Wednesday, November 28, 2012

Prihatin mantan rakan sejawat [[ MPMKUIS ]]

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

MAAFKAN SAYA...

Jutaan kemaafan saya hulurkan buat jawatankuasa penganjur Majlis Makan Malam 10 Generasi MPP/MPM. Saya tidak dapat memenuhi jemputan tersebut kerana masih lagi dalam perkhidmatan di bumi serambi mekah. Saya juga berterima kasih kepada penganjur atas kesudian menganjurkan majlis yang amat bermanfaat itu. Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur.

Seakan-akan saya masih dapat merasakan perasan sedikit kecewa apabila program yang diatur dengan begitu bersungguh-sungguh, tiba-tiba kurang mendapat sambutan atau diboikot dan lain-lain. Namun saya mengharapkan pihak penganjur tidak merasa begitu sekarang ini. Kerana saya yakin ramai lagi rakan-rakan seperjuangan dalam MPP/MPM yang dapat hadir.

Moga coretan ini menjadi bukti saya masih ingin tahu perkembangan KUIS terutama MPPnya. Saya menjangkakan MPP KUIS hari ini telah banyak mendapat banyak perkongsian pengalaman dan strategi kepimpinan melalui ramah mesra semalam. Mungkin juga melalui ucapan-ucapan rasmi mahupun perbualan-perbualan tidak rasmi. Tapi, berhati-hati!!. Jangan ditelan tanpa kunyah, jangan dibuang tanpa menjamah. Kerana mungkin situasi dan realiti kita berbeza. Hukum fekah juga boleh berubah.

Maafkan saya kerana jarang mengunjung KUIS. Maafkan saya kerana jarang mengulas isu-isu KUIS. Maafkan saya kalau saya jarang berfesbuk. Namun saya sedar kewujudan Mantan MPM KUIS dalam fesbuk. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan pada mantan yang selalu mengambil tahu perkembangan KUIS dan MPMKUIS.

UNDANG-UNDANG dan PROSEDUR

Saya yakin, sehingga ke saat ini pemimpin-pemimpin mahasiswa KUIS masih memikirkan isu kesatuan persatuan. Terutamanya Presiden/ YDP. Mungkin ada yang lemah semangat apabila dibangkitkan isu ini. Mungkin juga ada yang makin bersemangat. Hakikatnya, realiti ikhtilaf berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengenal siapa pemimpinnya.

Jika tidak kerana yang 'kecil' tidak hormat yang 'besar'. Mesti kerana yang 'besar' tidak hormat yang 'kecil'. Itulah masalahnya. Masing-masing mahu dihormat. Masing-masing mahu menuntut hak. Siapa hebat dia dapat....siapa tak kuat dia tak dapat.

Untuk membetulkan keadaan, manusia mencipta undang-undang dan prosedur.

Walaupun pelbagai undang-undang cuba diwujud untuk menghukum 'manusia ganas'. Walaupun pelbagai prosedur cuba dirangka untuk membentuk 'manusia berwawasan'. Namun... kadang-kadang undang-undang itulah yang membentuk manusia ganas. Prosedur itulah yang menyekat manusia berwawasan.

Yang mencipta undang-undang dengan tujuan dan keperluannya.

Yang mengamalkan undang-undang pun dengan tujuan dan keperluannya.

Lihatlah pada pencipta undang-undang dan prosedur itu. Tanyalah dia kenapa dan kenapa dan kenapa ....perkara itu berlaku..........?

Pelbagai alasan  manusia cipta untuk 'membetulkan' tindakannya. Samada pencipta undang-undang mahupun yang tidak setuju dengan undang-undang. Tapi jawapan yang paling tepat adalah apabila manusia bertanya kepada 'orang' yang mencipta tujuan dan kehendaknya. DIAlah Allah Taala Pemilik mutlak langit dan bumi ini.

Jawapan kepada persoalan di atas : Kerana....Manusia tidak boleh mengurus tujuan dan kehendak manusia. Yang mengurus manusia adalah Allah Taala.

Manusia : Kenapa Allah mencipta tujuan dan  kehendak manusia???

Allah      : Kerana Allah Taala mahukan supaya tujuan dan kehendak manusia itu selari dengan tujuan dan
                kehendakNYA.

Undang-undang dan prosedur adalah antara jalan-jalan manusia mencapai kehendak Allah Taala. Oleh itu, yang lebih utama adalah kehendak Allah.



