Tuesday, June 23, 2009

Penyakit2 yg lebih bahaya dari H1N1


1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu..daripada kita biarkan amalan2 kite hangus mcm 2 je sbb dengki ni,,lebih baik kite ajar2 la diri dgn sifat redho n sabar..bkn stakat amalan x hangus..makin subur lg ada la.. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak keranadunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamakselalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Andalah org yg paling hebat di dunia ni kitika anda sedang berSABAR tu.. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja tuh.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulannye…

Yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan SEMATA-MATA…. tetapi factor yg lebih utama ialah penyakit MAZMUMMAH ni. ****Makin banyak penyakit mazmumah die, makin ia tidak BAHAGIA.**** Nak ubati mmg la susah, tp klu tak nak ubati lg la susah nati..Cuma klu kite usaha tuk ubatinye sekarang..kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruk sgt lahh padahnya…

ANAK KECIL PUN TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Sunday, June 7, 2009

Tiada Kesenangan Tanpa Kesusahan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Hanya kepadaNya sahaja kita menyembah dan hanya kepadaNya shj kita memohon pelindungan dan pertolongan. Maha suci Allah yang telah menciptakan seluruh alam ini dengan penciptaan yang sangat indah dan penuh dengan hikmahnya. Bumi yang tersergam indah dengan pemandangannya diciptakan berpasangan dengan langit yang tidak kurang indahnya dengan hiasan bulan dan bintang.

Banyak lagi ciptaan2 Allah yang menggambarkan akan sifatNya yang Maha Adil dan Bijaksana seperti penciptaan lelaki dan perempuan, siang dan malam, tinggi dan rendah, hitam dan putih dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa alam ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kesempurnaan dan stabil.

Kesenangan dan kesusahan juga merupakan dua situasi yang disediakan oleh Allah s.w.t kpd makhluqNya di muka bumi ini khususnya. Senang dan susah juga merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Bersedekah mungkin satu perkara yang mudah bagi orang yang sudah biasa dengan amalan bersedekah, tetapi ia amat susah bagi orang yang baru sahaja nak berjinak2 dengan amalan bersedekah.

Begitulah perbezaan susah dan senang antara setiap individu manusia sekarang. Walaupun benda yang hendak dikerjakan itu satu kerja yang baik, tak semestinya ia senang untuk dilakukan, kerana akan ada jua rintangan dan godaan yang akan datang menghalang. Ujian dalam kehidupan ini tidak mengenal baik buruk sesuatu amalan itu.

Firman Allah s.w.t dalam surah al mulk ayat kedua : "Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan itu untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya?"

Ayat di atas menunjukkan bahawa kehidupan manusia ini memang penuh dengan dugaan dan rintangan sementara untuk mencapai kesenangan. Ada yang hidupnya sentiasa dalam kesenangan di dunia ini dan ada yang sentiasa dalam kesusahan didunia ini. Ada sempat mendapat kesenangan didunia lagi selepas mengalami kesusahan dan ada yang belum sempat menerima balasan kesenangan didunia ini. Ujian yang dijanjikan ini tidak lain tidak bukan, hanyalah semata-mata untuk mencari pemenang atau juara dikalangan manusia yang akan dianugerahkan dengan ganjaran syurga yang kekal selama-lamanya. Ingatlah wahai hati-hati sekalian, Allah tidak pernah memungkiri janjinya.

Wahai muslimin dan mukminin, ayuh sama2 kita berdoa agar dicekalkan hati2 kita dalam menempuh ujian dalam kehidupan yang sedang dan bakal menjelma nanti. Kejayaan kita bukan apabila kita berjaya lari jauh dari masalah dan ujian, tetapi kejayaan dan kesenangan yang sebenar adalah apabila kalian berani menempuh ujian yang mendatang dengan kemampuan yang ada. Sehingga mampu mengukirkan senyuman tatkala ditimpa kesusahan dan musibah dengan rasa redha, syukur, sabar, dan tawakkal pada Allah s.w.t. Sebaliknya jangan cepat berputus asa dan mudah melatah dengan sesuatu masalah itu kerana mungkin itulah ujian yang telah dijanjikan ke atas kita sebelum kita dibalas dengan kesenangan yang besar di syurga Allah kelak.amin...

Firman Allah dalam surah an najmi ayat38-39: "Dan sesungguhnya bagi manusia itu setiap apa yang diusahakan, dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan semula (dipadang mahsyar)". Demikianlah penilaian akan dibuat kelak berdasarkan usaha manusia itu sendiri, bukan semata2 melihat kepada pencapaiannya didunia ini. Mungkin sehingga ke hari ini kita masih belum pernah meraih kesenangan dan kejayaan yang besar seperti orang lain melainkan hanya mendapat kejayaan yang kecil sahaja, tetapi percayalah bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui dengan isi hati ini.

Doakan niat dan usaha kami untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan pada tahun ini dimakbulkan. aminnn....