Wednesday, February 1, 2012

~ CINTA-CINTA DI DUNIA ~


Pada suatu hari…..

Ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk bersama para sahabat. Baginda bertanya kepada para sahabatnya tentang CINTA. Pertanyaan itu dimulakan dengan Abu Bakar.

“Apakah yang kamu cintakan dari dunia ini wahai Abu Bakar?”

Abu Bakar menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Duduk bersamamu, melihat dirimu, menginfaqkan hartaku padamu.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Umar?”

Umar menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Menyeru kepada kebaikan walaupun dengan sembunyi-sembunyi, menegah kemungkaran walaupun dengan terang-terangan, dan berkata benar walaupun ia pahit”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Uthman?”

Uthman menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Memberi makan, memberi salam, dan bersolat pada malam hari sedang manusia tidur.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Ali?”

Ali menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Memuliakan tetamu-tetamuku, Berpuasa di musim panas, dan memerangi musuh dengan mata pedang.”

Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Abu Dzar?”

Abu Dzar menjawab :

“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Lapar, Sakit, dan Mati”

Nabi s.a.w bertanya lagi kepada Abu Dzar : “ Kenapa?”

Abu Dzar menjawab : “Aku cintakan kelaparan kerana ia menghidupkan hatiku, aku cintakan kesakitan kerana ia mengurangkan dosaku, dan aku cintakan kematian kerana aku mahu berjumpa Tuhanku”

Kemudian Nabi s.a.w bersabda :

“Aku juga mencintai TIGA perkara dari dunia ini : wangi-wangian, wanita, dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat”

Pada waktu itu, Malaikat Jibril turun dari langit memberi salam kepada mereka lalu berkata :

“Dan aku mencintai tiga perkara dari duniamu : menyampaikan risalah, menunaikan amanah, dan mengasihi orang-orang miskin.”

Kemudian Malaikat Jibril naik ke langit dan turun semula seraya berkata :

“Allah s.w.t telah menyampaikan salamNYA pada kalian sambil menyatakan bahawa DIA juga mencintai tiga perkara dari dunia kalian : Lidah yang sentiasa menyebutNYA, Hati yang sentiasa khusyuk kepadaNYA, dan Jasad yang sentiasa sabar dengan ujian-ujian dariNYA.”


سبحان الله وبحمده ،،، سبحان الله العظيم

3 comments:

anasyaheed said...

assalam, ana mohon share ye...
jazakallah kerana post entry ni...
ana memang tercari2... alhamdulillah

Anonymous said...

assalam, maaf saudara...
ana cuma nak beri pendapat yang mungkin perkara ke-3 yg rasulullah cintakan dlm entry saudara agak mengelirukan...

ana pernah terbaca juga tentang ni dan insyaallah, rasulullah cintakan wangian, wanita dan solat sebagai penyejuk mata.

dan mungkin kalau saudara dapat kongsikan perawi hadis ni?

wallahu'alam...
jazakallah...
maafkan ana...

IBNU ALI said...

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال: «إنما حبب إلي من دنياكم النساء والطيب، وجعلت قرة عيني في الصلاة»

wsalam..terimas kasih atas komen dan pendapat Anonymous...

penulisan dan penterjemahan sy berdasarkan kpd hadis di atas....perkara ketiga yang dicintai nabi itu ialah وجعلت قرة عيني في الصلاة ...sy terjemahkan kepada "dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat" (mungkin bentuk penterjemahannya agak klasik dan harfiyyah-sengaja saya pilih cara ini atas beberapa alasan). Namun maksud terjemahan saya tu tidak berbeza dengan pentafsiran saudara/saudari "solat sebagai penyejuk mata."

secara peribadi..pertama kali saya bertemu dengan hadis ini adalah dalam kitab fiqh dalil oleh 'aidh alqarni...dan saya yakin dengan darjat hadis ini kerana pada kitab tersebut ada takhrijnya yang jelas bagi saya...

maaf kerana saya masih belum berkesempatan melihat takhrij hadis ini dengan lebih teliti...

untuk sedikit membantu kefahaman terhadap hadis ini, boleh layari alamat web berikut..wallahu a'lam..
syukran jazilan ala husni zonnikum...

http://www.muslm.net/vb/showthread.php?383392-%D4%C8%E5%C9-%CD%E6%E1-%CD%CF%ED%CB-%CD%C8%C8-%C7%E1%ED-%E3%E4-%CF%E4%ED%C7%DF%E3-%CB%E1%C7%CB-%C7%E1%D8%ED%C8-%E6%C7%E1%E4%D3%C7%C1-%E6%CC%DA%E1%CA-%DE%D1%C9-%DA%ED%E4%ED-%DD%ED-%C7%E1%D5%E1%C7%C9