Wednesday, September 19, 2012

Kami tahu yang KAU bersedih dengan kata-kata mereka...


Allahumma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad....

Walau nukilan ini tidak sempat KAU baca...walau air mata ini tidak sempat KAU melihatnya...namun aku yakin perasaan ini telah pun KAU rasa..

Kami tahu kata-kata kami ini tidak mampu memujuk hati Mu...perarakan kami ini tidak mampu menghilangkan kerisauan Mu...celaan balas muslimin itu tidak mampu mengubati luka di hati Mu....namun kami harap kami dan mereka itu sedar dan mengenang jasa pengorbanan Mu...mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada sinar cahaya mengenal yang Maha Esa...

Kami ingin menjadi seperti sahabat-sahabat Mu, As-Siddiq dan Al-Khattab...sentiasa mempunyai semangat juang menjaga jasad dan perjuangan Mu.....namun kami tahu yang mereka berdua sering ditahan oleh Mu apabila ingin memenggal kepala orang kafir yang menghina Mu....

Kami akui yang kami mengenal Mu bukan dengan melihat Mu...bukan jua memegang jasad Mu...kami hanya mampu mengenal Mu melalui perkhabaran KEKASIH Mu...Dia yang memilih Mu sebagai hambaNya..Dia juga yang telah melantik Mu sebagai pesuruhNya...

Pertama aku mendengar nasihat Yang Maha Tahu...."Orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak sekali-kali akan senang hati dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka"  (Al-Baqarah : 120)

Aku mula yakin yang apa jua 'tindakan protes' yang aku pamerkan pada mereka yang menghina Kekasihku Muhammad s.a.w. , tidak ada apa-apa kebaikan untuk agamaku kerana mereka tidak sekali-kali akan mengikutku menganut Islam. Namun aku sertai juga 'tindakan protes' itu hanya kerana aku menganggap ini adalah peluang aku menzahirkan kecintaanku pada kekasihku....kerana aku mahu menyedarkan kawan-kawanku yang mungkin sedang lalai dari mengingati Baginda. Hanya kerana itu.

Seterusnya aku menghayati lagi pujukan Yang Maha Menjaga, (Al-Hijr : 87-99)

"Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan kamu."(Al-Hijr : 95)

Walau mereka membuat video menghina peribadi Mu,...walau mereka mendakwa itu adalah kehidupan Mu....walau mereka mendakwa itu adalah isteri dan sahabat-sahabat Mu....namun aku yakin kemuliaan Mu mengatasi segala-galanya.

Sedarlah wahai manusia!! yang video itu tiada kena-mengena dengan Nabi Muhammad s.a.w. ! Video dan cerita itu hanyalah bertujuan menonjolkan peribada mereka sendiri yang amat hina itu.

Sedarlah wahai muslimin !! yang Allah ingin menyedarkan kita dengan tanggungjawab kita! bangunlah dan tunaikanlah tanggungjawab kita. Jangan kita leka dengan kerenah-kerenah musuh islam yang mahu melambatkan kebangkitan Islam di muka bumi ini. Bangkitlah! Bersedialah dengan kebangkitan Islam di akhir zaman.

"Maka sampaikan olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik" (Al-Hijr : 94)