Tuesday, July 21, 2009

ANUGERAH ??

Alhamdulillahi Robbil Alamin almalikul quddus....Wassolatu wassalamu ala sayyidina Muhammad S.A.W imamil muttaqin qi'id addu'at almujahidin wa 'ala aalihi wasohbihi wasallim.....

Kesyukuran yang tidak terhigga ku hadapkan kpdMu ya Allah....atas kebahagiaan dan ketenangan yang sering Engkau hadirkan dalam hati kecil ciptaanMu ini....tiada sesuatu pun di dunia ini yang mampu ku samakan dengan nikmat sementara pinjaman Mu ini Ya Allah melainkan hanya dengan aku menyebut kalimah suci "ALHAMDULILLAHI ROBBIL 'ALAMIN".,...Aku hidup dan mati atas kehendakMu....Aku berjaya dan gagal atas kekuasaanMu....Ya Allah...Apa lagi yang aku miliki kecuali semuanya milikMu Ya Allah....

hari ini engkau anugerahkan aku satu serpihan kecil daripada serpihan2 kejayaan yang pernah Engkau kurniakan pada hamba2 Mu yang terdahulu...Alhamdulillah...kerana Engkau juga tidak lupa untuk mencampakkan rasa syukur didalam hatiku ini..mungkin ini adalah satu ujian buat roh dan jasad ini....

Apabila aku mengenangkan perjalanan hidup nabi2 dan rasul2Mu yang terdahulu....Aku takut dan gerun ya Allah...sungguh tinggi dan tebal iman mereka....ku bimbang mereka itu akan dijadikan kayu ukur terhadap amalan aku di padang mahsyar kelak...masih jauh jurang amalanku berbanding mereka ya Allah....aku tidak mampu ya Allah..tolonglah aku ya Allah..

Nabi Sulaiman a.s ....seorang hamba Mu dan juga seorang pemimpin yang sangat aku segani...yang pernah Engkau anugerahkan padanya satu penguasaan pemerintahan yang meluas di muka bumi ini pada masa dahulu....tidak kira manusia, haiwan, tumbuh2an, bukit-bukau dan lain2...semuanya mengikut perintah dan pimpinannya...tidak mampu untuk ku bayangkan ketinggian darjat pemimpin dan amanah yang sebegini rupa..semestinya baginda akan berada dalam suasana kesibukan dan permasalah yang berpanjangan...namun...kesibukan memimpin dan memerintahnya itu tidak sekali2 melalaikannya daripada mengingati Allah sw.t...masyaAllah...sedangkan baginda juga seorang manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan...

Aku yang hanya pernah diberi peluang memikul amanah yang begitu kecil....namun..masih ada lubang2 yang menjadikan aku lupa, alpa dan leka dari mengingatiMu yaAllah...

Masih awal untuk Kau anugerahi aku ini yaAllah..atau ini juga satu ujian dariMu untuk melihat sama ada aku bersyukur ataupun kufur pada nikmat Mu ini???

Monday, July 13, 2009

BERJAYA krn menghayati AL-FATIHAH

Setiap Insan mempunyai dua kekuatan yang bakal mendorongnya ke arah kejayaa. Kekuatan Ilmu teori yang dipelajari dan kekuatan Amalan yg lahir melalui kehendak. Demikianlah kejayaan dan kebahagiaan itu bakal dikecapi sekiranya kedua-dua kekuatan ini sempurna.

Untuk mencapai kesempurnaan kekuatan yang pertama iaitu kekuatan ilmu, individu itu mesti mengenali penciptanya, mengetahui nama-nama dan sifat-sifatNya, mengenal jalan-jalan untuk berhubung denganNya dan juga mengenal ujian-ujian dariNya. Selain itu, ia perlu juga mengenal dirinya sendiri tentang kelebihan dan juga kekurangannya. Demikianlah ciri2 yang perlu ada dalam diri individu yang ingin memenuhi kekuatan Ilmunya.

Kesempurnaan yang kedua, kesempurnaan kekuatan Amalan, ia tidak akan dapat dicapai kecuali dengan mengetahui hak-hak Allah terhadap hambanya terlebih dahulu, melakukan setiap amalan itu dengan ikhlas, jujur, ehsan keranaNya, mengikut sunnah Rasulullah, dan mensyukuri segala kurniaanNya.

Begitulah hubungan orang Islam dengan Allah Tuhan langit dan bumi ini. Menjalani kehidupan di dunia ini dengan iringan kesedaran yang berterusan tentang hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang patut dipenuhi oleh seorang hamba kepada penciptanya.

