Wednesday, November 28, 2012

Prihatin mantan rakan sejawat [[ MPMKUIS ]]

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

MAAFKAN SAYA...

Jutaan kemaafan saya hulurkan buat jawatankuasa penganjur Majlis Makan Malam 10 Generasi MPP/MPM. Saya tidak dapat memenuhi jemputan tersebut kerana masih lagi dalam perkhidmatan di bumi serambi mekah. Saya juga berterima kasih kepada penganjur atas kesudian menganjurkan majlis yang amat bermanfaat itu. Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur.

Seakan-akan saya masih dapat merasakan perasan sedikit kecewa apabila program yang diatur dengan begitu bersungguh-sungguh, tiba-tiba kurang mendapat sambutan atau diboikot dan lain-lain. Namun saya mengharapkan pihak penganjur tidak merasa begitu sekarang ini. Kerana saya yakin ramai lagi rakan-rakan seperjuangan dalam MPP/MPM yang dapat hadir.

Moga coretan ini menjadi bukti saya masih ingin tahu perkembangan KUIS terutama MPPnya. Saya menjangkakan MPP KUIS hari ini telah banyak mendapat banyak perkongsian pengalaman dan strategi kepimpinan melalui ramah mesra semalam. Mungkin juga melalui ucapan-ucapan rasmi mahupun perbualan-perbualan tidak rasmi. Tapi, berhati-hati!!. Jangan ditelan tanpa kunyah, jangan dibuang tanpa menjamah. Kerana mungkin situasi dan realiti kita berbeza. Hukum fekah juga boleh berubah.

Maafkan saya kerana jarang mengunjung KUIS. Maafkan saya kerana jarang mengulas isu-isu KUIS. Maafkan saya kalau saya jarang berfesbuk. Namun saya sedar kewujudan Mantan MPM KUIS dalam fesbuk. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan pada mantan yang selalu mengambil tahu perkembangan KUIS dan MPMKUIS.

UNDANG-UNDANG dan PROSEDUR

Saya yakin, sehingga ke saat ini pemimpin-pemimpin mahasiswa KUIS masih memikirkan isu kesatuan persatuan. Terutamanya Presiden/ YDP. Mungkin ada yang lemah semangat apabila dibangkitkan isu ini. Mungkin juga ada yang makin bersemangat. Hakikatnya, realiti ikhtilaf berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengenal siapa pemimpinnya.

Jika tidak kerana yang 'kecil' tidak hormat yang 'besar'. Mesti kerana yang 'besar' tidak hormat yang 'kecil'. Itulah masalahnya. Masing-masing mahu dihormat. Masing-masing mahu menuntut hak. Siapa hebat dia dapat....siapa tak kuat dia tak dapat.

Untuk membetulkan keadaan, manusia mencipta undang-undang dan prosedur.

Walaupun pelbagai undang-undang cuba diwujud untuk menghukum 'manusia ganas'. Walaupun pelbagai prosedur cuba dirangka untuk membentuk 'manusia berwawasan'. Namun... kadang-kadang undang-undang itulah yang membentuk manusia ganas. Prosedur itulah yang menyekat manusia berwawasan.

Yang mencipta undang-undang dengan tujuan dan keperluannya.

Yang mengamalkan undang-undang pun dengan tujuan dan keperluannya.

Lihatlah pada pencipta undang-undang dan prosedur itu. Tanyalah dia kenapa dan kenapa dan kenapa ....perkara itu berlaku..........?

Pelbagai alasan  manusia cipta untuk 'membetulkan' tindakannya. Samada pencipta undang-undang mahupun yang tidak setuju dengan undang-undang. Tapi jawapan yang paling tepat adalah apabila manusia bertanya kepada 'orang' yang mencipta tujuan dan kehendaknya. DIAlah Allah Taala Pemilik mutlak langit dan bumi ini.

Jawapan kepada persoalan di atas : Kerana....Manusia tidak boleh mengurus tujuan dan kehendak manusia. Yang mengurus manusia adalah Allah Taala.

Manusia : Kenapa Allah mencipta tujuan dan  kehendak manusia???

Allah      : Kerana Allah Taala mahukan supaya tujuan dan kehendak manusia itu selari dengan tujuan dan
                kehendakNYA.

Undang-undang dan prosedur adalah antara jalan-jalan manusia mencapai kehendak Allah Taala. Oleh itu, yang lebih utama adalah kehendak Allah.



PATUH KEHENDAK ALLAH TAALA

IKHLAS

Allah Taala telah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Khalifah dilantik oleh Allah untuk mereka mengimarahkan bumi ini dengan beribadah (menghambakan diri) kepadaNYA. Allah juga menyuruh kita beribadah dengan ibadah yang Ikhlas. Oleh itu, jadilah hamba yang Ikhlas dalam berkepimpinan. Kerana bBerkepimpinan dan berpolitik itu adalah satu juzuk dari juzuk-juzuk ibadah. Semoga penat lelah yang dipersembahkan tidak disia-siakan olehNYA.


ADIL

Allah Taala menciptakan manusia dengan penuh keadilan. Kerana DIA amat menyukai hambaNYA yang adil. Oleh itu, ciptaanNya ada lelaki ada perempuan. Ada kaya ada miskin. Ada baik dan ada jahat. Maka ambillah iktibar dariNYA. Berlaku adillah terhadap sesama manusia dan siapa saja yang kalian pimpin. Penuhilah hak-hak manusia berpandukan hak-hak Allah terhadapnya.

