Thursday, July 12, 2012

أنتِ أسعد امرأة في العالم





يأيها الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبثّ منهما رجالاً كثيراً ونساءًا واتقوا الله الذي تساءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيباً

(surah An-Nisa’)
Kita semua adalah sama,
Lelaki dan perempuan tiada bezanya,
Cuma yang mulia hanya yang tinggi taqwanya,
Bertaqwa dan bertawakkal hanya pada Yang Maha Esa,
Moga istikharahmu mendapat lebih baik dari kau sangka….

Terkadang yang “ Nisa’ ” itu diutama,
Terkadang yang “Rijal “ itu diutama,
Hakikat keduanya dari jiwa dan jasad yang sama,
Dicipta Adam, ditenangkan dengan Hawa,
Lahirlah zuriat manusia yang kelak kan binasa….


تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاك
(Hadis)

Manusia berhajat pada Adat,
Manusia hidup dengan Syariat,
Rela tidak tertunai hajat, jangan rela hidup bermaksiat,
Syariat tidak mengikat adat malah tidak menyekat-nyekat,
Bahkan syariat mengajar manusia perihal adat…..

Hanya kerna harta, pangkat, cantik, dan agama,
Sebuah ‘masjid’ dibina bersama-sama,
Manis dan pahitnya dirasa berdua saja,
Pesan Baginda agama itu yang utama,
Memilih kernanya hidup bertepuk tangan tanda bahagia…


الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة
(Hadis)

Dunia itu sangat indah kerana hiasannya,
Nafsu syahwat pula si pengikut setia,
Dihiasi manusia dengan syahwat cintakan wanita,
Sehingga kulit manusia dianggap fesyen dan gaya,
Hampir putus asa si Nisa’ yang sentiasa usaha menutupnya….

Si perempuan itu bukan perhiasannya,
Si Nisa’ ini yang sebaik-baik perhiasan dunia,
Bukan hanya kerana pakaiannya tapi kerana tingkahlakunya,
Keayuan dan ketaatan hanya untuk suaminya,
Air mata dan hati yang hanya untuk Sang Pencipta…


Pesan Si ibu kepada anak perempuan kesayangannya :

Jadilah ‘orang gaji’ pada suamimu,
Nescaya dia akan menjadi ‘hamba’ padamu,
Sentiasalah ingat sepuluh pesananku,
Telah pun ku amalkannya dengan bantuan bapamu,

1)      Dampingi suamimu dengan penuh qana’ah dan berpada-pada
2)      Dampingi dia dengan penuh dengar kata dan taat padanya
3)      Jagalah dua matanya
4)      Jagalah hidungnya
5)      Jagalah waktu makannya
6)      Jagalah waktu tidurnya
7)      Jagalah hartanya
8)      Jagalah anak-anaknya
9)      Jangan kamu berseronok ketika dia berduka
10)  Jangan pula kamu berduka ketika dia bergembira

No comments: