Thursday, November 5, 2009

Akhlak ?? Islam ke bukan ni??

Masyarakat manusia yang kini mendiami bumi ini adalah satu generasi manusia yang berada di bawah pimpinan dan utusan yang terakhir iaitu Rasulullah SAW. Baginda telah membuka semua pintu kebaikan seluas-luasnya dan telah menutup semua pintu kejahatan serapat-rapatnya. Hidup dan mati baginda sebagai seorang hamba dan pesuruh Allah. Membawa umat manusia ke jalan yang benar dan member syafaat kepada umat baginda di hari akhirat.
Begitulah juga tugas nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu, membawa risalah-risalah tertentu kepada umat-umat atau masyarakat manusia yang tertentu. Tidak lain dan tidak bukan untuk menyebarkan akidah yang satu iaitu mentauhidkan Allah melalui syariat-syariat yang berbeza.
Ini bermakna tiadalah masyarakat manusia yang pernah mendiami bumi Allah ini tanpa diutuskan nabi atau rasulNya. Maka boleh kita anggarkan bahawa setiap masyarakat manusia itu memiliki satu kepercayaan dan pegangan dalam hidup mereka iaitu agama.
Orang yang berAgama bermaksud orang yang mempunyai kepatuhan terhadap sesuatu. Setiap apa yang dianggap oleh manusia sebagai sesuatu yang layak disembah dan di’abdikan diri kepadanya itu dianggap sebagai tuhan, samaada tuhan itu betul ataupun palsu, itulah konsep agama secara umumnya.
Peng’abdian (penghambaan) manusia terhadap tuhan itu pula terbahagi kepada dua, samaada hamba kepada tuhan Allah yang satu ataupun penghambaan kepada selain dari tuhan Allah yang satu.
Oleh itu, menjadi fitrah dan naluri manusia untuk mencari satu panduan dalam hidup (agama). Beberapa tokoh falsafah islam dan juga barat telah menggambarkan kaitan manusia dan agama.
Seorang tokoh falsafah yahudi Hendry Barjson pernah berkata : “Aku telah dapati dan memang ada masyarakat yang hidup tanpa ilmu, budaya, dan falsafah, tapi aku belum pernah lihat masyarakat yang tanpa agama”.
Tok guru kita yang paling disanjungi, Nabi Muhammad SAW seperti dalam hadis baginda : (setiap anak yang lahir itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapa mereka yang mencorakkannya, samada dengan corak yahudi atau nasrani atau majusi….).
Gambaran ini cukup jelas kepada kita bahawa anak-anak yang telah lahir ke muka bumi ini adalah dalam keadaan fitrah iaitu mempunyai “bekas” agama itu, terpulang kepada ibu bapanya untuk mengisi “bekas” itu dengan isi yahudi atau nasroni dan sebagainya…..
[ Sambungan.. ]

No comments: