Saturday, January 31, 2009

SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR

Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak). YA Allah bertapa besarnya nikmat (kecantikan/kesihatan) yang telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku.


Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman)orang itu mengahadirkan diri ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan bertapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid . Saya diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka-mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh hidayah....

[ bersambung..]

Sunday, January 18, 2009

"Mengapa Saya Diam Dalam Bising"

Alhamdulillah...terlebih dahulu setinggi-tinggi terima kasih dan syukur padaNYA, moga dengan keluangan masa yang diberi olehNYA ini dapat saya manfaatkan sebaik-baiknya.

Sekalung tahniah buat kemenangan yang bakal dikecapi oleh tentera2 Islam di Palestin. Juga tahniah buat kemenangan PAS di Terengganu. Dan tidak saya lupakan tahniah buat kemenangan calon2 Pilihanraya MPMKUIS 14 Januari lepas. Semoga dengan kemenangan2 tersebut Umat Islam menjadi lebih tegak berdiri di bumi Allah ini.

Saya agak terharu dan berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua ahli MPMKUIS 08/09 dalam syura pemilihan Presiden MPMKUIS 15 Januari baru-baru ini. Tahniah buat Sdr. Nasrul Izad atas perlantikan sebagai Presiden MPM kali ini. Jalankanlah tanggungjawab kalian dengan terbaik mungkin dengan kemampuan yang ada.

Kami dari barisan mantan MPMKUIS 07/08 bersedia membantu sedaya upaya. Walaupun kemampuan yang ada mungkin masih dipertikai oleh sesetengah pihak, namun kami percaya bahawa usaha kami selama ini tidak akan sia-sia. Berusaha bukan untuk dibangga, bukan juga untuk dijaja tapi mengharap redha dari Yang Maha Esa....

[ sambungan...]

Monday, January 12, 2009

PEMIMPIN KUIS

Salam sejahtera dan Salam PRK -11 KUIS buat pembaca sekalian. Diharapkan para pengundi KUIS sudah bersiap sedia untuk menunaikan tanggungjawab anda 14 Januari ini. Poster calon2 PRK MPMKUIS sudah mula terpampang dipersekitaran kampus utama KUIS. Kehijauan pokok bertukar kepada keputihan kertas...Walaupun dengan hanya 11 kerusi umum yang dipertandingkan, saya yakin semangat calon2 dan juga mahasiswa KUIS tidak akan pudar jika matlamat kepimpinan itu dihayati bersama. Bagusnya seorang pemimpin itu bukan dengan mendapat undian tertinggi, bukan dengan mendapat sorakan yang terkuat , dan bukan juga dengan mendapat "layanan yang teristimewa" daripada pihak pengurusan atau mana-mana pihak. Akan tetapi bagusnya Pemimpin itu jika dalam kesibukan, dia mampu ingat pada Allah, dalam kesenangan dia ingat pada Allah, dan juga dalam kelapangan waktu dia mampu ingat pada Allah. Itulah sifat2 yang bakal ada pada Pemimpin2 KUIS.

Persoalan demi persoalan, komentar demi komentar telah dilemparkan dari pelbagai pelusuk pemikiran mahasiswa KUIS khususnya tentang situasi Pilihanraya Kampus KUIS ( PRK KUIS) pada kali ini. Saya yakin bahawa, sebahagian pemimpin MPMKUIS yang akan datang akan lebih profesional dan tabah dalam kepimpinannya. Melihat kepada cabaran dan dugaan yang hebat sebelum mereka mendapat undian nanti menjadi satu petanda bahawa Allah mengehendaki sesuatu daripada mereka. Bersedialah wahai Pemimpin KUIS.

Saturday, January 3, 2009

ESOK !! Dunia Milik Islam

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh......

HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing iru.

Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. “Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?” tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab: “Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

Friday, January 2, 2009

ISLAM dan NIQAB


.....وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ( An Nur, Ayat 31) (1


يايها الذين ءامنوا لا تدخلوا بيوت النبي إلا أن يؤذن لكم ( Al Ahzab , Ayat 53 ) (2


...يأيها النبي قل لأزواجك زبناتك زنساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن (Al Ahzab,Ayat 59) (3

4) عن عائشة رضى الله عنها قالت : كان رسول الله (ص) يصلى الفجر فيشهد معه نساء من المؤمنات متلفعات بمروطهن ثم يرجعن إلى بيوتهن ما يعرفهن أحد من الغلس. وقالت : لو رأى رسول الله (ص) من النساء ما رأينا لمنعهن من المساجد كما منعت بنو اسرائيل نساءها. وقد روى هذا عند ابن مسعود رضى الله عنه.

Daripada hadis di atas , Muhammad Bin Soleh dalam kitabnya Risalah AlHijab menjelaskan bahawa : "Sesunguhnya berhijab adalah merupakan adat perempuan2 para sahabat yang hidup pada qurun2 yang terbaik dan mulia di sisi Allah dan mempunyai akhlak dan adab yang luhur dan tinggi dan mempunya iman yang sempurna dan mempunyai amalan yang soleh yang mampu menjadi ikutan yang baik kepada pengikut2 selepasnya." (halaman 16)



sambungan..