Monday, May 7, 2012
BERSIHkan Institusi Fatwa di Malaysia
Apa itu fatwa ?
Fatwa adalah suatu jawapan daripada seorang yang faqih, terhadap suatu persoalan/ isu semasa yang timbul dalam masyarakat setempat oleh individu atau kumpulan tertentu. Orang yang berfatwa itu digelarkan sebagai seorang Mufti.
Malaysia adalah antara sebuah negara yang mempunyai ramai Mufti jika dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain. Di setiap negeri di Malaysia terdapat jabatan muftinya atau institusi fatwanya. Bermakna terdapat 12 Mufti yang diiktiraf di Malaysia.
Namun lebih ramai mufti-mufti yang tidak diiktiraf oleh perundangan Malaysia. Contohnya boleh dilihat melalui laman-laman blog, forum-forum agama, soal jawab hukum hakam agama dan kolum himpunan fatwa individu di internet mahupun di kolum-kolum majalah. Semua itu boleh dianggap sebagai fatwa menurut perspektif islam sekiranya jawapan-jawapan tersebut adalah daripada individu yang berautoriti dalam bidang Fiqh dan Usul fiqh.
Mereka itu Hakim atau Mufti ?
Untuk lebih faham tentang fungsi Mufti, ada eloknya saya membuat perbandingan antara Mufti dan Hakim (Qadhi). Hakim berfungsi mendamaikan antara dua pertelingkahan. Manakala Mufti bertanggungjawab menzahirkan hukum hakam agama di kalangan masyarakat. Keputusan Hakim adalah keputusan yang mengikat antara dua pihak yang bertelingkah. Manakala keputusan Mufti tidak mengikat mana-mana individu masyarakat. Keputusan Hakim akan bermula dengan dakwaan-dakwaan, manakala keputusan Mufti akan bermula dengan soalan-soalan. Tumpuan Hakim adalah pada kes-kes berkaitan hak-hak manusia sesama manusia, manakala tumpuan Mufti adalah pada hak-hak manusia dengan Allah. Ini konsep asal Hakim dan Mufti dalam Islam.
Contohnya, fatwa yang dikeluarkan oleh mufti kelantan tidak mengikat penduduk negeri perlis, dan begitu juga sebaliknya. Walaupun begitu, selagi sesuatu fatwa itu belum diwartakan, ia tidak mampu mengikat mana-mana pihak. Tetapi jika fatwa tersebut telah diwartakan, ia wajib dilaksanakan.!
Oleh itu, fatwa dilihat sebagai satu cara yang berautoriti dan berpotensi besar untuk menegakkan hukum-hukum Allah di bumi Malaysia ini, maka institusi fatwa seharusnya di'BERSIH'kan dari segala unsur-unsur fanatik pada sesuatu fahaman atau pihak. Prinsip ADIL sewajibnya diaplikasikan oleh mufti-mufti dalam mengeluarkan fatwanya.
Adakah muzakarah fatwa kebangsaan mengikat mufti negeri-negeri?
Secara logiknya, muzakarah fatwa kebangsaan memang mengikat fatwa negeri manakala fatwa negeri tidak mampu mengikat fatwa kebangsaan. Kerana sepatutnya ahli muzakarah fatwa kebangsaan itu adalah daripada mufti-mufti negeri itu sendiri. Namun, proses pe'warta'an tetap diperlukan untuk memastikan fatwa tersebut menjadi suatu kelaziman.
MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN MENGHARAMKAN HIMPUNAN BERSIH 3.0 ??
Dalam keghairahan untuk meng'iye'kan atau me'nidak'kan keputusan muzakarah ini, beberapa perkara harus difahami oleh pendokong syariat islam khususnya para mufti dan umumnya masyarakat malaysia.
Kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan :
1-Kesedaran : Mufti harus mempunyai kesedaran yang tinggi tentang fungsi fatwa iaitu menzahirkan hukum-hukum syarak di muka bumi ini melalui persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya. Tiada faktor-faktor lain yang boleh menggugat keputusan mufti selain daripada tujuan asasnya iaitu menegakkan hukum-hukum agama Islam. Tiada istilah 'menjaga periuk nasi' dan lain-lain.
2-Kefahaman : Tuntutan 'faham' terhadap seorang mufti bukan sekadar memahami nas-nas Al-Quran dan Hadis, namun seorang mufti juga harus faham latar belakang kes atau isu. Untuk memahami keadaan semasa yang penuh dengan kemodenan ini, mufti juga harus lebih mahir dan mempunyai keupayaan yang setanding dengan kemodenan tersebut. Oleh itu, sebelum sesuatu hukum hendak dikeluarkan, kajian yang teliti dan adil wajib dilakukan terhadap sesuatu isu atau persoalan yang dibangkitkan itu. Maklumat umum sahaja tidak memadai. Harus mendapat maklumat yang seimbang daripada semua pihak yang terlibat dalam isu-isu tertentu.
