Tuesday, November 25, 2008

MUSLIM DAN PAKAIANNYA

Rasa syukur yang tidak terhingga pada Allah S.W.T atas kurniaan nikmat-nikmat yg pelbagai dan tidak putus-putus kpd hambanya hingga ke saat ini. Selawat dan Salam atas junjungan mulia Tok Guru sekalian Umat iaitu Muhammad Bin Abdullah S.A.W. juga ahli keluarga baginda dan pengikut2 baginda sehingga ke saat ini.

Astaghfirullahal Azim...Terlebih saya ingin memohon maaf atas pendapat dan perkongsian yang akan ade kekurangannya nanti ini.

Pemakaian purdah/niqab yang mengkin telah menjadi amalan hanya golongan muslimat di Malaysia ataupun negara2 lain. Namun amalan ini juga mengundang pandangan yang pelbagai di kalangan ilmuan2 dunia trutamanya ilmuan2 islam.

Setelah melalui proses perbincangan, pertanyaan, pembacaan, mendengar ceramah tentang agama, dll...keyakinan untuk berkoongsi ilmu Allah itu mula timbul dalam diri ini.

Pakaian ialah keperluan asasi manusia yang normal sama ada muslim / non muslim. Tanpa pakaian manusia akan berasa tidak selesa untuk meneruskan kehidupan hariannya. Ini kerana manusia itu telah dicampakkan perasan malu oleh Penciptanya. Dan dalam Islam Malu adalah sebahagian daripada Iman.

Namun begitu, Islam merupakan agama yang menitik beratkan segala amal perbuatan penganutnya. Setiap aktiviti yang dilakukan oleh orang Islam itu akan dikira ibadah sekiranya ia disertakan dengan niat dan niat itu semestinya Lillahi Wa Rasulihi. Daripada sekecil-kecil perlakuan sehingga ke besar-besar perlakuan ianya diambil kira dalam Islam.

Agama yang direkacipta oleh Allah ialah hanya Agama Islam. Daripada nabi Adam A.S hinggalah Nabi Muhammad S.A.W hanya Islam agama yang diiktiraf. Dari itu...Islam yang dibawa oleh Tok Guru Nabi Muhammad S.A.W secara rasmi itu telah menggariskan TIGA syarat pemakaian dalam Islam TAK KIRA Lelaki / Perempuan. Syarat yang tidak boleh diambil remeh oleh orang Islam.

1] Pakaian yang tidak mengelirukan jantina pemakainya samaada laki ataupun perempuan.
2] Pakaian yang tidak Jarang.
3] Pakaian yang tidak Ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

Mungkin akan timbul persoalan,,...

[Sambungan...]

Monday, November 17, 2008

Renungan Pahlawan MPP/MPM MALAYSIA 07/08

    Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Parasahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatankota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

(Diriwayatkan oleh Luqman Hakim)

Barisan pimpinan Mahasiswa di menara gading perlu kerap bermuhasabah. Tidak kira pimpinan Islam atau sebaliknya. Muhasabah adalah satu tip mencapai kejayaan hakiki dalam kehidupan ini. Yaa...jika sebelum ini barisan  pimpinan inilah yang sentiasa menyuntik kesedaran dan semangat mahasiswa juga mayarakat setempat melaui program2 dan kempen2...kini saya menyeru agar barisan pimpinan kita kali ini dimuhasabah pula...

[Sambungan..]

Saturday, November 1, 2008

Bidadari untuk Umar r.a.


Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani sholat dan thowaf dika'bah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang waro', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqaroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Karena kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.
[ Sambungan.. ]