Oleh itu, dalam menyempurnakan kekuatan Ilmu dan Amalan ini kita hanya memerlukan pertolongan atau ma'unah daripada Allah iaitu petunjukNya yang satu ( صراط المستقيم ). Petunjuk dan hidayah yang pernah diturunkan kepada para Auliya' dan Anbiya' sebelum ini demi memelihara Ilmu dan Amalan mereka. Sekiranya Ilmunya itu musnah, maka ia akan tergolong dalam golongan yang sesat ( الضالين ) dan sekiranya Amalannya pula musnah dek ketandusan hidayah ini, ia akan tergolong dalam golongan yang dimurkai ( المغضوب عليهم).

Kesempurnaan Insan dan kebahagiaannya itu amat memerlukan kepatuhan terhadap undang-undang Allah yang telah dinukilkan di dalam Al-Quran Al-Karim. Sesungguhnya isi kandungan keseluruhan al-quran itu terkandung di dalm surah AL-FATIHAH. MasyaAllah...begitu sempurna dan unik undang-undang Allah itu.

Bermula dengan ( الحمد لله رب العالمين ، الرحمن الرحيم ، مالك يوم الدين ) . Pada potongan awal surah ini terdapat satu tuntutan mengenal Allah s.w.t, nama2Nya, sifat2Nya dan sunnahNya. Nama-nama yang terkandung dalam potongan pertama itu adalah asas terbinanya nama2 Allah Mulia (Asma' Al-Husna). الله...الرب..الرحمن.. merupakan 3 nama asas bagi 99 atau 100 asma'ul husna itu. Nama الله itu menunjukkan sifat Allah yang Uluhiyyah dan nama الرب menunjukkan sifat Rububiyyah Allah s.w.t. manakala nama الرحمن itu terkandung dalamnya sifat pemurahNya, kasih-sayangNya, ihsanNya dan sebagainya. Dan begitulah nama2 dan sifat2Nya yang lain itu berdiri di atas 3 nama asas tersebut.

Disambung lagi dengan ayat ( إياك نعبد وإياك نستعين ) .Potongan kedua ini terkandung di dalamnya tuntutan mengetahui jalan untuk berhubung dengan Allah s.w.t. Beribadah kerana Allah bukan bermaksud melakukan amalan untuk mendapat kasih sayang dan redhoNya sahaja, tetapi juga untuk mendapat perlindungan dariNya. Hanya selayaknya kepada Allah s.w.t kita menghambakan diri dan meminta pertolongan. ( اهدنا الصراط المستقيم ) Ayat ini pula menerangkan bahawa manusia ini hanya akan mencapai kebahagian dan kejayaan jika ia istiqamah di jalan yang satu2nya benar itu ( sirotol mustaqim) . Dan untuk mencapai tahap istiqomah di jalan yang benar ini, ia memerlukan Hidayah dari Allah s.w.t. Seperti mana ia amat memerlukan pertolongan atau ma'unah Allah dalam beribadah,.. begitu juga ia amat memerlukan hidayah untuk istiqomah di jalan yang benar ini.

( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ) Akhir sekali...Allah menerangkan dua cabang kecenderongan sekiranya manusia tidak istiqomah di jalan yang benar itu. Samaada cenderong kepada golongan yang sesat kerana kemusnahan Ilmu dan kepercayaannya atau cenderong kepada golongan yang mendapat kemurkaan Allah s.w.t kerana musnahnya matlamat dan amalannya.

Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa pada permulaan surah al-fatihah ini adalah rahmat, pertengahannya adalah hidayah, dan penghujungnya adalah nikmat. Maka beruntunglah kepada sesiapa yang mendapat Nikmat kerana ia telah dikurniakan Hidayah, dan beruntunnglah kpd sesiapa yang mendapat Hidayah kerana sesungguhnya ia telah dikurniakan Rahmat dari Allah s.w.t. Semuanya kembali kepada Nikmat dan RahmatNya yang didasari oleh Rububiyyah Allah s.w.t yg memberi nikmat dan pemberi rahmat itu, dan Uluhiyyah Allah s.w.t yang Hak yang selalu ditentang oleh musyrikin dulu kini dan selamanya.

Maka berjayalah sesiapa yang mempelajari, menghayati dan mengamalkan makna surah al-fatihah dimana2 shj ia berada dan di segenap amalan baik yang dilakukannya terutama dalam ibadah khususiyyah. Semoga kalian pembaca akan diangkatkan darjat di sisi Allah dan juga di sisi orang awam yang turut melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wallhu a'lam..