Friday, July 9, 2010

Bermula dengan niat... yang biasa menjadi luar biasa...




Bermula dengan niat...yang biasa menjadi luar biasa.

Ia membezakan dari yang adat dan ibadat...ibadah yang wajib dan sunat..penghujung yang baik dan buruk. Jika niatnya baik maka Allah dan Rasul bersamanya, dan jika buruk niatnya maka bersamanya apa yang diniatkan.

Yang memberi makna pada kehidupan manusia adalah NIAT. Tanpanya, umur yang makin berkurang ini kian berkurang dan berkurang tanpa ada erti dan kualiti. Bak bermain bola tanpa gol, bermain golf tanpa lubang, berlumba lari tanpa garisan penamat.....

Sedar dan percayalah..kini kita sudah pun jauh dari kehidupan Rasulullah s.a.w. Sudah beribu2 tahun. Usah meratap pemergiannya, kerana yang pergi hanya jasad, tapi sungai iman yang dialirkan masih sampai ke tengkok pendahaganya. Sungai iman yang menjadi penawar pada sesiapa yang percaya dan yakin padanya.

Percaya dan berimanlah.. niat mampu melenyapkan banyak permasalahan dan perselisihan (permusuhan) yang sering timbul dalam masyarakat manusia mutakhir ini.

NIat tempatnya di hati. Permusuhan juga berpunca dari timbunan penyakit2 di hati manusia, hasad, dengki, cemburu, buruk sangka,...Niat yang baik mampu mengubati penyakit2 tersebut. Maka YAKIN lah dengan kehebatan niat.

Kayu ukur niat yang baik bukan semata2 "sesuatu yang menyenangkan individu lain". Tetapi niat yang baik adalah "hanya kerana Allah". Kerana mungkin ada suatu yang manusia suka tapi Allah tidak redha, tapi apa yang Allah redha pasti menyenangkan manusia.

Seperti manusia yang melakukan sesuatu kerja, mesti ada tujuan dan matlamatnya(niat). Maka tidak mustahil Allah untuk melakukan sesuatu itu dengan tujuan2 dan hikmah2 tertentu. Bezanya niat kita semua Allah tahu, tapi hikmah Allah tak semua kita tahu. Maka IKHLASkan niat dalam segenap amalan "untuk mencapai keredhaan Allah Taala".

Hebatnya Islam kerana semua aspek kehidupan muslimin itu boleh dianggap amalan baik atau ibadah yang mengundang keuntungan di dunia dan akhirat . Berbeza dengan konsep agama2 lain yang mengasingkan agama dan segelintir aspek2 kehidupan manusia. Tiada istilah "rugi masa" atau "kerja sia-sia" bagi orang islam jika konsep niat ini diamal dan dihayati dengan sebetulnya.

Yaa...semua aspek kehidupan...

solat, haji, puasa, zakat, kahwin, berniaga, bermuamalah, berpolitik, belajar, makan, minum...yang agak menarik yang ingin diteliti kaitannya dengan niat adalah berpolitik.

Kerana politik berkait rapat dengan kuasa, kepimpinan dan ikutan yang mampu mengubah cara hidup manusia masa kini secara bermasyarakat. Politik yang berlandaskan karpet putih Islam mampu menjamin kesejahteraan manusia dunia akhirat, manakala karpet hitam Hawa nafsu memporakperandakan manusia.

Oleh itu, jagalah niat kalian si pemimpin dan yang dipimpin dalam kehidupan kalian kerana hidup ini tidak boleh lari dari KEPIMPINAN (الداعي + المدعو =الدعوة )....

MULAkannya dengan niat "hanya kerana keredhaan Allah", jagalah ia diperTENGAHannya dengan tajdid, dan AKHIRinya dengan muhasabah pada Allah Taala.