Thursday, February 2, 2012

CEMBURU


Ketika Wanita cemburu…menangis

Ketika Lelaki cemburu...menyepi


Tatkala wanita cemburu dia membenci lelaki…

Tatkala lelaki cemburu dia membenci dirinya sendiri…


Kadang-kadang…

Lelaki mencemburui wanita yang mencintainya..biarpun dia belum mencintainya..

Dan..

Wanita pula mencemburui lelaki yang mencintainya ..biarpun dia belum mencintainya…


Namun….

Wanita lebih bahagia….dengan cemburu si lelaki pilihan hatinya…

Wanita lebih sengsara…dengan cemburu si lelaki bukan pilihan hatinya…


Secantik-cantik cemburu….adalah cemburu cinta….

Seburuk-buruk cemburu….adalah cemburu benci….


Antara tanda-tanda cemburu…

Si wanita mudah melenting…

Si lelaki mudah mengancam…


Kita….

…cemburukan orang yang kita cintai kerana kita cintakan mereka…

dan Kita…

…..cemburukan orang yang mencintai kita kerana kita mencintai diri kita…


Jangan terlalu mudah kamu menyimpan cintamu padanya di kotak cemburu…

Sedangkan kamu belum pasti…perasaan mereka terhadapmu…

Kerana dengan itu….kadang-kadang…kamu mendedahkan kelemahanmu pada individu yang tidak sepatutnya tahu….


Adakah kau tahu beza antara Cinta dan Cemburu…?

Cinta yang melampau melahirkan Cemburu…

Cemburu yang melampau membunuh Cinta…

Jauhi ‘melampau’ kerana DIA tidak cinta pada pelampau…


Adakah kau tahu beza Cemburu dan Prasangka…?

Kebanyakan Cemburu lahir dari perut Prasangka…

Jauhilah Prasangka kerana sebahagiannya adalah dosa..


Sedar tak sedar…….

Ketika kamu sentiasa mahu mencemburui si dia itu..

Maka jauhilah perasaan itu…kerana kadang-kadang waktu itu kamu telah jatuh cinta…

Sedangkan kamu sendiri tidak menyedarinya…

Ketika kamu sentiasa mahu dicemburui oleh si dia itu…

Maka bersihkanlah perasaanmu itu…kerana kadang-kadang waktu itu kamu telah melakukan suatu kesilapan…

Sedangkan kamu sendiri telah menyedarinya…

Mencemburui itu Menyekat…Mengongkong…Menahan…



إن الله يغار.الغيرة على الزوجة خلق عظيم. وإن المؤمن يغار، وغيرة الله أن يأتي العبد ما حُرم عليه (حديث)


Sesungguhnya Allah itu mencemburui….

Cemburu pasangan suami isteri itu satu kurniaan yang agong….

Dan mukmin itu juga cemburu….

Namun…cemburu Allah Taala apabila hamba-hambanya melakukan sesuatu yang telah terlarang ke atasnya…..!!



Wednesday, February 1, 2012

~ CINTA-CINTA DI DUNIA ~


Pada suatu hari…..

Ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk bersama para sahabat. Baginda bertanya kepada para sahabatnya tentang CINTA. Pertanyaan itu dimulakan dengan Abu Bakar.

“Apakah yang kamu cintakan dari dunia ini wahai Abu Bakar?”

Abu Bakar menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Duduk bersamamu, melihat dirimu, menginfaqkan hartaku padamu.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Umar?”

Umar menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Menyeru kepada kebaikan walaupun dengan sembunyi-sembunyi, menegah kemungkaran walaupun dengan terang-terangan, dan berkata benar walaupun ia pahit”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Uthman?”

Uthman menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Memberi makan, memberi salam, dan bersolat pada malam hari sedang manusia tidur.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Ali?”

Ali menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Memuliakan tetamu-tetamuku, Berpuasa di musim panas, dan memerangi musuh dengan mata pedang.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Abu Dzar?”

Abu Dzar menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Lapar, Sakit, dan Mati”

Nabi s.a.w bertanya lagi kepada Abu Dzar : “ Kenapa?”

Abu Dzar menjawab : “Aku cintakan kelaparan kerana ia menghidupkan hatiku, aku cintakan kesakitan kerana ia mengurangkan dosaku, dan aku cintakan kematian kerana aku mahu berjumpa Tuhanku”

Kemudian Nabi s.a.w bersabda :

“Aku juga mencintai TIGA perkara dari dunia ini : wangi-wangian, wanita, dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat”

Pada waktu itu, Malaikat Jibril turun dari langit memberi salam kepada mereka lalu berkata :

“Dan aku mencintai tiga perkara dari duniamu : menyampaikan risalah, menunaikan amanah, dan mengasihi orang-orang miskin.”

Kemudian Malaikat Jibril naik ke langit dan turun semula seraya berkata :

“Allah s.w.t telah menyampaikan salamNYA pada kalian sambil menyatakan bahawa DIA juga mencintai tiga perkara dari dunia kalian : Lidah yang sentiasa menyebutNYA, Hati yang sentiasa khusyuk kepadaNYA, dan Jasad yang sentiasa sabar dengan ujian-ujian dariNYA.”


سبحان الله وبحمده ،،، سبحان الله العظيم