Dahulukan tuntutan mengikut prioriti yang sepatutnya. Keperluannya, kemudian kehendak asasinya, kemudian kehendak sampingannya. Dahulukan kepentingan orang ramai berbanding kepentingan individu-individu tertentu. Kerana kepentingan orang ramai itu adalah kehendak Allah. Itu adalah tuntutan agamamu. Bahkan ia juga boleh menggambarkan kematangan kepimpinanmu.

Dampingi bersama perlaksanaan dan teori yang keluar dari bibir akalmu. Kerana pesan Saidina Umar kepada Abu Musa Al-Asy'ari : "Tiada faedah kamu menuturkan kebenaran yang tiada pelaksanaannya..."

Kamu menyuruh mereka itu dan ini. Hakikatnya dirimu di mana ketika itu?? Di langitkah seperti malaikat?? Di dalam tanahkah seperti haiwan??

Imbangilah arahanmu itu dengan kemampuan dan keperluan manusia. Jika kamu sendiri tak mampu untuk melakukannya, usah dipaksa orang lain melakukannya.

KEBEBASAN 

Allah memberi runga untukmu hidup di dunia. Maka berikan juga ruang  kepada rakan-rakanmu untuk berfikir dan bersuara padanya. Bukalah telinga dan dadamu untuk menerima pandangan dan kritikan. Kerana kata Al-Syafi'e : "Pendapatku benar, mungkin ada silapnya, dan pendapatmu salah, mungkin ada benarnya".

Jadilah pemimpin yang berjiwa besar dan berani menerima kebenaran. Kerana yang benar itu bukan hanya apa yang ada pada kamu dan hanya apa yang ada pada mereka. Walaupun kamu orang yang benar, orang akan mengenali kamu melalui kebenaran, bukan mengenali kebenaran melalui kamu.

Jangan jadikan 'tuduh-menuduh', 'umpat-mengumpat', 'caci-mencaci', 'boikot-memboikot' sebagai amalan kepimpinanmu. Sebaliknya jadikanlah 'diskusi', 'debat', 'mesyuarat', 'bicara', sebagai medan kamu mencari kebenaran.

HIKMAH

Letaklah dirimu pada diri sahabatmu. Kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan sepertimu. Jika mereka tersilap, tegurlah mereka dengan hikmah Tuhanmu. Kerana kadang-kadang manusia degil untuk menerima fakta kebenaran, tapi 'cair' dengan gaya berhikmahmu itu. Sekalipun keadaan menuntut kamu 'bergaduh' dengan mereka, maka 'bergaduh'lah dengan cara yang berhikmah.

Belajarlah gaya hikmah itu dari Rasulullah s.a.w. Selami sirah-sirah baginda dengan adil dan saksama. Bukan untuk kepentingan individu tapi untuk masyarakat yang dahagakan keadilan.

Jika ada ruang untuk membangkang, jangan lupa toleh kiri kanan depan dan belakang. Pastikan kamu membangkang faktanya bukan tubuh badan dan peribadinya. Kerana sedikit kamu membuka aib seorang mukmin, Allah akan membuka juga aibmu di akhirat kelak.



AKHIRNYA

KUIS adalah antara institusi pengajian tinggi ISLAM di Malaysia yang mendokong nilai-nilai murni Islam. Oleh itu, bantulah KUIS untuk memimpin warganya dalam mempraktiskan Islam dalam kehidupan individu dan masyarakat. Bersatulah dalam menegakkan objektif yang murni dan bertolak ansurlah dalam menolak aktiviti





Wednesday, September 19, 2012

Kami tahu yang KAU bersedih dengan kata-kata mereka...


Allahumma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad....

Walau nukilan ini tidak sempat KAU baca...walau air mata ini tidak sempat KAU melihatnya...namun aku yakin perasaan ini telah pun KAU rasa..

Kami tahu kata-kata kami ini tidak mampu memujuk hati Mu...perarakan kami ini tidak mampu menghilangkan kerisauan Mu...celaan balas muslimin itu tidak mampu mengubati luka di hati Mu....namun kami harap kami dan mereka itu sedar dan mengenang jasa pengorbanan Mu...mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada sinar cahaya mengenal yang Maha Esa...

Kami ingin menjadi seperti sahabat-sahabat Mu, As-Siddiq dan Al-Khattab...sentiasa mempunyai semangat juang menjaga jasad dan perjuangan Mu.....namun kami tahu yang mereka berdua sering ditahan oleh Mu apabila ingin memenggal kepala orang kafir yang menghina Mu....

Kami akui yang kami mengenal Mu bukan dengan melihat Mu...bukan jua memegang jasad Mu...kami hanya mampu mengenal Mu melalui perkhabaran KEKASIH Mu...Dia yang memilih Mu sebagai hambaNya..Dia juga yang telah melantik Mu sebagai pesuruhNya...

Pertama aku mendengar nasihat Yang Maha Tahu...."Orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak sekali-kali akan senang hati dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka"  (Al-Baqarah : 120)

Aku mula yakin yang apa jua 'tindakan protes' yang aku pamerkan pada mereka yang menghina Kekasihku Muhammad s.a.w. , tidak ada apa-apa kebaikan untuk agamaku kerana mereka tidak sekali-kali akan mengikutku menganut Islam. Namun aku sertai juga 'tindakan protes' itu hanya kerana aku menganggap ini adalah peluang aku menzahirkan kecintaanku pada kekasihku....kerana aku mahu menyedarkan kawan-kawanku yang mungkin sedang lalai dari mengingati Baginda. Hanya kerana itu.

