Saturday, December 26, 2009

Hijrahlah...

Hijrah adalah peristiwa yang amat penting di dalam sejarah Islam sehingga ia dijadikan titik permulaan tahun baru Islam. Hijrah adalah pemisah antara situasi kegelapan kufur jahiliah dan kegemilangan cahaya Islam dan Iman. Peristiwa Hijrah membawa pedoman kepada kita semua tentang betapa pentingnya kekuatan iman sebagai asas keutuhan ummah. Dengan Iman Rasulallah s.a.w memupuk persaudaraan , perasaan belas kasihan sesama Islam serta mengagihkan kekayaan sesama sahabat dengan adil dan saksama.

Hal seumpama ini tidak pernah terjadi di dalam sejarah sebelumnya dan tidak logik difikir-kan kerana ternyata kaum Aus dan Khazraj telah berkelahi sesama mereka selama ber-kurun lamanya. Hijrah menyatupadukan Muhajirin, sahabat-sahabat dari Makkah yang lari membawa iman dan Ansar yang terdiri dari Aus dan Khazraj yang telah diikat oleh Rasulallah di dalam satu ikatan aqidah yang kukuh. Firman :

" Dan berpeganglah teguhlah kamu dengan tali Allah ( agama Islam ) dan jangan-lah kamu berpecah belah. Ingatlah kurniaan Allah kepada kamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan hati-hati kamu ( di dalam agama Allah ) sehingga dengan kurniaan Allah itu, kamu menjadi saudara. Dan kamu dahulu berada di tepi lubang neraka, maka dilepaskan Allah darinya. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu supaya kamu ber-taqwa."

( Ali Imran : 103 )

Dengan Iman dan ukhwah, Rasulallah s.a.w dapat menyelesaikan masalah ummah dan menjana kekuatan untuk menegakkan sebuah kerajaan Islam yang pertama di Madinah Al Munawwarah. Antara peristiwa penting yang perlu dilihat di dalam peristiwa hijrah ini ialah bagaimama Rasulallah s.a.w mengorak langkah membina peribadi sahabat dengan iman dan Islam sehingga berjaya menyelesaikan persengketaan politik dalaman, sosial dan juga ekonomi. Telah terkenal di dalam sejarah, Aus dan Khazraj telah bersengketa sehingga peringkat berperang sesama mereka. Bagaimana pun tindakan tersebut tidak menyelesai-kan masalah sebaliknya menyemarakkan lagi perasaan dendam sesama mereka. Disamping itu kaum Yahudi yang telah sekian lama bercita-cita untuk menerajui tampuk pemerinta-han Madinah, menjalankan agendanya dengan melakukan berbagai helah untuk menaikkan diri mereka antaranya mengaut keuntungan ekonomi di atas kelalaian umat Arab berperang sehingga lupa kekuatan ekonomi sebagai asas kemajuan. Ibarat menangguh di air yang keruh, umat Yahudi mengaut keuntungan berlipat kali ganda apabila umat Arab lemah dan dungu akibat politik dalaman dan perang saudara.

Sambungan...

No comments: