Sunday, April 15, 2012

Tidak wajib menutup aurat??

Minggu lepas, di kedai alat ganti kereta, wakaf che yeh, Kelantan.

“Comey tulisan adik nih, macam tue dio (empunya badan),..” –sapa seorang pakcik berkopiah senget pada seorang pekerja perempuan di kedai tersebut yang sedang menulis resit.

“Anok ni asal mano muko comey gini nih?”- Tanya pakcik tersebut.

“Ore kota Bharu ni jah…”-jawab perempuan itu sambil tersipu-sipu malu.

“Laa….pokcik ingat ko ore alek sano (Thailand),…ore klate kitow mo jah ni…emh3…comey sungguh deh…tapi………kalu anok ni pakai tudung dan pakai baju labuh-labuh sikit..mesti lg comey nih….” -pakcik tersebut menangguh perbualannya itu dengan terus menuju kepada taukey kedai tersebut utk membuat bayaran.

Perempuan tersebut kelihatan merah padam mukanya,…entah marah entah malu…entah…..
Saya yang pada ketika itu sedang memilih antena radio untuk dipasang di kereta. Sudah bosan mendengar berita yang ber’background’kan bunyi desiran pantai. Terfikir dengan gaya teguran pakcik yang berumur sekitar akhir 60-an itu.

Selang 5 minit,..tiba-tiba pakcik tersebut berpatah balik melalui remaja perempuan itu lagi…
Kelihatan seperti pakcik tersebut hendak mengucap salam wida’ pada perempuan tersebut..tapi telah dimulakan terlebih dahulu oleh perempuan tersebut dengan pertanyaannya…..

“Pakcik,… betul ke ada orang kata tutup aurat itu tak wajib? Kalau ada, betul ke pendapat tu?” Tanya remaja perempuan.

Haaaaaaa………………………agak-agak apa yang berlaku selepas tu….?????

Kebetulan waktu itu saya baru habis kelas….berpakaian ala-ala cikgu,ustaz,mahasiswa….sedang berdiri paling hampir dengan pakcik itu…kerana mungkin kelihatan berminat dengan perbualan mereka berdua itu…terus di’passing’ dengan tepukan di bahu kanan…

“hah…ni Ustak….ado ore tanyo nih…(terus dia mengulang soalan perempuan itu tadi), wano tu ustak?? Ambo kalu ado sek-sek ustak ni..ambo ngaloh dulu” –mujamalah si pakcik.

Sekarang, saya bertanya pula pada pembaca sekalian…apa hukum menutup aurat?? Boleh ke dedah aurat??

Jangan risau..tak de orang yang akan paksa anda jawab soalan tu sekarang…Cuma Allah yang akan paksa kita kelak…silap-silap dengan api kot….:(

Saya ingin berkongsi pengalaman ni bersama rakan-rakan pembaca sekalian. Setelah saya diterjah dengan soalan itu, pelbagai tanggapan hinggap di fikiran saya. Tapi saya cuba reset dan positifkan fikiran saya pada waktu itu. Mungkin ini juga adalah salah satu pembentangan kelas pengajian buat saya.

Tiba-tiba terbayangkan muka ustaz Azhar Idrus yang sedang sengih tu.

Saya terus menjawab “YA, memang ada pendapat tu, dan pendapat tu betul”, sambil tiru sengih sinis gaya ustaz Azhar, memandang pakcik tu.

Perempuan tu terus membangkang kata-kata saya itu seolah-olah tak puas hati. “Bukan ke wajib tutup aurat ustaz!”, tegas dia lagi.

Saya makin hairan, kenapa perempuan tu pulak yang lebih-lebih yang bangkang kata-kata saya tu, sedangkankan pakcik tu rilek je, sambil kerut-kerut dahi sikit je. Saya rasa perasaan marah perempuan tu tadi dah makin membuak-buak sehingga dia tak dapat mengawal pemikirannya yang waras tu lagi. Mungkin dia asyik berfikir nak kenakan si pakcik tu dan si ustak ni sekali.

“Ya, memang ada pendapat yang mengatakan menutup aurat itu tidak wajib, tapi pendapat itu daripada orang bukan Islam dan hanya untuk orang bukan Islam. Ya, pendapat tu betul, bagi dia, sebab dia bukan Islam dan dia tidak faham Islam.” –saya menjawab dengan nada menjawab teka teki sambil mahu bersenda dengan pakcik itu.

Perempuan tu tersebut terdiam. Terus masuk ke dalam smbil memegang bulu ayam yang dipegangnya untuk membersihkan habuk-habuk di radio-radio kereta 2ndhand .
Sambil tergelak, pakcik tersebut berjalan keluar dari kedai itu.

# Tamat #



Kesimpulan :

1- Menutup aurat itu satu nikmat. Allah sangat menyukai hambaNya yang apabila diberikan nikmat kepadanya, dia menzahirkannya dengan bersyukur.

2- Agama Islam itu Nasihat. Sebaik-baik nasihat adalah nasihat untuk mengenal Allah, Al-Quran, Rasul, dan untuk kebaikan pemimpin-pemimpin kita dan masyarakat awam.

3- Ikhlas. Hidup yang paling bermakna adalah hidup yang penuh dengan keikhlasan. Dalam memberi mahupun menerima sesuatu.

2 comments:

arrazzi alhafiz said...

Orang kata kebebasan berpakaian itu hak asasi setiap insan..

Ya, kita setuju. Cuma dahulukan hak asasi Tuhan kemudian lengkapkan apa kehendak hatimu.

Agar tahu siapa insan dan siapa Tuhan.

ibnu ali said...

Disebabkan berpakaian itu hak asasi manusialah...maka berpakaianlah menurut tabiat manusia...yg berfesyen dgn gaya menutup tubuh..bukan berpakaian menurut tabiat haiwan..yg berfesyen dgn mendedahkan tubuh....