Friday, September 26, 2008

'abid disebalik Mentari Pagi....


Ujar Saidina Umar Al-Khatab:

"Tidak akan kamu berasa gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang dicari."


Bila diri bangun di pagi hari ...

titipkanlah rasa syukur di hatimu kepada Allah ...ya Allah, terima kasih kerana menghidupkan lagi aku hari ini. Lantas ucapkanlah doa warisan Junjunganmu SAW;
“segala puji bagi Mu ya Allah yg masih menghidupkan aku selepas
kematianku dan hanya kepada Mu tempat aku kembali ..."

Bila diri bangun di pagi hari...

bangkitlah dengan rasa kerdilnya diri kepada Allah ...dengan izinNya engkau
mampu bangun untuk meneruskan lagi kehidupan. Sucikanlah hati dan zahir
dirimu dengan berwuduk...rebutlah peluang di akhir sepertiga malam untuk sujud kepadaNya .... meraih kasih jua rahmatNya ...moga dipimpin hidupmu di
dunia.

Bila azan berkumandang...

Bersegeralah wahai diri ...tunaikanlah kewajipanmu...hadapkanlah diri
beserta hatimu kepadaNya...dengan penuh rasa kerdilnya diri, lemahnya diri ini ya Allah....sedarilah hakikat dirimu sebagai hambaNya ...
dan ketahuilah sesungguhnya solatmu di pagi ini disaksikan oleh para
malaikat. Lalu di sujud yang terakhir, mohonlah kepada Allah ...semoga
dosa-dosamu diampun olehNya , semoga hatimu tidak akan goyah dengan dunia. Mintalah kekuatan kepada Allah utk menghadapi hidup seharian ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya, moga bertambah sifat kehambaan dalam dirimu ...moga kan bersinar cahaya imanmu.

Bisikkanlah jua di hati nuranimu ...

Rasa pengharapan agar diberi nusrah dalam menjaga kewajipanmu ... bersegera dalam menunaikan solat beserta rasa khusyuk dan takut kepadaNya semata ...
dipermudahkan dalam melakukan amal soleh sebagai bekalmu apabila tiba hari pertemuan denganNya di akhirat nanti.

Mohonlah perlindunganNya agar dijauhkan dirimu daripada hasutan dan bisikan syaitan laknatullah,..kejahatan manusia yg tidak beriman dan keburukan sifat mereka yang munafik... dan merintihlah lagi kepada Allah...
berilah kekuatan kepada dirimu dalam melakukan amal bakti terhadap orang tuamu dan kaum kerabatmu, moga terpelihara lidah jua tanganmu daripada menyakiti hamba-hambaNya ....

Dan mintalah kepadaNya untuk dianugerahkan hati yang cekal dan tabah. ...moga kuat semangatmu dalam bermujahadah ..moga tidak luntur roh perjuanganmu dalam membela agamaNya…


Dan insafilah wahai diri...


tidak ada yang lebih berharga selain daripada redhaNya, tidak ada yang lebih bahagia selain daripada cintaNya dan tidak ada yang lebih bermakna dalam kehidupan di dunia ini selain hidayah jua pimpinanNya ...

" TAQARRUB ILALLAH PENYELESAI SEGALANYA..."

Kenapa Aku Bangun Tahajjud...???


Dari Umar bin Khatab r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Barangsiapa mengerjakan solat malam dan dia membaguskan solatnya maka Allah memuliakan dia dengan sembilan macam perkara. Lima di dunia dan empat di akhirat.”


Lima di dunia ialah:

1. Dia dijaga oleh Allah dari beberapa bencana.

2. Berkat ketaatannya tampak pada wajahnya.

3. Dia disukai oleh para hamba Allah yang soleh dan manusia semuanya.

4. Lidahnya mampu mengucap kata-kata hikmah.

5. Dia dijadikan orang yang bijaksana yakni diberi rezeki kefahaman.

Empat di akhirat ialah:

1. Dia dikeluarkan dari kubur dengan berwajah putih.

2. Dia diringankan atau dimudahkan hisabnya.

3. Dia melalui jambatan Sirat laksana kilat yang menyambar.

4. Diberi kitab amalannya dengan tangan kanan.

Untuk bertahajjud di tengah malam bukanlah satu perkara yang mudah bagi mereka yang jarang melakukannya. Ini adalah kerana Iblis dan Syaitan sentiasa menghalang kita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Syaitan itu mengikat ubun-ubun kepala seseorang dari kamu yang sedang tidur dengan tiga ikatan:

Apabila dia bangun dan membaca Basmallah maka terlepaslah satu ikatan.

Kemudian dia mengambil wuduk maka terlepaslah ikatan yang kedua.

Apabila dia terus mengerjakan solat terlepaslah ikatan yang ketiga.


Apabila tidak demikian maka syaitan itu akan kencing di kedua telinga kamu.

Saturday, September 20, 2008

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..

wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi

tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...
sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir....



[Sambungan...]

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

[ Sambungan...]

Sunday, September 7, 2008

KEPILUAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan,di Permulaannya adalah Rahmat (Kasih sayang daripada Allah), Pertengahannya adalah Maghfirah ( penghapusan dosa), Penghujungnya 'itqun Minan Nar (pelepasan/ perlindungan daripada api neraka). Dengan keAgungan, keBijaksanaan dan ke Esaan Allah, bulan yang mulia ini telah dibahagikan kepada 3 fasa. Padanya tertanam beribu hikmah yang tidak mampu digali oleh manusia yang sering "terlena" di bulan Ramadahan. "Man Jadda Wajada" : "Siapa yang usaha, dialah yang akan dapat". Satu suntikan semangat dan juga boleh jadi sindiran buat ciptaan Allah yang bergelar Manusia. Namun tegas Allah S.W.T dalam kitab suciNya [Surah An Najm :39-41]

((39. dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, 40. dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), 41. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna )).
Jelas di situ bahawa penilaian Allah S.W.T terhadap amalan hambaNya adalah berdasarkan usahanya bukan hasilnya semata-mata.

Kini Fasa Pertama ( RAHMAT ) telah pun meninggalkan umat Islam buat sekian kalinya....

[Sambungan..]

Saturday, September 6, 2008

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU...?

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNya.

Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya....

[ Sambungan..]

Maafkan lah.......

Sifat suka memaafkan satu perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar.

Manusia boleh mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi, manusia kadang-kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.

Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain memahami hakikat ini, iaitu hakikat kelemahan yang ada pada dirinya sendiri, sebab itulah Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran perlakuannya.

Adalah tidak menjadi satu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam:

- menunjukkan kebijaksanaan
- orang yang bersih dari kesombongan
- orang yang bersih dari dendam kesumat
- tidak ada rasa terhina diri
- keimanan yang tertinggi

Sifat-sifat yang tersebut di atas merupakan ikatan yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam. ....


[ Sambungan...]

SEDEKAH YANG PALING MURAH...


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana,......

[ Sambungan...]