Sunday, January 29, 2012

فما بال أموالكم...؟

يستطيع المال أن يشتري السرير لكن...
لا يستطيع أن يشتري النوم


يستطيع المال أن يشتري الساعة لكن ....
لا يستطيع أن يشتري الزمن


يستطيع المال أن يشتري الكتاب و الأقلام و لكن....

لايستطيع أن يشتري المعرفة


يستطيع المال أن يشتري الجاة المنصب لكن ...
لا يستطيع أن يشتري الإحترام


يستطيع المال أن يبني مستشفيات و يشتري الدواء لكن ...
لا يستطيع أن يشتري الصحة و العافية



يستطيع المال أن يشتري الدم لكن...
لا يستطيع أن يشتري الحياة


يستطيع المال أن يشتري شمعه لجلسة ولكن ...

لا يستطيع أن يشتري الحب والهمس


يستطيع المال ان يشتري الاصحاب ولكن..

لايستطيع ان يشتري الاصدقاء



يستطيع المال ان يشتري الحب ولكن..

لايستطيع ان يشتري قلب الحبيب


Thursday, January 26, 2012

Kerana Kewafatan...sebuah Kehidupan dikenang...



DI SEBALIK KEMENANGAN ISLAM


"Apabila datangnya pertolongan Allah s.w.t dan kemenangan" (surah An-Nasr)


Apabila diwahyukan surah ini kepada Junjungan Mulia s.a.w di Mekah (selepas Hijrah) maka tersebarlah perkhabaran tentang kemenangan dan kegembiraan ini kepada seluruh para sahabat.

Seluruh penduduk Mekah dan Madinah bertahmid kesyukuran dan bertakbir kegembiraan. Pemuda pemudi, tua muda, lelaki perempuan, keluar dari rumah masing-masing meraikan kemenangan ini.


Kecuali saidina Ibnu Abbas, anak saudara kepada Rasulullah s.a.w. Beliau bersedih keseorangan apabila mendapat perkhabaran tersebut.

Ibnu Abbas yang pernah didoakan oleh Rasulullah s.a.w dengan kefaqihan dan kemahiran memahami Al-Quran.

An-Nasr yang bermaksud pertolongan. Surah ini juga dinamakan surah At-Taudi', iaitu surah perpisahan. (rujuk hadis Ibnu Abbas dan 'aisyah)

Setelah Allah s.w.t mengisytiharkan pertolongan dan kemenangan Islam telah hampir (Pembukaan Kota Makkah), maka itulah petandanya tugas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w makin berakhir.


Kesedihan Ibnu Abbas makin memuncak setelah beliau mengenangkan ajal Kekasihnya makin hampir. Kekasihnya akan dijemput Allah s.w.t tidak lama lagi....

"Tiap-tiap yang bernyawa itu akan merasai mati" (surah ali-imran :185)

"Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) akan mati, dan mereka juga akan mati" (surah zukhruf : 30)

Maka si kekasih telah pulang ke pangkuan Kekasihnya....Kewafatan baginda tanda ajaran Islam telah sempurna, tanda kehidupan dunia telah hampir ke penghujungnya, tanda jawatan kerasulan telah ditutup,.....




CUBA MENAFIKAN KEWAFATAN BAGINDA

Kerana terlalu sarat dan padat menyimpan lautan kasih dan sayang di dada. Di saat ramai manusia menangisi pemergian Hamba Allah paling Agong itu, lautan kasih dan sayang itu mula melimpah dari dada si Singa Islam, Saidina Umar Al-Khattab.

Akalnya tidak lagi mampu membentengi ombak yang makin bergelora dalam dirinya. Kesedihan...kepedihan...kekecewaan...kerinduan...makin memanggang hati Umar al-Khattab.

Setelah sampai khabar kewafatan Baginda ke telinga Saidina Umar, beliau tidak percaya dan tidak mahu percaya. Tindakan sepontan beliau menyambut perkhabaran sedih itu dengan menghunuskan pedangnya seraya berkata..."Siapa saja yang mengatakan Rasulullah telah wafat, akanku penggal kepalanya !"

