Friday, October 28, 2011

ISLAM bukan untuk dipeluk......


ISLAM merupakan satu dari agama-agama SAMAWI.

AGAMA ialah kepercayaan manusia terhadap sesuatu. Istilah "orang kuat agama" sering dinisbahkan kepada orang yang tinggi kepercayaan dan amalannya terhadap ajaran agamanya. Oleh itu, jika ingin dikira bilangan agama yang pernah wujud di atas muka bumi ini, terlalulah banyak sehingga tidak terkira.

Yang membezakan antara agama-agama itu adalah sumbernya. Ada agama yang dikategorikan sebagai agama samawi dan ada yang bukan samawi. Dinamakan dengan agama 'samawi' kerana sumber agama itu adalah dari atas langit (wahyu) dan 'bukan samawi' pula adalah agama di bumi yang hanya rekaan manusia menurut logik akal dan hawa nafsu semata-mata.

Contoh agama samawi adalah agama Islam dan agama Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). Golongan Yahudi yang pernah dipimpin oleh Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. dan golongan Nasrani yang pernah dipimpin oleh Nabi Isa a.s. Nabi-nabi tersebut memimpin kaum mereka berpandukan kitab (wahyu) yang telah diturunkan oleh Allah kepada mereka.

Contoh agama bukan samawi pula seperti agama hindu, anutan budha, kepercayaan tuhan-tuhan alam, kepercayaan kesaktian manusia, sembah patung dan lain-lain lagi. Agama-agama tersebut tiada sandarannya yang sah, bahkan hanya bersumberkan kepercayaan-kepercayaan ikut-ikutan daripada nenek moyang mereka sahaja.

Manakala agama ISLAM pula adalah satu-satunya agama yang diiktiraf di sisi Allah Taala pencipta alam semesta yang sebenarnya. Agama yang dibawa oleh manusia bernama Muhammad Bin Abdullah. Siapa yang percaya dengannya pasti akan berjaya selama-lamanya, dan siapa yang masih enggan mempercayainya akan terus rugi selama-lamanya.

KENAPA MANUSIA PERLUKAN AGAMA ?

Seperti yang kita telah ketahui, agama merupakan satu kepercayaan. Sedangkan naluri kehidupan manusia itu sememangnya sangat berhajat pada kepercayaan tertentu. Manusia yang hidup tanpa kepercayaan ibarat manusia yang 'mati'.

Disebabkan dunia ini bukan ciptaan manusia, maka manusia itu sendiri tidak tahu cara yang sebenarnya untuk hidup di dunia ini. Manusia akan sentiasa meraba dan mencari pencipta dunia untuk mendapatkan panduan hidup yang sebenar darinya.

Apabila berlakunya fenomena kilat berkabung, banjir melanda, tanah runtuh serta merta, hujan yang turun tidak menentu............maka pada masa itu manusia mula mengembara mencari Tuhannya dan mencari kepercayaannya (agama) untuk menenangkan jiwanya yang sedang ketakutan dan kebingungan itu.

Oleh itu, sebahagian kembara-kembara itu menghasilkan realiti yang kita dapat lihat pada hari ini. Agama yang menyembah tuhan langit kerana percaya bahawa hanya langit yang mampu memberi air munim kepada mereka dan kepada tumbuhan-tumbuhan mereka, menyembah tuhan matahari, menyembah dewa-dewa, menyembah pokok-pokok, menyembah manusia yang hebat-hebat dan lain-lain lagi. Sehinggakan seorang manusia sanggup bertuhankan Tuhan yang lebih dari satu.

Sedangkan Islam hanya menyeru manusia mempercayai keEsaan Allah Taala yang telah mencipta seluruh alam semesta ini dan mengatur fenomena-fenomena tersebut. Dan mempercayai kebenaran pesuruhNYA yang telah diutuskan untuk menghurai dan memperjelaskan tentang bukti-bukti keEsaanNYA.


APA BUKTI AKU SEORANG MUSLIM ?

Indahnya Islam kerana telah meletakkan Islam di atas tiang-tiangnya. Pertamanya ialah 'Percaya dengan yakin bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu adalah utusanNYA'. Seterusnya solat lima waktu, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikah haji pada yang berkemampuan.

Setiap tiang-tiang tersebut mempunyai hikmah dan kelebihannya yang tersendiri. Namun didahulukan dengan Syahadatain ( dua kalimah syahadah ) itu kerana ia adalah pintu utama bagi seorang manusia untuk bergelar Muslim dan seterusnya mendirikan tiang-tiang agamanya yang lain.

Namun, adakah dengan syahadatain sudah cukup untuk membuktikan bahawa aku seorang Muslim...??

Tidak kira bagaimana anda mengenal Islam, samada melalui ibubapa yang sudah islam, atau berkahwin dengan pasangan islam, atau tertarik dengan ajaran islam, atau kagum dengan kehebatan-kehebatan pahlawan Islam, atau tertarik dengan cara perdagangan islam, atau lain-lain alasan lagi.......anda wajib memahami Islam sebaik-baiknya setelah anda bergelar muslim.!!

Benar...tiada paksaan dalam beragama!! Tetapi setelah anda memilih Islam sebagai agama anda, bermakna anda telah rela hati untuk mematuhi tuntutan dan larangannya.

"Penuhi suruhan sekadar yang mampu, tinggalkan segala larangan serta merta".

Ya...bunyinya seperti kata-kata itu hanya tertuju pada golongan 'saudara baru'....tapi sebenarnya golongan 'muslim asli' ini perlu merasa lebih malu dengan kata-kata dan seruan itu.!!

Kerana Islam itu bukan hanya untuk dipeluk-peluk sahaja.........tetapi untuk dijadikan darah daging kita!

Wednesday, October 19, 2011

Kesan pengajian takhassusi dan 'umumi...

"Menuntut ilmu adalah kefardhuan buat setiap individu Muslim" -Hadis-


Kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini masih mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Pelbagai nilai-nilai murni ajaran Islam mampu diterapkan secara aman di negara yang kita cintai ini.

Selain dasar-dasar untuk kesatuan rakyat, keamanan, memperkukuhkan ekonomi negara, dasar-dasar Pendidikan juga turut di rangka dan dititikberatkan. Alhamdulillah...

Pelbagai budaya turut dibenihkan di Malaysia untuk menghasilkan individu-individu yang berilmu dan beramal dengan ajaran-ajaran Islam. Pelbagai iklan-iklan dan kempen-kempen yang disebarkan di setiap media massa tidak kira kerajaan mahupun swasta.

Usaha-usaha tersebut turut disambut meriah oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, NGO, persatuan-persatuan mahasiswa dan lain-lain. Sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada kalian.

Aliran pengajian di Malaysia.

Sehingga ke hari ini terdapat variasi sistem pengajian dan pembelajaran yang masih diamalkan di negara ini. Yang 'lama' tidak dibuang dan yang 'baru' tidak ditolak. Mungkin hanya sistem yang lama itu sedikit terrrr...sisih....dan sistem yang baru itu sedikit terrr.....lebih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Adakah realiti ini satu perkembangan yang baik atau sebaliknya....?? Apakah punca ia berlaku..?? Apakah kesannya terhadap masyarakat Malaysia..??

Realiti pelajar-pelajar zaman 'DULU' dan 'KINI'.

-Dulu : Pelajarnya lebih cenderong dan bersemangat untuk mencari guru-guru yang mursyid dan bersanad untuk memastikan kesahihan ilmu yang diperolehi.
-Kini : Pelajarnya lebih cenderong mencari institusi pengajian yang masyhur supaya mudah mendapat kerja.

-Dulu : Pelajarnya merebut peluang untuk menguasai semua bidang pengajian.
-Kini : Pelajarnya merebut peluang untuk hanya mahir dalam satu bidang sahaja.


Bagi saya...

Saya menganggap sistem pengajian 'piramid' yang diamalkan di Malaysia dan kebanyakan negara lain lagi sebagai sistem pengajian 'takhassusi'. Dan disebaliknya terdapat sistem pengajian 'umumi yang memberi peluang kepada para pelajar menguasai semua bidang ilmu.

Bermula dengan peringkat pengajian rendah, seterusnya menengah dan pengajian tinggi. Semakin ke atas semakin kecil skop pengajian dan kajian yang disediakan. Begitulah alternatif 'terbaik' yang dipilih untuk pelajar-pelajar dalam menuntut ilmu Allah pada zaman moden kini.

Segelintir pelajar pada hari ini keliru dalam memahami sesuatu ilmu. Antara punca utamanya adalah apabila tidak melalui proses pengajian 'umumi yang berterusan. Di peringkat pengajian tinggi, apabila berlaku percanggahan pendapat antara pelajar aliran Fiqh dan pelajar aliran Hadis pada isu-isu tertentu, ianya amatlah mudah untuk diselesaikan sekiranya kedua-dua belah pihak turut mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang yang lain.

Ilmu yang satu itu telah dibahagi-bahagi, dan dijuzuk-juzukkan. Ilmu Allah yang luas itu semakin lama semakin sempit dek muqarrar/ sukatan-sukatan yang dicipta oleh tangan manusia atas alasan untuk 'memudahkan' pelajar mempelajarinya. Akhirnya saya sendiri menjadi antara mangsa-mangsanya yang bergelar ulama' muqarrar.

Seterusnya ILMU yang agung itu hanya untuk diterima dan disampaikan oleh manusia,...bukan lagi untuk dihayati dan diamalkan oleh hamba-hamba Allah.!!

Tidak perlu dipersalahkan sistem pengajian itu, tapi yang lebih wajar untuk diperbaiki adalah mentaliti setiap individu penuntut ilmu itu sendiri. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya dengan usaha-usaha tertentu yang tidak berlawanan dengan syarak.

Oleh itu, saya menyeru kepada sabahat-sahabat penuntut ilmu yang masih memiliki semangat yang tinggi, kemampuan, ruang serta peluang yang mencukupi,...ayuh kita cari ilmu dan kefahaman sebanyak mungkin Lillahi taala !! Bukan sekadar memenuhi tuntutan profesion semata-mata.....

Monday, October 17, 2011

Darah manis...

Hebat sang pendekar pada kerisnya...
hebat ayam pada tajinya...
hebat gajah pada gadingnya...
hebat ular pada bisanya...

tapi......bagaimana dengan kehebatanmu ??!
aku yakin, pada dirimu ada suatu yang tiada pada selainmu...
itulah keistimewaanmu...
itulah anugerah tuhanmu padamu....

tapi...kenapa kau sering menafikannya...??!
kelebihan itu keistimewaan seorang manusia...
kekurangan itu lumrah seorang hamba...
usahlah kau bersedih tatkala mengenang lumrah dirimu yang istimewa...

Maafkan aku atas keterlanjuran kata...
kerana aku tidak pandai bermadah kata...
tapi aku gemar mengandai kata...
namun...aku sering tersilap tatkala mengandai kata-kata cinta...

Usah kau sangsi pada pilihanku...
kerana aku hanya menurut petanda-petanda tuhanku...
aku rela dan yakin dengan takdir hidupku...
bukan kerana hanya bertawaakul, bahkan telah ku pasakkan pada tawakkal ku...

Berumahtangga tidak semudah seperti yang mereka katakan...
sebelum..sedang...selepas...penuh dengan ujian dan rintangan...
namun anggaplah ia sebagai tanda kasih dan sayang dari tuhan...
semakin gundah jiwamu dengan ujian, semakin engkau dirindui tuhan...

Sunday, October 16, 2011

Bersemangat atau bermatlamat..?


Alhamdulillah...dulu dan kini masih sama...

Kalau dulu tinggi dan beratku "maintain"...kini pun masih maintain lagi...
Kalau dulu aku menghabiskan hujung minggu dengan pelbagai aktiviti sukan yang aku suka..kini pun aku masih lagi sempat lagi..
Kalau dulu (di Universiti) aku sempat singgah menyinggah maktabah untuk mengenal buku2 yang ada...kini aku masih sempat membelek2 buku yang ada..


Alhamdulillah....dulu dan kini sedikit berbeza....

Kini..kedua belah kakiku telah terlangkah ke alam pekerjaan. Gaya dan graf kehidupan aku pun kini sudah berbeza berbanding dulu. Beratnye beban di jiwa dan fikiran kini lain berbanding yang dulu.
Kini aku diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Maahad Tahfiz Al-Quran Asriah, Banggol Chica, Pasir Mas Kelantan. Terima kasih Ya Allah.......!!!!!

Bezanya cuma...dulu...aku "makan bersuap"...kini..aku terpaksa "menyuap" orang lain pula..!! Walau apa sekali pun....belajar terus belajar !! Tiada noktah untuk belajar !!


Jom cerita pasal kerja jap!!

Emm...dulu pun aku pernah bekerja...tapi....nape kali ini aku terasa lain macam je....??!

Mungkin dulu MATLAMAT aku kerja lain.......kini MATLAMATku lain.........tapi..kedua-duanya aku berSEMANGAT dalam kerja2ku itu !!

Dalam dunia pekerjaan ini, kayu ukur zahirnya...yang kuat dan berkebolehan akan didahulukan, yang lemah dan kurang berkebolehan di kemudiankan.

Aku juga manusia.....godaan hawa nafsu ialah ujian rutin kehidupanku. Terkadang aku menang, terkadang aku kalah. Lebih-lebih lagi, dalam kehidupan berkerjaya ini. Banyak yang kalah la dari yang menangnya...Na'uzubillah.....=)

Biasalah tu...pada pandangan manusia umumnya....kalau orang yang sedang belajar, mereka itu seolah2 sedang mendekati diri pada Allah atau mengejar Akhirat sahaja...Kalau orang yang sedang bekerja pula...mereka seolah2 sedang mengejar harta keduniaan sahaja. Apa kata anda?

Tiada bezanya pelajar atau pekerja. Kita tetap hamba Allah !!

Tanggung jawab sebagai seorang pelajar dan pekerja itu sebenarnya jauh lebih kecil dan ringan berbanding tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah Taala. Jika inilah prinsip kita sekarang, maka hidup kita akan tenang, bahagia, aman sentosa, damai, tiada tekanan, tiada hipokrit, khusyuk dan segalanya lah yang bagus2 tu...=)

Apakah tanggungjawab seorang hamba??

Jawapan : Beribadah kepada Allah Taala.

Terlalu pendek dan ringkas apabila disebut, tapi tidak seringkas pelaksanaannya. Kerana beribadah pada Allah itu bukan hanya rukuk, sujud, berzikir, sedekah, puasa, haji,... tapi....memandu motosikal pon kadang2 dikira satu ibadah yang berharga di sisi Allah..!!

Kadang2 kita semangat bekerja..kadang2 tidak bersemangat...Kenapa??!

Jawapan : Biasalah tu...Iman pun ada naik dan turunnya. Antara faktor lainnya adalah kerana kita hanya mengejar semangat ketika bekerja tanpa mengetahui matlamat kita bekerja.

Pelbagai program dan aktiviti dianjurkan oleh Ketua/ Pengarah/ Mudir semata-mata untuk mencari semangat para pekerja-pekerjanya. Tapi sayang sekali...para pekerja itu tidak pernah dibantu untuk mencari matlamat utama mereka bekerja.

Oleh itu, ayuh kita hidup bermatlamat...bukan hidup bersemangat. Kerana matlamat itu kekal, manakala semangat itu hanya sementara. Sedarlah! Tatkala kita mencapai kehidupan yang bermatlamat ini, sesungguhnya semangat itu telah lama bersama anda. =)