Thursday, January 20, 2011

Ru'yah dan Falak Syar'ie

Adakah kaedah HISAB FALAKI dibolehkan dalam menentukan awal bulan qomari? Atau hanya melalui kaedah RU'YAH sahaja??


Kemunculan anak bulan merupakan suatu petanda yang sangat berkait rapat dengan taklif, hukum-hakam syarak, dan amal ibadat muslimin dalam kehidupan. Antara ibadat yang sangat bergantung pada penentuan anak adalah seperti ibadat berpuasa di bulan Ramadhan, perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Namun secara umumnya, Islam telah memberi garis panduan dan kaedah dalam menentukan kemunculan anak bulan tersebut melalui utusan mulia Nabi Muhammad S.A.W.


عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن النبي (ص) قال : (( صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته، فإن غم عليكم فأكملوا عدة شعبان ثلاثين يوماً )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah R.A: Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda : (Berpuasalah kamu setelah kamu melihat anak bulan (Ramadhan), dan juga berbuka puasalah(beraya) kamu setelah melihat anak bulan(Syawal), sekiranya ia terlindung dari pandangan kamu, maka sempurnakan bilangan hari bagi bulan Syaaban itu sebanyak 30 hari ).
Riwayat Bukhari da Muslim.

[ read more ]

Thursday, January 6, 2011

IKHTILAF atau KHILAF...??

Merekalah Ibu..merekalah Ayah...

Tatkala kami berperang di medah Mu'tah...

Tatkala kami berada dalam musykilah...



Begitulah ibarat Dakatir (pensyarah) Kuliah Syariah Jamiah Mu'tah Jordan pada mahasiswa malaysia di sini.


Pernah juga saya membelek-belek biodata mereka di laman web universiti,...masyaAllah...kadang-kadang macam nak percaya, kadang-kadang macam tak nak percaya pula....jika dibandingkan latar belakang pengajian mereka itu dengan perwatakan mereka yang saya lihat dalam muhadharah. Sungguh qana'ah mereka....


Uni. Al Azhar, Uni. Urduniyyah, Uni. Dimasyq, Uni. Qaherah, Uni. Islamiyyah Saudi, Uni. di Sudan, di Yamman, di Eropah, ........ Degree & Master & PhD MUMTAZ!!
....MasyaAllah...

Diantara mereka, ada yang pakar hadis, pakar tafsir, pakar ilmu kalam, pakar feqh muamalat, pakar feqh muasarah, pakar tajwid....mereka mempunyai pendirian tersendiri dalam suatu permasalahan yang timbul berdasarkan gaya-gaya berhujjah tersendiri.


Kelebihan mereke amat pelbagai dan berbeza-beza....kalaulah nak diceritakan di sini semua tentang mereka...tidak larat rasanya.


Cuma ada satu perkara yang membuatkan saya tertarik untuk direnungkan bersama pembaca sekalian.

[ read more ]

Tuesday, January 4, 2011

Bibit LIBERAL di timur tengah

"....itulah antara tanda-tanda kesan resapan pemikiran liberal yang sudah lama terpendam dalam diri mahasiswa Islam di timur tengah sekarang..."

keluhan seorang mahasiswa malaysia di timur tengah. Beliau yang sudah saya anggap sebagai seorang ustaz, sifu, abang, senior yang sarat dengan pengalaman dalam selok belok kehidupan sebagai seorang mahasiswa di Malaysia mahupun di timur tengah.


Beberapa perbualan dan perkongsian pengalaman bersama sahabat-sahabat "baru" di timur tengah ini menyuntik rasa bimbang di hati saya lantas menghantui pemikiran ini. Ditambah sedikit realiti kehidupan yang pernah dilalui sendiri.

[ read more ]

Monday, January 3, 2011

.:: NOTA UNTUK DIRI 2 ::.

Berhati-hatilah kamu dengan 4 perkara yang telah berlalu itu. Hindarilah dan tinggalkan ia sekudrat yang ada padamu.


Namun ada 4 perkara yang perlu kamu lakukan setelah kamu memaksa dirimu meninggalkan 4 perkara itu tadi.


PERTAMA
: Bermuamalatlah kamu dengan Allah s.w.t dengan muamalat yang diredhaiNYA. Tiada manusia yang mahukan layanan dan muamalat yang buruk untuk dirinya walaupun dari manusia yang setaraf dengannya. Apatah lagi ini layanan dari seorang hamba kepada Tuannya. Perumpamaan itu adalah suatu yang majazi tetapi hakikatnya Allah s.w.t itu sajalah Tuan kamu.


KEDUA : Begitu juga setiap kali kamu bergaul dengan manusia, bergaullah dengan pergaulan yang kamu suka dan tidak melukakan hati dan jasmani. Kerana tidak sempurna imanmu itu selagi mana kamu tidak menyayangi sekalian manusia seperti mana kamu menyayangi dirimu sendiri.