Keadaan yang suram tiba-tiba menjadi tegang dengan nyaring suara saidina Umar al-Khattab r.a bersama kilauan pedang saktinya. Gaya seorang pahlawan yang memendam kerinduan dan menzahirkan ketaatan pada sahabatnya yang tercinta Rasulullah s.a.w. Dia cuba menafikan kewafatan baginda!

Suasana yang agak tegang itu cuba ditenangkan dengan pujukan minda Saidina Abu Bakar r.a. Seorang sahabat karib Baginda s.a.w yang pernah bersama Baginda menyorok di sebuah gua apabila diburu tentera kafir qurasy.

"Wahai Umar! Sekiranya kamu menyembah Allah, maka hanya Dia yang Maha Hidup (tidak akan mati),..dan sekiranya kamu menyembah Muhammad bin Abdullah maka sesungguhnya dia telah pun mati..." Saidina Abu Bakar yang cuba memadamkan api kemarahan dan menundukkan keegoan sahabatnya yang sangat disegani Saidina Umar al-Khattab r.a.

Mendengar ungkapan sahabat seperguruannya itu, saidina Umar mula tunduk akur pada suratan ketentuan Allah s.w.t. Mengakui bahawa cinta Allah pada baginda lebih tinggi dari cintanya pada baginda s.a.w..


SETIAP PERLAKUANNYA TERKENANG KEKASIHNYA

Bilal bin Rabah antara hamba-hamba yang dibebaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Hidupnya hanya mahu menghambakan diri berkhidmat kepada baginda setelah mendapat cahaya dari Illahi. Kemana saja Baginda berada, Bilal setia bersama memberi bakti. Hidupnya sangat bermakna bersama Baginda s.a.w.


Ungkapan azan sangat sinonim dengan lisan Bilal. Dikurniakan kelunakan suara yang sangat merdu memikat si pendengar menyahut seruan panggilannya. Panggilan untuk menghambakan diri pada Robbul 'alamin.

Namun segala-galanya makin berubah setelah kewafatan Baginda s.a.w.

Tidak mampu menahan rindu. Bilal berhijrah keluar dari Kota Nabi Muhammad s.a.w (Madinah) ke negara Syam untuk mencari ketenangan. Bilal seakan-akan masih melihat Baginda s.a.w jika di Madinah.

Pada suatu hari, seorang sahabat menyapa Bilal. "Wahai Bilal, kenapa kamu tidak lagi melaungkan azan setelah kewafatan Nabi s.a.w ?"

"Aku hanya melaugkan azan untuk Muhammad s.a.w. Aku tidak lagi mampu melaungkn azan setelah pemergian baginda. Kebiasaannya, setelah aku melaungkan azan, aku akan ke bilik Baginda untuk memanggil baginda solat. Bagaimana aku mahu melakukan semua itu jika Rasulullah tidak ada?" Jelas Bilal menolak pelawaan sahabat itu untuk beliau melaungkan azan.

Kemudian datang pula saidina Hassan dan Hussain cucu-cucu baginda yang ketika itu masih lagi berumur kurang 10 tahun. Mereka meluahkan kerinduannya untuk mendengar suara Pakcik Bilal sambil menarik-narik bajunya.

Kerana kesiankan Hassan dan Hussain, Bilal cuba memenuhi permintaan itu.

Allahu Akbar Allahu Akbar!
Allahu Akbar Allahu Akbar!

Kota Madinah bergegar....
Penduduk-penduduk Madinah keluar bertebaran mencari punca suara tersebut...



Asyhadu an la ilaha illallah !
Asyhadu an la ilaha illallah !

Lelaki dan perempuan keluar dari rumah..mencari Rasulullah s.a.w..melaungkan "Rasulullah telah kembali..!"
tangisan para sahabat menahan kerinduan..


Asyhadu anna muhammadar rasulullah !
..................................

Di saat ini...Bilal tidak mampu lagi meneruskan azannya. Tidak mampu menahan sebak di dada. Akhirnya laungan azannya berhenti begitu saja kerana terpengsan.