PATUH KEHENDAK ALLAH TAALA

IKHLAS

Allah Taala telah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Khalifah dilantik oleh Allah untuk mereka mengimarahkan bumi ini dengan beribadah (menghambakan diri) kepadaNYA. Allah juga menyuruh kita beribadah dengan ibadah yang Ikhlas. Oleh itu, jadilah hamba yang Ikhlas dalam berkepimpinan. Kerana bBerkepimpinan dan berpolitik itu adalah satu juzuk dari juzuk-juzuk ibadah. Semoga penat lelah yang dipersembahkan tidak disia-siakan olehNYA.


ADIL

Allah Taala menciptakan manusia dengan penuh keadilan. Kerana DIA amat menyukai hambaNYA yang adil. Oleh itu, ciptaanNya ada lelaki ada perempuan. Ada kaya ada miskin. Ada baik dan ada jahat. Maka ambillah iktibar dariNYA. Berlaku adillah terhadap sesama manusia dan siapa saja yang kalian pimpin. Penuhilah hak-hak manusia berpandukan hak-hak Allah terhadapnya.

Dahulukan tuntutan mengikut prioriti yang sepatutnya. Keperluannya, kemudian kehendak asasinya, kemudian kehendak sampingannya. Dahulukan kepentingan orang ramai berbanding kepentingan individu-individu tertentu. Kerana kepentingan orang ramai itu adalah kehendak Allah. Itu adalah tuntutan agamamu. Bahkan ia juga boleh menggambarkan kematangan kepimpinanmu.

Dampingi bersama perlaksanaan dan teori yang keluar dari bibir akalmu. Kerana pesan Saidina Umar kepada Abu Musa Al-Asy'ari : "Tiada faedah kamu menuturkan kebenaran yang tiada pelaksanaannya..."

Kamu menyuruh mereka itu dan ini. Hakikatnya dirimu di mana ketika itu?? Di langitkah seperti malaikat?? Di dalam tanahkah seperti haiwan??

Imbangilah arahanmu itu dengan kemampuan dan keperluan manusia. Jika kamu sendiri tak mampu untuk melakukannya, usah dipaksa orang lain melakukannya.

KEBEBASAN 

Allah memberi runga untukmu hidup di dunia. Maka berikan juga ruang  kepada rakan-rakanmu untuk berfikir dan bersuara padanya. Bukalah telinga dan dadamu untuk menerima pandangan dan kritikan. Kerana kata Al-Syafi'e : "Pendapatku benar, mungkin ada silapnya, dan pendapatmu salah, mungkin ada benarnya".

Jadilah pemimpin yang berjiwa besar dan berani menerima kebenaran. Kerana yang benar itu bukan hanya apa yang ada pada kamu dan hanya apa yang ada pada mereka. Walaupun kamu orang yang benar, orang akan mengenali kamu melalui kebenaran, bukan mengenali kebenaran melalui kamu.

Jangan jadikan 'tuduh-menuduh', 'umpat-mengumpat', 'caci-mencaci', 'boikot-memboikot' sebagai amalan kepimpinanmu. Sebaliknya jadikanlah 'diskusi', 'debat', 'mesyuarat', 'bicara', sebagai medan kamu mencari kebenaran.

HIKMAH

Letaklah dirimu pada diri sahabatmu. Kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan sepertimu. Jika mereka tersilap, tegurlah mereka dengan hikmah Tuhanmu. Kerana kadang-kadang manusia degil untuk menerima fakta kebenaran, tapi 'cair' dengan gaya berhikmahmu itu. Sekalipun keadaan menuntut kamu 'bergaduh' dengan mereka, maka 'bergaduh'lah dengan cara yang berhikmah.

Belajarlah gaya hikmah itu dari Rasulullah s.a.w. Selami sirah-sirah baginda dengan adil dan saksama. Bukan untuk kepentingan individu tapi untuk masyarakat yang dahagakan keadilan.

Jika ada ruang untuk membangkang, jangan lupa toleh kiri kanan depan dan belakang. Pastikan kamu membangkang faktanya bukan tubuh badan dan peribadinya. Kerana sedikit kamu membuka aib seorang mukmin, Allah akan membuka juga aibmu di akhirat kelak.



AKHIRNYA

KUIS adalah antara institusi pengajian tinggi ISLAM di Malaysia yang mendokong nilai-nilai murni Islam. Oleh itu, bantulah KUIS untuk memimpin warganya dalam mempraktiskan Islam dalam kehidupan individu dan masyarakat. Bersatulah dalam menegakkan objektif yang murni dan bertolak ansurlah dalam menolak aktiviti