3-Keadilan : Mufti harus adil kerana Allah itu suka akan keadilan . Keadilan yang dimaksudkan adalah dengan meletakkan sesuatu pada bahagiannya yang sesuai. Mengutamakan yang utama dan mengemudiankan yang perlu dikemudiaankan. Oleh itu, mufti harus terlebih dahulu mengenalpasti mana tujuan dan mana cara, mana maslahah dan mana mana mafsadah, mana maslahah umum dan mana maslahah peribadi, mana mafsadah besar dan mana mafsadah kecil. Agar mufti tidak mudah terkeliru dalam mengeluarkan fatwanya.
Kepada seluruh masyarakat satu malaysia :
Tidak kira golongan interlektual mahupun tidak.
1-Menghormati : Rakyat malaysia sewajarnya menghormati seluruh institusi fatwa di malaysia.Terutamanya yang beragama Islam. Teguran mahupun kritikan yang ingin dilontarkan seharusnya dengan cara yang terbaik. Kerana ia adalah antara saluran yang terbaik untuk menegakkan agama Islam di Malaysia. Tidak perlu untuk membanding-bandingkan fatwa kebangsaan malaysia dengan fatwa-fatwa terkini oleh ulama' di negara-negara luar, kerana mungkin realiti kita dan mereka berbeza.
Jika seluruh umat Islam di malaysia sendiri memandang rendah terhadap Institusi Fatwa ini, apa lagi yang kita ada? apa lagi kemegahan kita sebagai muslim di Malaysia?? Oleh itu, berusahalah untuk menghormati dan mengukuhkan Institusi Fatwa. Jangan kerana sebiji buah yang dipatuk burung, pohon yang rendang ditebang.
2-Menolong : Pendekatan yang terbaik digunakan oleh masyarakat terhadap institusi fatwa adalah menolong bukannya memulau. Sumbangan maklumat yang tepat dan teliti diperlukan oleh mufti untuk menentukan fatwa yang dikeluarkan itu adil dan kurang pergeserannya. Oleh itu, maklumat yang diberikan itu bukannya memihak kepentingan peribadi tapi maklumat yang jujur dan betul. Begitulah yang sepatutnya berlaku dalam kalangan mukminin, kecuali yang munafiqin.
Barisan pemimpin negara juga diharapkan tidak menyalahgunakan fungsi Majlis Fatwa Kebangsaan. Menggunakan suara mereka ketika diperlukan dan menutup mulut mereka ketika tidak diperlukan. Tugas kalian yang sepatutnya adalah menolong mereka dalam menegakkan hukum-hukum Islam. Bukankah kalian juga Muslim?!
Kumpulan-kumpulan media pula diharapkan tidak mengambil kesempatan ke atas isu ini sehingga mengundang persengketaan sesama manusia. Banyak lagi cara lain yang baik yang boleh diusahakan untuk dijadikan sumber makan minum anak, isteri dan keluarga kalian. Alihkan dunia ke tangan kalian bukan lagi di hati kalian.
Berdasarkan beberapa penelitian di atas, diharapkan banyak lagi langkah-langkah perubahan ke arah kebaikan dapat diusahakan oleh semua pihak.
Para mufti harus ingat, bahawa pangkat kalian sangat mulia di dunia mahupun akhirat kelak. Kerana kalian telah diberi amanah oleh Allah untuk menegakkan hukum-hukumnya di dunia ini. Maka lakukan amanah itu sebaik mungkin. Mungkin rahmat yang melimpah ruah ke kampung kita pada hari ini adalah berkat kalian. Dan mungkin juga kebinasaan dan huru-hara yang bakal berlaku nati kerana kecuaian dan kesilapan kalian.
Yang sedang berfikir,
MOHD RASYIDI ALI
Sunday, April 15, 2012
Tidak wajib menutup aurat??
Minggu lepas, di kedai alat ganti kereta, wakaf che yeh, Kelantan.
“Comey tulisan adik nih, macam tue dio (empunya badan),..” –sapa seorang pakcik berkopiah senget pada seorang pekerja perempuan di kedai tersebut yang sedang menulis resit.
“Anok ni asal mano muko comey gini nih?”- Tanya pakcik tersebut.
“Ore kota Bharu ni jah…”-jawab perempuan itu sambil tersipu-sipu malu.
“Laa….pokcik ingat ko ore alek sano (Thailand),…ore klate kitow mo jah ni…emh3…comey sungguh deh…tapi………kalu anok ni pakai tudung dan pakai baju labuh-labuh sikit..mesti lg comey nih….” -pakcik tersebut menangguh perbualannya itu dengan terus menuju kepada taukey kedai tersebut utk membuat bayaran.
Perempuan tersebut kelihatan merah padam mukanya,…entah marah entah malu…entah…..
Saya yang pada ketika itu sedang memilih antena radio untuk dipasang di kereta. Sudah bosan mendengar berita yang ber’background’kan bunyi desiran pantai. Terfikir dengan gaya teguran pakcik yang berumur sekitar akhir 60-an itu.
Selang 5 minit,..tiba-tiba pakcik tersebut berpatah balik melalui remaja perempuan itu lagi…
Kelihatan seperti pakcik tersebut hendak mengucap salam wida’ pada perempuan tersebut..tapi telah dimulakan terlebih dahulu oleh perempuan tersebut dengan pertanyaannya…..
“Pakcik,… betul ke ada orang kata tutup aurat itu tak wajib? Kalau ada, betul ke pendapat tu?” Tanya remaja perempuan.
Haaaaaaa………………………agak-agak apa yang berlaku selepas tu….?????
Kebetulan waktu itu saya baru habis kelas….berpakaian ala-ala cikgu,ustaz,mahasiswa….sedang berdiri paling hampir dengan pakcik itu…kerana mungkin kelihatan berminat dengan perbualan mereka berdua itu…terus di’passing’ dengan tepukan di bahu kanan…
“hah…ni Ustak….ado ore tanyo nih…(terus dia mengulang soalan perempuan itu tadi), wano tu ustak?? Ambo kalu ado sek-sek ustak ni..ambo ngaloh dulu” –mujamalah si pakcik.
Sekarang, saya bertanya pula pada pembaca sekalian…apa hukum menutup aurat?? Boleh ke dedah aurat??
Jangan risau..tak de orang yang akan paksa anda jawab soalan tu sekarang…Cuma Allah yang akan paksa kita kelak…silap-silap dengan api kot….:(
Saya ingin berkongsi pengalaman ni bersama rakan-rakan pembaca sekalian. Setelah saya diterjah dengan soalan itu, pelbagai tanggapan hinggap di fikiran saya. Tapi saya cuba reset dan positifkan fikiran saya pada waktu itu. Mungkin ini juga adalah salah satu pembentangan kelas pengajian buat saya.
Tiba-tiba terbayangkan muka ustaz Azhar Idrus yang sedang sengih tu.
Saya terus menjawab “YA, memang ada pendapat tu, dan pendapat tu betul”, sambil tiru sengih sinis gaya ustaz Azhar, memandang pakcik tu.
Perempuan tu terus membangkang kata-kata saya itu seolah-olah tak puas hati. “Bukan ke wajib tutup aurat ustaz!”, tegas dia lagi.
Saya makin hairan, kenapa perempuan tu pulak yang lebih-lebih yang bangkang kata-kata saya tu, sedangkankan pakcik tu rilek je, sambil kerut-kerut dahi sikit je. Saya rasa perasaan marah perempuan tu tadi dah makin membuak-buak sehingga dia tak dapat mengawal pemikirannya yang waras tu lagi. Mungkin dia asyik berfikir nak kenakan si pakcik tu dan si ustak ni sekali.
“Ya, memang ada pendapat yang mengatakan menutup aurat itu tidak wajib, tapi pendapat itu daripada orang bukan Islam dan hanya untuk orang bukan Islam. Ya, pendapat tu betul, bagi dia, sebab dia bukan Islam dan dia tidak faham Islam.” –saya menjawab dengan nada menjawab teka teki sambil mahu bersenda dengan pakcik itu.
Perempuan tu tersebut terdiam. Terus masuk ke dalam smbil memegang bulu ayam yang dipegangnya untuk membersihkan habuk-habuk di radio-radio kereta 2ndhand .
Sambil tergelak, pakcik tersebut berjalan keluar dari kedai itu.
# Tamat #
Kesimpulan :
1- Menutup aurat itu satu nikmat. Allah sangat menyukai hambaNya yang apabila diberikan nikmat kepadanya, dia menzahirkannya dengan bersyukur.
2- Agama Islam itu Nasihat. Sebaik-baik nasihat adalah nasihat untuk mengenal Allah, Al-Quran, Rasul, dan untuk kebaikan pemimpin-pemimpin kita dan masyarakat awam.
3- Ikhlas. Hidup yang paling bermakna adalah hidup yang penuh dengan keikhlasan. Dalam memberi mahupun menerima sesuatu.

Subscribe to:
Posts (Atom)