KETIGA
: Ketika kamu membaca buku atau mengulangkaji pelajaran, hendaklah kamu menjadikan bacaan dan ulangkajimu itu sebagai suatu ilmu yang boleh membersihkah hatimu dan menyucikan jiwamu. Seandainya kamu tahu bahawa umurmu hanya berbaki hanya seminggu sahaja lagi, maka kamu semestinya menyibukkan dirimu dengan ilmu Kalam, Ilmu Fekah, dan sebagainya. Walaupun kamu tahu ilmu-ilmu itu tidak sempat untuk kamu beramal dengannya atau menyebarkannya, namun ia adalah semata-mata untuk menyucikan jiwamu dan membersihkan akhlakmu serta mendekatkan dirimu pada Yang Maha Esa. Maka ingatlah..!! tiada hari-hari yang akan kamu tempuhi dengan siang atau malam kecuali akan tibanya ajalmu tanpa kamu mengetahui masa dan tempatnya.

Bayangkan jika minggu depan seorang raja akan datang menziarahimu di kediamanmu pada waktu tertentu, nescaya mulai saat ini !! kamu akan mempersiapkan segala yang terbaik untuk menyambut kunjungan kehormat itu. Persiapan pakaianmu...kediamanmu...hidangan makan dan minum...sanak saudaramu...dan segalanya yang berkaitan. Semua itu hanya bertujuan untuk tidak menghampakan kunjungan si raja itu.

"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak melihat pada rupa (luaran) kamu, tetapi Dia melihat pada hati dan niatmu."- hadis-

Dan sekiranya kamu ingin tahu apa yang ada di sekitar hati si dia, lihatlah pada lahirnya atau kehidupannya. Mengenal zahirnya itu adalah fardhu 'ain, adapun mengetahui niatnya itu fardhu kifayah. Siapa kita untuk menghukum batin seseorang..?!



KEEMPAT
: Himpunlah keduniaanmu ....tetapi janganlah sampai kamu melebihi keperluan hidupmu. Tidak salah jika kamu mahu menjadi seorang yang kaya dengan harta di dunia kerana Nabi s.a.w pernah mendoakan kekayaan untuk dirinya. Tetapi mungkin dengan kekayaan itu kamu akan lebih melupai Allah ataupun mungkin sebaliknya.

Makan orang-orang kafir adalah untuk berseronok-seronok dengan kenikmatannya seperti haiwan, tetapi makan orang-orang beriman adalah untuk meneruskan kehidupan dan meneruskan ibadah dan terus menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Moga sang hati dan sang diri menyedari akan semua hakikat ini.....

Saturday, January 1, 2011

.:: NOTA UNTUK DIRI 1::.

Wahai diri yang bergelar penuntut ilmu, 4 perkara perlu kamu JAUHI :

1) Jauhkan dirimu dari segala punca kehinaan dan celaan. Seperti riya', hasad dengki, bangga diri, bermusuhan, berdendam dan sebagainya. Yaa..benar !! sekali pun telah berlaku percanggahan dan perselisihan antara dirimu dan kawan2mu...dan hatimu berkehendakkan kebenaran dan hak. Kamu berhak menegakkan kebenaran itu!! Namun bersabar dan berlaku bijaklah dalam mendamba kebenaran.

Dua syarat utama yang perlu kamu patuhi, pertama, janganlah kamu membezakan samada kebenaran itu zahir di atas lidahmu atau di lidah kawanmu itu. Kedua, biarlah kamu mencari kebenaran itu di tengah kesunyian manusia. Dan kamu tidak suka mengaitkan kebenaran itu dengan usahamu mencarinya.

Jangan sekali kamu malu bertanya dalam mencari kebenaran, kerana yang gelap itu mungkin hatimu atau mungkin juga hati mereka. Bertanyalah pada Dia yang mempunyai cahaya (ilmu) itu. Namun pertanyaan si jahil kepada si 'alim itu ibarat si pesakit yang mengadukan penyakitnya pada si perawat. Segala jawapan kepada persoalannya itu adalah usaha untuk merawat.

Dan kamu harus faham juga, si perawat yang kurang pengalaman tidak boleh merawat kesemua penyakit pesakit itu, dan si perawat yang berpengalaman dan hebat pun tidak akan dapat merawat pesakit yang TIDAK MAHU untuk dirawat...

Hanya kamu yang mampu mengubati penyakit-penyakit hatimu...



2) Jauhkan dirimu dari ingin menjadi seorang pemberi peringatan (tazkirah) kerana kesan buruknya akan lebih besar, KECUALI kamu lakukan ia terlebih dahulu sebelum kamu katakannya. Kemudian kamu berilah peringatan kepada manusia yang lain.

Renungilah kata yang pernah dilemparkan pada Nabi Isa A.S.....

[bersambung..]