RASULULLAH S.A.W TELAH WAFAT TAPI..BAGINDA MASIH WUJUD DI DEPAN KAMU

Kewafatan Rasulullah bukan bermaksud pengakhiran ..tapi..bermaksud permulaan....

Permulaan sebuah kerinduan umat akhir zaman. Walaupun ikatan kekeluargaan dianggap sebagai satu ikatan yang cukup kuat antara manusia. Namun ikatan keimanan dan kerinduan terhadap Rasulullah s.a.w mengatasi ikatan kekeluargaan.

Merindui dan mencintai Baginda bermakna merindui dan mencintai Allah s.w.t.

"Katakan (wahai Muhammad) jika kamu mencintai Allah s.w.t, maka ikutlah aku (Rasulullah) nescaya Allah akan mencintai kamu" (surah ali-Imran)

Walau semakin jauh jarak zamanmu dengan zaman Rasulullah..namun Baginda masih bersamamu dan Baginda mahu terus bersama dengamu. Buktinya...bacaan dalam tahiyyat yang telah diajarkan oleh baginda kepada umat-umatnya...

.......السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته......

"......Kesejahteraan ke atas kamu wahai nabi (Muhammad s.a.w) dan juga rahmat dan keberkatan dari Allah untukmu....."

Oleh kerana baginda tahu suatu hari nanti baginda tidak akan dapat bersama-sama umatnya dalam kehidupan di dunia ini, baginda telah mewasiatkan doa ini kepada umatnya untuk dibaca setiap hari berkali-kali.

Sungguh baginda menyayangi dan ingat pada umatnya. Umat akhir zaman.

Adakah kita ingat dan cinta pada baginda?

Adakah kita bersyukur dengan kehadiran baginda?

Bagaimana kita menzahirkan cinta pada baginda?

Bagaimana kita mensyukuri kelahiran baginda ke dunia ini?

Adakah cukup dengan kita hanya mengingati baginda pada satu hari dalam bulan Rabi'ul Awal untuk melayakkan diri kita untuk bergelar Umat Muhammad s.a.w ........?

Saturday, January 14, 2012

اصبر يا عبد الصبور


إذا كان الصبر مُرًّا فعاقبته حلوة
استَعِينُواْ بِالصَّبرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ )القرآن الكريم(
اصبر تنل
اصبر قليلا فبعد العسر تيسير ... وكل أمر له وقت وتدبير
اصبر لكل مُصِيبةٍ وتجلًّدِ ... واعلم بأن الدهر غير مُخَلَّدِ
الأيام دول
التأني من الرحمن والعجلة من الشيطان
الجزع عند المصيبة مصيبة
الرمد أهون من العمى
الصبر صبران: صبر على ما تكره وصبر على ما تحب
الصبر عند الصدمة الأولى الصبر مفتاح الفرج
إن السماء تُرْجَى حين تحتجب
إن الله يمهل ولا يهمل
إن غدا لناظره قريب
إِنَّ مَعَ العُسرِ يُسرًا )القرآن الكريم (

إن مع اليوم غدا يا مسعدة
أنا الغريق فما خوفي من البلل
بالتأني تُدْرَكُ الفُرَصُ
دع الأيام تفعل ما تشاء ... وطب نفسا بما حكم القضاء
دواء الدهر الصبر عليه
شدة وتزول
صبرك عن محارم الله أيسر من صبرك على عذاب الله
صبري على نفسي ولا صبر الناس عليّ
طول البال يهدم الجبال
عش رجبا ترى عجبا
في التأني السلامة وفي العجلة الندامة
قد يدرك المتأني بعض حاجته ... وقد يكون مع المستعجل الزلل
كل آت قريب
كل هم إلى فرج
لا يبقى شيء على حال
لا يضيع حق وراءه مطالب
لكل جَوَادٍ كَبْوَةٌ
مصائب قوم عند قوم فوائد
من تأني أدرك ما تمنى
من رأى مصائب غيره هانت مصائبه
من صبر ظفر
من لم يصبر على كلمة سمع كلمات
وأفضل أخلاق الرجال التَّصَبُّرُ
وعاقبة الصبر الجميل جميلة
يمشي رويدا ويكون أولا