi saya, itu lebih mulia daripada kita terus membiarkan subuhnya entah ke mana....


Saya difahamkan bhw operasi ini digerakkan oleh pihak pengurusan, pensyarah, kakitangan JPM dll. Mereka bergerak mengikut jadual yang ditetapkan oleh UHEI JPM. Terima kasih saya ucapkan. Setakat mane jadual itu dipatuhi tu.....???wallahua'lam..Akan tetapi respon yang ditunjukkan oleh mahasiswa setakat ini masih lagi ditahap kurang memuaskan. Itu semua bukan salah ibu yang mengandung.....huhu


Di sini...ingin saya utarakan 2 perkara untuk dianalisis bersama :

1) OGS sepatutnya bermula dari awal sesi pengajian (awal semester) dan berterusan selama2nya dan mungkin ia boleh dijadikan adat di KUIS. Kerana tarbiyyah itu hendaklah bermula daripada awal dan berterusan. Bukannya nak tunggu musim peperiksaan baru nak mula memikirkan tentang hubungan dengan Allah. Bukannya musim peperiksaan sahaja kita mengingati Allah bahkan ia sepatutnya selama2nya...

Tanggungjawab ini bukan sahaja terpikul pada orang2 yang berjawatan sahaja, akan tetapi ia terpikul pada setiap bahu manusia yang bergelar muslim. Tak malukah kita?? apabila melihat orang yang tiada kewajipan (fardhu subuh) boleh bangkit di awal hari untuk semata2 meneruskan kehidupan dunianya dengan mencari kesenangan hidup seperti orang cina dll. Bangkitnya mereka dari tidur mereka tanpa apa2 ganjaran pahala, akan tetapi bangkitnya kita dari tidur kita dihidangi dengan pahala yang tiada nilainya. Oleh itu, gunakanlah kesempatan yang ada (OGS) ini untuk berubah. Jadikan ia sebagai satu titik perubahan dalam hidup kita. Jangan malu untuk berubah ke arah kebaikan, sebaliknya malulah jika langsung tidak berubah.


2) Keterlibatan mahasiswa dalam membantu menggerakkan operasi ini tidak boleh diabaikan. Mahasiswa kena faham kenapa operasi itu dianjurkan. Realiti mahasiswa kini ialah "bukan mata mereka yang buta, tetapi yang buta adalah hati di dalam dada". Seluruh organisasi2 hendaklah bergabung tenaga untuk menggerakkan amal makruf ini. Mahasiswa muslim kini, mereka sebenarnya tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi malangnya, yang baik itu hanya dipelajari dan yang buruk itu pula diaplikasi.

Ayuh kita bersama2 membuka mata2 hati sahabat2 kita dengan menghidupkan subuhnya. Tidak perlulah untuk dihuraikan dengan lebih panjang lebar tentang kebaikan bangun awal2 pagi ini, kerana semuanya mungkin sudah mengetahuinya. Sikap mementingkan diri sendiri pula menjadi satu pemecah belah kepada kesatuan yang sedia ada. "Kubur kita lain-lain" ...itulah ungkapan yang biasa keluar dari mulut2 sahabat2 ku yang tidak mahukan pengislahan dalam hidupnya. Kamu mgkn merasa bhw kebaikan yang sedia ada sudah cukup sbg bekalan bgmu. Kamu silap wahai sahabat,,.memang benar kubur kita lain2 dan kita akan dihisab berdasarkan amalan masing2...tetapi jangan lupa bhw yang akan menjadi bahan bakar kamu di neraka kelak adalah sahabat2 yang bersama kamu itu termasuklah aku....

Seterusnya Perwakilan Qaryah (MPQ).....MPQ ibarat icon bagi setiap blok asrama di KUIS,....so, jangan la terlalu menyorokkan diri mu itu wahai manusia. Keluarlah....satukan kekuatan2 yang ada ini....kalian mampu melakukannya..Segalanya bermula daripada bawah....jangan terlalu takut untuk mendongak ke langit yang nun jauh di atas dan jangan pula terlalu angkuh menunduk ke bumi yang nun jauh di bawah sana.


Akhirnya, tidak segan untuk saya katakan bahawa saya amat berharap OGS KUIS ini mampu menjadi satu modul ikutan pada seluruh mahasiswa IPT2 lain dalam dan luar negara. Dengan syarat utamanya, segala perlu bergerak didalam kerangka kerjasama, dan kerjasama itu hanyalah kerana ingin mencapai keredhaanNYA dunia dan akhirat. Jangan memandang rendah pada suatu yang remeh itu, kerana mungkin dengan keremehan itu kita berada di dalam neraka buat selama2nya...wal'iazubillah...

Thursday, February 26, 2009

Wanita = Pohon Semalu


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. masyaAllah