Seterusnya aku menghayati lagi pujukan Yang Maha Menjaga, (Al-Hijr : 87-99)

"Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan kamu."(Al-Hijr : 95)

Walau mereka membuat video menghina peribadi Mu,...walau mereka mendakwa itu adalah kehidupan Mu....walau mereka mendakwa itu adalah isteri dan sahabat-sahabat Mu....namun aku yakin kemuliaan Mu mengatasi segala-galanya.

Sedarlah wahai manusia!! yang video itu tiada kena-mengena dengan Nabi Muhammad s.a.w. ! Video dan cerita itu hanyalah bertujuan menonjolkan peribada mereka sendiri yang amat hina itu.

Sedarlah wahai muslimin !! yang Allah ingin menyedarkan kita dengan tanggungjawab kita! bangunlah dan tunaikanlah tanggungjawab kita. Jangan kita leka dengan kerenah-kerenah musuh islam yang mahu melambatkan kebangkitan Islam di muka bumi ini. Bangkitlah! Bersedialah dengan kebangkitan Islam di akhir zaman.

"Maka sampaikan olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik" (Al-Hijr : 94)








Tuesday, August 28, 2012

Nawaitu bernikah.....


Nawaitu berkahwin untuk mendapat cinta Allah, anawaitu mencintai Rasulullah dengan menyahut saranannya “berkahwinlah dan perbanyakkan zuriatmu sesungguhnya aku sangat berbangga kalian wahai umatku di hari akhirat”,


nawaitu dengan perkahwinan ini  bersama apa yang telah aku lakukan melalui perkataan dan perbuatan ini hanyalah mengharap keberkatan dan doa anak-anak soleh selepasku, atau  beroleh syafaat jika kematiannya sebelumku (di waktu kecilnya),…..

Nawaitu berkahwin untuk melindungi diri dari syaitan dan bisikan kemusnahannya,  untuk menundukkan pandangan dan mengurangkan keraguan dalam diri, nawaitu menjaga kehormatan diri dari sebarang kemungkaran,…

Nawaitu berkahwin untuk mententeramkan roh dan jiwa dengan ketenangannya melalui duduk bersama-sama, pandang memandang, bergurau senda , agar hatiku sentiasa segar dan bertenaga untuk beribadah padaNya, nawaitu meluangkan masa untuk menyibukkan diri membantu isteriku di dapur memasak, menyapu , mengemas, dan menjaga si cahaya mata…

Nawaitu berkahwin untuk melatih diri lebih berdikari dan matang dalam penjagaanku dan kepimpinan ku..dan berusaha bersungguh-sungguh menjaga akhlak isteriku, menjaganya dari sebarang bahaya dan sakit, bersunguh-sungguh memperbaiki kesilapannya dan memimpinnya ke jalan yang benar, mencari yang halal untuknya, dan mentarbiah anak-anak dengan sentiasa memohon pemeliharaan dari Ar-Rahman Ar-Rahim.

Nawaitu ini semua hanya kerana Allah Taala.

Semoga nawaitu berkahwin seperti niat-niat hambaMu yang saleh dan ulama’ yang beramal.
Allah dampingilah aku seperti Engkau mendampingi mereka, tolonglah aku seperti engkau telah menolong mereka, cukupkan bagiku dengan apa yang telah engkau kurniakan padaku, kabulkan permintaanku, perelokkan padaku dari semua sudut dengan kasih sayang dan kemuliaanMu, sihatkan daku, ampunkan daku, rahmatilah daku,redhalah padaku, masukkan daku dalam syurgaMu, jauhi daku dari nerakaMu …..

Wahai Allah, jadikan aku dalam perkahwinan ini penuh dengan pertolongan, keberkatan, keselamatan dan selamatkan daku dari kesibukan duniaku dari mengingatiMu, jangan Kau palingkan daku dari Taat padaMu, tempatkan daku dalam kesempurnaan dan keampunanMu,…

Wahai Allah, pergerakan dan diamku adalah perjanjianku denganMu, maka peliharalah daku di mana saja aku berada, lantiklah daku seperti mana engkau telah melantik hamba-hambaMu yang soleh…
Wahai Allah, hidupkan daku dan mereka di atas landasan al-Quran dan al-Sunnah..aku mohon padaMu penghujung yang baik dan kesihatan tubuh badan, rezekikan pada ku dengan amal ibadah yang mendekatkan diriku padaMu…selawat dan salam atas junjungan mulia Muhammad  S.A.W…dan segala pujian itu hanya untukNya….

Friday, July 13, 2012

:: Dilema Graduan Islam Timur Tengah ::


5 minit sebelum jarum panjang menunjuk tepat ke nombor 6..menunjukkan waktu 1.30 petang (waktu kelas muraja’ah al-Quran).

Aku melangkah kaki keluar dari bilik guru menghala ke kantin… mencari seteguk air membasahi kerongkong yang makin kontang dek panahan matahari di pasir mas….

Dari jauh mengerutkan dahi mengecilkan kelopak mata menarik dekat kelibat seorang pemuda berkopiah berjambang…langkah kaki semakin mendekatinya…

“Masya Allah…syeikh..lame tak jumpe, enta blaja kat mane sekarang?” –aku bertanya.

“Ana baru balik dari South Africa kelmarin..alhamdulillah..” –jawab Afiq (junior aku) sambil mengukir senyuman rindu bertemu sahabat.

“Enta blajar takhassus ape kat sane? Balik ni dah habis ke cuti?” –soalan ringkasku.

