Thursday, January 21, 2010

merdeka selepas exam.....??

Istilah "merdeka" selepas exam biasa dilafazkan oleh para penuntut ilmu yang berada di institut pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Ia menggambarkan kebebasan, tekanan, dan cengkaman dari "buku" atau "membaca".

Istilah ini harus dipandang serius oleh mahasiswa di seluruh dunia. Kerana ia sedikit sebanyak boleh memberi kesan terhadap polar prestasi pendidikan kita.

Tidak dinafikan, tanggapan seperti ini kadang2 lahir hanya dari bibir semata2, dan kadang2 ia langsung terlahir dari hati. Berwaspada dan jagalah hati kita agar ia sentiasa berada di bawah inayah Ilahi.

Seperti yang telah diperkatakan dan dipersoalkan dalam artikel yang lepas " besok ke exam..?", tentang fungsi "exam" dalam kehidupan dari pelbagai perspektif. Ringkasnya exam bukanlah semata2 wasilah kepada ilmu tertentu sahaja, bahkan lebih dari itu lagi.


اللهم علمنا ما جهلنا، وانفعنا بما علمتنا، ولا تجعل الدنيا أكبر همناولا مبلغ علمنا، ولا تسلط علينا من لا يرحمنا


Demikian salah satu doa yang harus dihayati, dihafal, diamalkan dan disebarkan oleh hamba Allah yang menuntut ilmu keranaNYA. Usaha dalam mencari mutiara hidup (ilmu) didorong pula dengan ketelusan dan disokong oleh doa padaNYA serta disandarkan dengan tawakkal pada Yang ESA insyaAllah akan mendapat kejayaan didunia dan akhirat, hakiki dan majazi.

Tidak mudah untuk berjaya, tapi cukup susah untuk mengekalkan kejayaan itu. Di situlah terletaknya fungsi KEBERKATAN atau sesuatu usaha yang beroleh keredhaan Allah s.w.t.

Begitu juga bak kata Imam Ibnu Qoyyum dalam kitabnya Al Fawaid, "Tiada Ilmu tanpa Amal, tiada Amal tanpa Ikhlas. Tiga serangkai yang tidak boleh dipisahkan dalam mengejar keberkatan ilmu Allah.

Tanggungjawab terhadap ilmu yang kita pelajari dulu, kini dan mendatang, perlulah dijalankan dengan sebaiknya. Bukan sekadar terhenti pada tanggungjawab menuntut ilmu semata-mata, bahkan menghayatinya, mengamalkannya, menyebarkannya dan menjagannya.

"Kemerdekaan" yang disambut oleh penuntut2 ilmu selepas menghadapi peperiksaan itu hanyalah kebebasan atau penghujung kepada kajian suatu ilmu yang terbatas dengan sukatan. Adakah sudah cukup sekadar itu,...?? Anda pasti ilmu dan kajian yang anda usahakan itu akan bersama dengan anda selama2nya..??Atau sekadar di dewan peperiksaan..?? Atau semata2 untuk mngejar markah yang tinggi, menjaga pointer atau mu'addal yang baik...

Dari Allah ia datang dan Kepada Allah ia kembali kerana ia adalah milik mutlaq Allah Al 'alim Al Khabir. Oleh itu, untuk memilikinya, seharusnya terlebih dahulu kita berdamping dan meminta dari Empunyanya.

Antara tanggungjawab seorang penuntut ilmu terhadap Ilmu tersebut dalam mencapai keberkatannya dan keredhaan Empunyanya ialah dengan memiliki akhlak yang terpuji dan beradab dengan adab yang baik.

Adab yang pertama yang perlu dimiliki ialah beradab dengan Pemiliknya iaitu semestinya Allah. Bak FirmanNya dalam al Furqan " Sesungguhnya yang paling takut pada Allah itu hanyalah dari kalangan orang2 yang berilmu". Ini menunjukkan satu sifat yang perlu ada pada hamba yang berilmu terhadap Penciptanya ialah "takut" dengan erti kata, takut untuk melakukan segala laranganNya ataupun TAQWA padaNYA.

Teringat pada sejarah agung satu susuk badan yang tidak asing bagi kita. Salah seorang ulama' di zaman kebangkitan dan perkembangan feqh. Terkenal dengan gelaran Asy Syafei. Mengembara manuntut ilmu tidak mengira masa dan harta. Terkenal dengan ingatan yang begitu tajam. Diduga pada suatu hari dengan tumpulnya ingatan disebabkan TERlihat betis seorang wanita.

Begitu tinggi darjat orang berilmu disisi Allah. Hanya orang tertentu yang terpilih sahaja yang berhak bersama ilmu. Demikian jugalah, sifat yang perlu ada pada seorang penuntut ilmu adalah dengan bersifat dengan sifat yang mahmudah, bersungguh2 melakukan suruhanNYA dan menjauhi laranganNYA.

Adab kedua adalah adab terhadap wasilah ilmu tersebut. Walaupun Allah s.w.t maha mampu untuk menjadikan sesuatu semata2, namun DIA juga menjadikan sesuatu itu dengan adanya sebab dan musabbabnya. Kerana permulaan terasasnya akidah islam ini adalah dengan ilmu mantiq dan dengan akal fikiran yang merdeka.

Oleh itu, kita juga harus bertanggungjawab terhadap sabab dan musabbab ini. Wasilah yang dimaksudkan adalah penyebab kepada suatu ilmu itu smpai kepada kita pada hari ini seperti cikgu, guru, muallim, kawan2, buku,ibu bapa, adik beradik, alam sekitar, dan semua benda yang boleh dianggap sebagai wasilah.

Terhadap wasilah tersebut, perlulah dijaga adab2nya, budi pekertinya seperti jujur, amanah, tawaddhuk, wara', bercakap benar, zuhud dan lain2 dari sifat2 mahmudah agar ilmu itu dapat dialirkan ke dalam lubuk hati kita dengan aliran yang tenang dan jernih. Tidaklah perlu dijelaskan dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan adab2 tersebut, kerana ia mungkin sudah sedia maklum di gambaran ilmuan sekalian.

Bersandarkan kepada kisah seorang ulamak islam yang begitu masyhur bergelar al-Ghazali. Beliau amat prihatin dengan ilmu yang diperolehi. Sehinggakan dia telah memarahi seorang lelaki yang menghina seorang orang tua yang pernah mengajarnya sedikit ilmu (tentang ilmu untuk membezakan antara anjing jantan dan anjing betina).

Ini menunjukkan adab yang perlu ada pada si penuntut ilmu terhadap gurunya walaupun ilmu yang disampaikan itu sedikit. Sedikit ilmu itu di sisi manusia, lagi sikit ilmu itu di sisi Allah. Apalah sangat ilmu yang ada pada kita pada hari ini berbanding ilmu Allah.

Khalasohnya, ilmu yang kita telah pelajari selama ini masih lagi sedikit. Ia akan menjadi lebih sedikit disebabkan sifat2 mazmumah kita. Pengembaraan memburu Ilmu yang kita lalui kini tidak akan sampai ke penghujungnya. Namun begitu, janganlah kita meninggalkan kesemuanya jika tidak dapat menguasai kesemuanya. Ramai orang yang mahukan perubahan, tapi ramai juga yang masih tertanya2 bagaimana mahu berubah.

Penuhilah masa lapangmu ini dengan sesuatu yang bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara, dan yang paling utama adalah agama yang tercinta.. "ISLAM IS WAY OF LIFE"