Monday, November 9, 2009

Setengah BERISI, setengah KOSONG?

Pemikir Muslim kali ingin berkongsi satu fakta tentang tabiat pemikiran manusia yang mana tabaiat-tabiat tersebut mampu memberikn manfaat dan juga mudharat kepada si pemikir. Seperti yang kita sedia maklum bahawa yang akan membezakan antara manusia dan haiwan adalah AKAL. Sebaik-baik akal adalah akal yang dipandu oleh ilmu yang benar dan iman kepada Allah Yang Esa.

Para ilmuan sekalian, fakta ini terbukti apabila saya menjadikan beberapa kawan saya sebagai bahan kajian (secara spontan je). Saya mengambil satu gelas yang setengah berisi air. Kemudian saya meminta kawan-kawan saya itu tadi untuk menyatakan apa yang mereka lihat. Setelah sejenak berfikir, sambil tersenyum bercampur sedikit ketawa, mereka seolah-olah menyangka saya "kurang sihat" pada hari itu dengan mengajukan persoalan tersebut.

Sebahagian daripada mereka menyatakan "gelas itu separuh kosong" dan sebahagian yang lain mengatakan "gelas itu separuh berisi". Saya pun dengan riak muka tersenyum terus menyindir (gurau) "aikk..soalan yang senang ni pon boleh bercanggah jawapan jugak ke??"

Sememangnye hakikat jawapannye kedua-dua jawapan itu adalah betul. Tetapi apa yang menariknya adalah corak pemikiran dan pandangan mereka. Cuba kita teliti dengan pandangan mereka itu, mereka yang mengatakan "gelas itu separuh kosong" melambangkan cara pandangan yang pesimistik, manakala mereka yang melihat gelas itu dan mengatakan "Masih ada setengah lagi air dalam gelas tu!" melambangkan corak pemikirannya yang positif ataupun optimistik.

Dalam aspek kerjaya,contohnya kita sebagai seorang pekerja pejabat kerajaan, apabila kita disuruh untuk melakukan sesuatu kerja oleh ketua dan ketika itu jam menunjukkan pukul 4.45petang(malaysia). Setengah orang akan berkata , "Ah, esok je lah aku buat. Sekarang ni dah dekat waktu balik dah.!"

Manakala, ada juga oarang yang akan berkata, "Baik aku buat kerja tu sekarang, ade lagi 15 minit, esok aku boleh buat kerja lain pula!"

Perhatikan ilmuan sekalian, waktu yang sama, tetapi cara kita memandang masa 15 minit itu akan berbaza.

Begitulah juga dalam segenap aspek kehidupan yang lain, cara kita memandang orang lain mempengaruhi hubungan kita dengan orang itu selanjutnya. Ada orang yang lebih suka menonjolkan sifat negatif kawannya berbanding sifat-sifat positif yang dimilikinya. Dengan kata lain, masih ada oarang yang lebih suka bercerita tentang "gelas kosong" orang lain berbanding tentang "gelas berisi" orang itu.

Corak-corak pemikiran yang sedemikian ini mungkin dipengaruhi oleh apa sahaja yang masuk ke dalam fikiran kita, mungkin melalui pembacaan, tontonan, perbincangan, dan juga hasil didikan dan asuhan sejak kecil. Yang pasti, corak dan cara pandangan manusia ini tiada hubungankait dengan pangkat, jawatan, gelaran yang disandang ataupun kekayaan yang dimiliki, malah ia semata-mata berdasarkan mutu mental dan pemikiran seseorang itu.

Oleh itu,..bagaimana "gelas" diri kita, "gelas" keluarga kita, "gelas" kawan2 kita, gelas kerjaya kita.....sekarang????

Semua "gelas-gelas" itu tentunya tidak penuh dan pastinya ada bahagian2 yang kosong. Langkah yang paling penting untuk kita melalui keadaan ini dengan lebih berkesan adalah dengan mencari makna dan inspirasi daripada sesuatu yang berisi itu. Dengan itu, kita mampu menghasilkan sesuatu yang kreatif dan mampu membuat lebih banyak perubahan dan kelainan dalam diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya.


Mafhum daripada satu hadis nabi, " sekiranya masih ada ditangan kamu sebiji tamar, di saat kamu sudah berada dihujung hayat, maka tanamlah biji tamar itu , walaupun kamu sudah tidak sempat merasa hasilnya, tapi semoga orang2 selepas kamu itu dapat mengambil manfaat daripadanya kelak."

2 comments:

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Tahniah muallim, perkongsian yg amat berguna dan pratikal dlm kehidupan..

Serikandi Islam said...

menarik cara penulisan..membuat orang berfikir..cantik.=) mabruk