“Ish…ana baru tahun kedua..lagi 5 tahun lagi..ana blajar Dirasat Islamiyyah..dulu lepas SPM ana sempat ke Maahad Qiraat Syoubro setahun….hehehe…” –jawab Afiq berhias ketawa segan silu.

“Alhamdulillah…mabruk alaiyk..Allah yuftah alaiyk..ni faqih Malaysia ni suatu hari nati ni…hahaha” –ujar ikhlasku sambil ketawa.

“ishh….mane adee….ni yang segan nak jumpe senior otai-otai ni…” –dia seolah berdalih merendah diri.

Tiba-tiba terdengar suara dari belakangku menyeru …..

“Yaa syeeeeiiiikkhhhh…..! MasyaAllah…masyaAllah..masyaAllah…” –panggilan dari Ustaz Asyraf (kawan lama Afiq).

Aku menoleh ke belakang sambil melemparkan senyuman sambil menyapa Afiq lagi, “okeylah Afiq,..kawan lama enta mai dah tu…enta borak-borak lah dengan dia dulu..ana kena mintak diri dulu..ade kelas..nati kita borak lagi lepas solat zohor.” –ujar  itu menangguh perbualanku seketika dengannya.

Belum jasadku meninggalkan Afiq, …

“Afiq..makin sihat nampak kau sekarang…” –Ustaz Asyraf menyapa sambil memeluk Afiq.

Dengan riak wajah penuh kerinduan Afiq, dia masih hendak memperkenalkan ustaz Asyraf kepadaku,..“haaa…ni la kalau nak kenal kawan seperjuangan ana masa di Mesir dulu,..sempat la main Xbox skali niii…boleh kata hari-hari laa….hahaha” –taaruf Afiq dengan bersaja.

Aku kemudian meninggalkan mereka berdua dengan seukir senyuman membisu sahaja.
 Langkah demi langkah..semakin terngiang-ngiang taaruf Afiq itu di benak fikiran. Mungkin juga itu satu aksi sepontan kerana terlalu seronok bertemu kawan karib.
Sambil berjalan..semakin lama semakin menyinggah ungkapan-ungkapan sebegitu oleh kawan-kawan timur tengahku yang lain.
“Kenapa kau bagitau die yang aku blaja kat Mesir/ Jordan/ Syria (timur tengah)…….”
“Ana dulu blaja kat pondok je….(sedangkan dia graduan degree Mesir)”
“Dulu ana time kat Timur tengah dulu..main je keje..dekat2 nak balik tu baru nak tengok2 kitab..”
“Kalau nak tahu…dia tu raja download dulu tu…”
“Saya dulu melancong je kat sana….”

Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang sewaktu dengannya.
*******

Apa yang ingin saya  kongsikan kali ni ???

Yaa..memang ungkapan-ungkapan begitu mungkin hanya meniti di bibir sahaja. Mungkin realitinya lain, kerana ingin merendah diri. Atau mungkin juga ia benar-benar realitinya.

Tidak saya nafikan, saya sendiri pon pernah terungkap perkara-perkara berikut. Namun  tidak salah untuk saya mengajak kawan-kawan saya bersama saya memikirkan perkara ini bersama-sama.
Jika dibincangkan mungkin perkara ini boleh dilihat dari sudut yang pelbagai. Saya hanya cuba untuk melihat dari satu sudut sahaja dulu..yang selebihnya..saya tinggalkan untuk kalian pembaca untuk memikirkannya dan membuat perubahannya jika perlu.

Rendah Diri yang melampau!
Jika kita perhatikan, kebanyakan graduan dari timur tengah (Maliziyyun) pada suatu ketika dahulu mempunyai gah atau ‘izzah yang tersendiri. Manakala kebanyakan graduan dari timur tengah pada masa kini  kurang gah dan ‘izzahnya. Persoalannya …kenapa??

Kemudahan yang ada pada zaman mereka taklah banyak sangat. Kemudahan pada zaman kita ni….masyaAllah. Tapi…kenapa?? 

Atau mungkin hiburan masa kini yang menyusahkan kalian untuk nak belajar?? Kenapa jadi begitu?? Bukankah anda mampu memilih hiburan ?? 

Sebab malas?? Orang dulu-dulu tak kenal malas ke??

Sebab rasa tawaddhuk…rendah diri…?? Sampai orang tolak jadi imam pon tak sudi?? Itu bukan rendah diri tapi hina diri……

Sebab anda rasa dah ramai orang yang dh pandai dan boleh jadi pemimpin?? Itu bukan yang syeikh dan duktur kalian ajarkan……

Mungkin kita ada kisah silam yang tersendiri sepanjang belajar di sana…okey…tak mengapa….tetapi kenapa harus disebut2 dan diheboh2kan kepada orang lain pula di Malaysia !!?? Cukuplah kenangan tersebut menjadi  modal motivasi  diri anda di masa anda memerlukannya !!

Ingat !! Kebangkitan Islam tidak akan sempurna tanpa anda yang belajar ilmu agama !!

Anda telah diberi pengecualiaan oleh Allah Taala daripada turut serta jihad berperang  semata-mata untuk mendalami ilmu agama, kemudiannya anda dipertanggungjawabkan untuk memberi peringatan kepada masyarakat tatkala anda pulang ke tanah air. Jangan sampai anda didakwa oleh mereka yang telah berkorban darah keluar berjihad di jalan Allah Taala itu.. !! (lihat Surah At-Taubah : 122)


Thursday, July 12, 2012

أنتِ أسعد امرأة في العالم





يأيها الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبثّ منهما رجالاً كثيراً ونساءًا واتقوا الله الذي تساءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيباً

(surah An-Nisa’)
Kita semua adalah sama,
Lelaki dan perempuan tiada bezanya,
Cuma yang mulia hanya yang tinggi taqwanya,
Bertaqwa dan bertawakkal hanya pada Yang Maha Esa,
Moga istikharahmu mendapat lebih baik dari kau sangka….

Terkadang yang “ Nisa’ ” itu diutama,
Terkadang yang “Rijal “ itu diutama,
Hakikat keduanya dari jiwa dan jasad yang sama,
Dicipta Adam, ditenangkan dengan Hawa,
Lahirlah zuriat manusia yang kelak kan binasa….


تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاك
(Hadis)

Manusia berhajat pada Adat,
Manusia hidup dengan Syariat,
Rela tidak tertunai hajat, jangan rela hidup bermaksiat,
Syariat tidak mengikat adat malah tidak menyekat-nyekat,
Bahkan syariat mengajar manusia perihal adat…..

Hanya kerna harta, pangkat, cantik, dan agama,
Sebuah ‘masjid’ dibina bersama-sama,
Manis dan pahitnya dirasa berdua saja,
Pesan Baginda agama itu yang utama,
Memilih kernanya hidup bertepuk tangan tanda bahagia…


الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة
(Hadis)

Dunia itu sangat indah kerana hiasannya,
Nafsu syahwat pula si pengikut setia,
Dihiasi manusia dengan syahwat cintakan wanita,
Sehingga kulit manusia dianggap fesyen dan gaya,
Hampir putus asa si Nisa’ yang sentiasa usaha menutupnya….

Si perempuan itu bukan perhiasannya,
Si Nisa’ ini yang sebaik-baik perhiasan dunia,
Bukan hanya kerana pakaiannya tapi kerana tingkahlakunya,
Keayuan dan ketaatan hanya untuk suaminya,
Air mata dan hati yang hanya untuk Sang Pencipta…


Pesan Si ibu kepada anak perempuan kesayangannya :

Jadilah ‘orang gaji’ pada suamimu,
Nescaya dia akan menjadi ‘hamba’ padamu,
Sentiasalah ingat sepuluh pesananku,
Telah pun ku amalkannya dengan bantuan bapamu,

1)      Dampingi suamimu dengan penuh qana’ah dan berpada-pada
2)      Dampingi dia dengan penuh dengar kata dan taat padanya
3)      Jagalah dua matanya
4)      Jagalah hidungnya
5)      Jagalah waktu makannya
6)      Jagalah waktu tidurnya
7)      Jagalah hartanya
8)      Jagalah anak-anaknya
9)      Jangan kamu berseronok ketika dia berduka
10)  Jangan pula kamu berduka ketika dia bergembira

Monday, May 7, 2012

BERSIHkan Institusi Fatwa di Malaysia


Apa itu fatwa ?

Fatwa adalah suatu jawapan daripada seorang yang faqih, terhadap suatu persoalan/ isu semasa yang timbul dalam masyarakat setempat oleh individu atau kumpulan tertentu. Orang yang berfatwa itu digelarkan sebagai seorang Mufti.

Malaysia adalah antara sebuah negara yang mempunyai ramai Mufti jika dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain. Di setiap negeri di Malaysia terdapat jabatan muftinya atau institusi fatwanya. Bermakna terdapat 12 Mufti yang diiktiraf di Malaysia.

Namun lebih ramai mufti-mufti yang tidak diiktiraf oleh perundangan Malaysia. Contohnya boleh dilihat melalui laman-laman blog, forum-forum agama, soal jawab hukum hakam agama dan kolum himpunan fatwa individu di internet mahupun di kolum-kolum majalah. Semua itu boleh dianggap sebagai fatwa menurut perspektif islam sekiranya jawapan-jawapan tersebut adalah daripada individu yang berautoriti dalam bidang Fiqh dan Usul fiqh.

Mereka itu Hakim atau Mufti ?

Untuk lebih faham tentang fungsi Mufti, ada eloknya saya membuat perbandingan antara Mufti dan Hakim (Qadhi). Hakim berfungsi mendamaikan antara dua pertelingkahan. Manakala Mufti bertanggungjawab menzahirkan hukum hakam agama di kalangan masyarakat. Keputusan Hakim adalah keputusan yang mengikat antara dua pihak yang bertelingkah. Manakala keputusan Mufti tidak mengikat mana-mana individu masyarakat. Keputusan Hakim akan bermula dengan dakwaan-dakwaan, manakala keputusan Mufti akan bermula dengan soalan-soalan. Tumpuan Hakim adalah pada kes-kes berkaitan hak-hak manusia sesama manusia, manakala tumpuan Mufti adalah pada hak-hak manusia dengan Allah. Ini konsep asal Hakim dan Mufti dalam Islam.

Contohnya, fatwa yang dikeluarkan oleh mufti kelantan tidak mengikat penduduk negeri perlis, dan begitu juga sebaliknya. Walaupun begitu, selagi sesuatu fatwa itu belum diwartakan, ia tidak mampu mengikat mana-mana pihak. Tetapi jika fatwa tersebut telah diwartakan, ia wajib dilaksanakan.!


Oleh itu, fatwa dilihat sebagai satu cara yang berautoriti dan berpotensi besar untuk menegakkan hukum-hukum Allah di bumi Malaysia ini, maka institusi fatwa seharusnya di'BERSIH'kan dari segala unsur-unsur fanatik pada sesuatu fahaman atau pihak. Prinsip ADIL sewajibnya diaplikasikan oleh mufti-mufti dalam mengeluarkan fatwanya.


Adakah muzakarah fatwa kebangsaan mengikat mufti negeri-negeri?

Secara logiknya, muzakarah fatwa kebangsaan memang mengikat fatwa negeri manakala fatwa negeri tidak mampu mengikat fatwa kebangsaan. Kerana sepatutnya ahli muzakarah fatwa kebangsaan itu adalah daripada mufti-mufti negeri itu sendiri. Namun, proses pe'warta'an tetap diperlukan untuk memastikan fatwa tersebut menjadi suatu kelaziman.

MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN MENGHARAMKAN HIMPUNAN BERSIH 3.0 ??

Dalam keghairahan untuk meng'iye'kan atau me'nidak'kan keputusan muzakarah ini, beberapa perkara harus difahami oleh pendokong syariat islam khususnya para mufti dan umumnya masyarakat malaysia.

Kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan :

1-Kesedaran : Mufti harus mempunyai kesedaran yang tinggi tentang fungsi fatwa iaitu menzahirkan hukum-hukum syarak di muka bumi ini melalui persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya. Tiada faktor-faktor lain yang boleh menggugat keputusan mufti selain daripada tujuan asasnya iaitu menegakkan hukum-hukum agama Islam. Tiada istilah 'menjaga periuk nasi' dan lain-lain.

2-Kefahaman : Tuntutan 'faham' terhadap seorang mufti bukan sekadar memahami nas-nas Al-Quran dan Hadis, namun seorang mufti juga harus faham latar belakang kes atau isu. Untuk memahami keadaan semasa yang penuh dengan kemodenan ini, mufti juga harus lebih mahir dan mempunyai keupayaan yang setanding dengan kemodenan tersebut. Oleh itu, sebelum sesuatu hukum hendak dikeluarkan, kajian yang teliti dan adil wajib dilakukan terhadap sesuatu isu atau persoalan yang dibangkitkan itu. Maklumat umum sahaja tidak memadai. Harus mendapat maklumat yang seimbang daripada semua pihak yang terlibat dalam isu-isu tertentu.

3-Keadilan : Mufti harus adil kerana Allah itu suka akan keadilan . Keadilan yang dimaksudkan adalah dengan meletakkan sesuatu pada bahagiannya yang sesuai. Mengutamakan yang utama dan mengemudiankan yang perlu dikemudiaankan. Oleh itu, mufti harus terlebih dahulu mengenalpasti mana tujuan dan mana cara, mana maslahah dan mana mana mafsadah,  mana maslahah umum dan mana maslahah peribadi, mana mafsadah besar dan mana mafsadah kecil. Agar mufti tidak mudah terkeliru dalam mengeluarkan fatwanya.

Kepada seluruh masyarakat satu malaysia :

Tidak kira golongan interlektual mahupun tidak.

1-Menghormati : Rakyat malaysia sewajarnya menghormati seluruh institusi fatwa di malaysia.Terutamanya yang beragama Islam. Teguran mahupun kritikan yang ingin dilontarkan seharusnya dengan cara yang terbaik. Kerana ia adalah antara saluran yang terbaik untuk menegakkan agama Islam di Malaysia. Tidak perlu untuk membanding-bandingkan fatwa kebangsaan malaysia dengan fatwa-fatwa terkini oleh ulama' di negara-negara luar, kerana mungkin realiti kita dan mereka berbeza.
         Jika  seluruh umat Islam di malaysia sendiri memandang rendah terhadap Institusi Fatwa ini, apa lagi yang kita ada? apa lagi kemegahan kita sebagai muslim di Malaysia?? Oleh itu, berusahalah untuk menghormati dan mengukuhkan Institusi Fatwa. Jangan kerana sebiji buah yang dipatuk burung, pohon yang rendang ditebang.

2-Menolong : Pendekatan yang terbaik digunakan oleh masyarakat terhadap institusi fatwa adalah menolong bukannya memulau. Sumbangan maklumat yang tepat dan teliti diperlukan oleh mufti untuk menentukan fatwa yang dikeluarkan itu adil dan kurang pergeserannya. Oleh itu, maklumat yang diberikan itu bukannya  memihak kepentingan peribadi tapi maklumat yang jujur dan betul. Begitulah yang sepatutnya berlaku dalam kalangan mukminin, kecuali yang munafiqin.
       Barisan pemimpin negara juga diharapkan tidak menyalahgunakan fungsi Majlis Fatwa Kebangsaan. Menggunakan suara mereka ketika diperlukan dan menutup mulut mereka ketika tidak diperlukan. Tugas kalian yang sepatutnya adalah menolong mereka dalam menegakkan hukum-hukum Islam. Bukankah kalian juga Muslim?!
      Kumpulan-kumpulan media pula diharapkan tidak mengambil kesempatan ke atas isu ini sehingga mengundang persengketaan sesama manusia. Banyak lagi cara lain yang baik yang boleh diusahakan untuk dijadikan sumber makan minum anak, isteri dan keluarga kalian. Alihkan dunia ke tangan kalian bukan lagi di hati kalian.



 Berdasarkan beberapa penelitian di atas, diharapkan banyak lagi langkah-langkah perubahan ke arah kebaikan dapat diusahakan oleh semua pihak.

Para mufti harus ingat, bahawa pangkat kalian sangat mulia di dunia mahupun akhirat kelak. Kerana kalian telah diberi amanah oleh Allah untuk menegakkan hukum-hukumnya di dunia ini. Maka lakukan amanah itu sebaik mungkin. Mungkin rahmat yang melimpah ruah ke kampung kita pada hari ini adalah berkat kalian. Dan mungkin juga kebinasaan dan huru-hara yang bakal berlaku nati kerana kecuaian dan kesilapan kalian.


Yang sedang berfikir,

MOHD RASYIDI ALI













Sunday, April 15, 2012

Tidak wajib menutup aurat??

Minggu lepas, di kedai alat ganti kereta, wakaf che yeh, Kelantan.

“Comey tulisan adik nih, macam tue dio (empunya badan),..” –sapa seorang pakcik berkopiah senget pada seorang pekerja perempuan di kedai tersebut yang sedang menulis resit.

“Anok ni asal mano muko comey gini nih?”- Tanya pakcik tersebut.

“Ore kota Bharu ni jah…”-jawab perempuan itu sambil tersipu-sipu malu.

“Laa….pokcik ingat ko ore alek sano (Thailand),…ore klate kitow mo jah ni…emh3…comey sungguh deh…tapi………kalu anok ni pakai tudung dan pakai baju labuh-labuh sikit..mesti lg comey nih….” -pakcik tersebut menangguh perbualannya itu dengan terus menuju kepada taukey kedai tersebut utk membuat bayaran.

Perempuan tersebut kelihatan merah padam mukanya,…entah marah entah malu…entah…..
Saya yang pada ketika itu sedang memilih antena radio untuk dipasang di kereta. Sudah bosan mendengar berita yang ber’background’kan bunyi desiran pantai. Terfikir dengan gaya teguran pakcik yang berumur sekitar akhir 60-an itu.

Selang 5 minit,..tiba-tiba pakcik tersebut berpatah balik melalui remaja perempuan itu lagi…
Kelihatan seperti pakcik tersebut hendak mengucap salam wida’ pada perempuan tersebut..tapi telah dimulakan terlebih dahulu oleh perempuan tersebut dengan pertanyaannya…..

“Pakcik,… betul ke ada orang kata tutup aurat itu tak wajib? Kalau ada, betul ke pendapat tu?” Tanya remaja perempuan.

Haaaaaaa………………………agak-agak apa yang berlaku selepas tu….?????

Kebetulan waktu itu saya baru habis kelas….berpakaian ala-ala cikgu,ustaz,mahasiswa….sedang berdiri paling hampir dengan pakcik itu…kerana mungkin kelihatan berminat dengan perbualan mereka berdua itu…terus di’passing’ dengan tepukan di bahu kanan…

“hah…ni Ustak….ado ore tanyo nih…(terus dia mengulang soalan perempuan itu tadi), wano tu ustak?? Ambo kalu ado sek-sek ustak ni..ambo ngaloh dulu” –mujamalah si pakcik.

Sekarang, saya bertanya pula pada pembaca sekalian…apa hukum menutup aurat?? Boleh ke dedah aurat??

Jangan risau..tak de orang yang akan paksa anda jawab soalan tu sekarang…Cuma Allah yang akan paksa kita kelak…silap-silap dengan api kot….:(

Saya ingin berkongsi pengalaman ni bersama rakan-rakan pembaca sekalian. Setelah saya diterjah dengan soalan itu, pelbagai tanggapan hinggap di fikiran saya. Tapi saya cuba reset dan positifkan fikiran saya pada waktu itu. Mungkin ini juga adalah salah satu pembentangan kelas pengajian buat saya.

Tiba-tiba terbayangkan muka ustaz Azhar Idrus yang sedang sengih tu.

Saya terus menjawab “YA, memang ada pendapat tu, dan pendapat tu betul”, sambil tiru sengih sinis gaya ustaz Azhar, memandang pakcik tu.

Perempuan tu terus membangkang kata-kata saya itu seolah-olah tak puas hati. “Bukan ke wajib tutup aurat ustaz!”, tegas dia lagi.

Saya makin hairan, kenapa perempuan tu pulak yang lebih-lebih yang bangkang kata-kata saya tu, sedangkankan pakcik tu rilek je, sambil kerut-kerut dahi sikit je. Saya rasa perasaan marah perempuan tu tadi dah makin membuak-buak sehingga dia tak dapat mengawal pemikirannya yang waras tu lagi. Mungkin dia asyik berfikir nak kenakan si pakcik tu dan si ustak ni sekali.

“Ya, memang ada pendapat yang mengatakan menutup aurat itu tidak wajib, tapi pendapat itu daripada orang bukan Islam dan hanya untuk orang bukan Islam. Ya, pendapat tu betul, bagi dia, sebab dia bukan Islam dan dia tidak faham Islam.” –saya menjawab dengan nada menjawab teka teki sambil mahu bersenda dengan pakcik itu.

Perempuan tu tersebut terdiam. Terus masuk ke dalam smbil memegang bulu ayam yang dipegangnya untuk membersihkan habuk-habuk di radio-radio kereta 2ndhand .
Sambil tergelak, pakcik tersebut berjalan keluar dari kedai itu.

# Tamat #



Kesimpulan :

1- Menutup aurat itu satu nikmat. Allah sangat menyukai hambaNya yang apabila diberikan nikmat kepadanya, dia menzahirkannya dengan bersyukur.

2- Agama Islam itu Nasihat. Sebaik-baik nasihat adalah nasihat untuk mengenal Allah, Al-Quran, Rasul, dan untuk kebaikan pemimpin-pemimpin kita dan masyarakat awam.

3- Ikhlas. Hidup yang paling bermakna adalah hidup yang penuh dengan keikhlasan. Dalam memberi mahupun menerima sesuatu.

Thursday, February 2, 2012

CEMBURU


Ketika Wanita cemburu…menangis

Ketika Lelaki cemburu...menyepi


Tatkala wanita cemburu dia membenci lelaki…

Tatkala lelaki cemburu dia membenci dirinya sendiri…


Kadang-kadang…

Lelaki mencemburui wanita yang mencintainya..biarpun dia belum mencintainya..

Dan..

Wanita pula mencemburui lelaki yang mencintainya ..biarpun dia belum mencintainya…


Namun….

Wanita lebih bahagia….dengan cemburu si lelaki pilihan hatinya…

Wanita lebih sengsara…dengan cemburu si lelaki bukan pilihan hatinya…


Secantik-cantik cemburu….adalah cemburu cinta….

Seburuk-buruk cemburu….adalah cemburu benci….


Antara tanda-tanda cemburu…

Si wanita mudah melenting…

Si lelaki mudah mengancam…


Kita….

…cemburukan orang yang kita cintai kerana kita cintakan mereka…

dan Kita…

…..cemburukan orang yang mencintai kita kerana kita mencintai diri kita…


Jangan terlalu mudah kamu menyimpan cintamu padanya di kotak cemburu…

Sedangkan kamu belum pasti…perasaan mereka terhadapmu…

Kerana dengan itu….kadang-kadang…kamu mendedahkan kelemahanmu pada individu yang tidak sepatutnya tahu….


Adakah kau tahu beza antara Cinta dan Cemburu…?

Cinta yang melampau melahirkan Cemburu…

Cemburu yang melampau membunuh Cinta…

Jauhi ‘melampau’ kerana DIA tidak cinta pada pelampau…


Adakah kau tahu beza Cemburu dan Prasangka…?

Kebanyakan Cemburu lahir dari perut Prasangka…

Jauhilah Prasangka kerana sebahagiannya adalah dosa..


Sedar tak sedar…….

Ketika kamu sentiasa mahu mencemburui si dia itu..

Maka jauhilah perasaan itu…kerana kadang-kadang waktu itu kamu telah jatuh cinta…

Sedangkan kamu sendiri tidak menyedarinya…

Ketika kamu sentiasa mahu dicemburui oleh si dia itu…

Maka bersihkanlah perasaanmu itu…kerana kadang-kadang waktu itu kamu telah melakukan suatu kesilapan…

Sedangkan kamu sendiri telah menyedarinya…

Mencemburui itu Menyekat…Mengongkong…Menahan…



إن الله يغار.الغيرة على الزوجة خلق عظيم. وإن المؤمن يغار، وغيرة الله أن يأتي العبد ما حُرم عليه (حديث)


Sesungguhnya Allah itu mencemburui….

Cemburu pasangan suami isteri itu satu kurniaan yang agong….

Dan mukmin itu juga cemburu….

Namun…cemburu Allah Taala apabila hamba-hambanya melakukan sesuatu yang telah terlarang ke atasnya…..!!



Wednesday, February 1, 2012

~ CINTA-CINTA DI DUNIA ~


Pada suatu hari…..

Ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk bersama para sahabat. Baginda bertanya kepada para sahabatnya tentang CINTA. Pertanyaan itu dimulakan dengan Abu Bakar.

“Apakah yang kamu cintakan dari dunia ini wahai Abu Bakar?”

Abu Bakar menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Duduk bersamamu, melihat dirimu, menginfaqkan hartaku padamu.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Umar?”

Umar menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Menyeru kepada kebaikan walaupun dengan sembunyi-sembunyi, menegah kemungkaran walaupun dengan terang-terangan, dan berkata benar walaupun ia pahit”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Uthman?”

Uthman menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Memberi makan, memberi salam, dan bersolat pada malam hari sedang manusia tidur.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Ali?”

Ali menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Memuliakan tetamu-tetamuku, Berpuasa di musim panas, dan memerangi musuh dengan mata pedang.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Abu Dzar?”

Abu Dzar menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Lapar, Sakit, dan Mati”

Nabi s.a.w bertanya lagi kepada Abu Dzar : “ Kenapa?”

Abu Dzar menjawab : “Aku cintakan kelaparan kerana ia menghidupkan hatiku, aku cintakan kesakitan kerana ia mengurangkan dosaku, dan aku cintakan kematian kerana aku mahu berjumpa Tuhanku”

Kemudian Nabi s.a.w bersabda :

“Aku juga mencintai TIGA perkara dari dunia ini : wangi-wangian, wanita, dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat”

Pada waktu itu, Malaikat Jibril turun dari langit memberi salam kepada mereka lalu berkata :

“Dan aku mencintai tiga perkara dari duniamu : menyampaikan risalah, menunaikan amanah, dan mengasihi orang-orang miskin.”

Kemudian Malaikat Jibril naik ke langit dan turun semula seraya berkata :

“Allah s.w.t telah menyampaikan salamNYA pada kalian sambil menyatakan bahawa DIA juga mencintai tiga perkara dari dunia kalian : Lidah yang sentiasa menyebutNYA, Hati yang sentiasa khusyuk kepadaNYA, dan Jasad yang sentiasa sabar dengan ujian-ujian dariNYA.”


سبحان الله وبحمده ،،، سبحان الله العظيم