Wednesday, October 19, 2011

Kesan pengajian takhassusi dan 'umumi...

"Menuntut ilmu adalah kefardhuan buat setiap individu Muslim" -Hadis-


Kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini masih mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Pelbagai nilai-nilai murni ajaran Islam mampu diterapkan secara aman di negara yang kita cintai ini.

Selain dasar-dasar untuk kesatuan rakyat, keamanan, memperkukuhkan ekonomi negara, dasar-dasar Pendidikan juga turut di rangka dan dititikberatkan. Alhamdulillah...

Pelbagai budaya turut dibenihkan di Malaysia untuk menghasilkan individu-individu yang berilmu dan beramal dengan ajaran-ajaran Islam. Pelbagai iklan-iklan dan kempen-kempen yang disebarkan di setiap media massa tidak kira kerajaan mahupun swasta.

Usaha-usaha tersebut turut disambut meriah oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, NGO, persatuan-persatuan mahasiswa dan lain-lain. Sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada kalian.

Aliran pengajian di Malaysia.

Sehingga ke hari ini terdapat variasi sistem pengajian dan pembelajaran yang masih diamalkan di negara ini. Yang 'lama' tidak dibuang dan yang 'baru' tidak ditolak. Mungkin hanya sistem yang lama itu sedikit terrrr...sisih....dan sistem yang baru itu sedikit terrr.....lebih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Adakah realiti ini satu perkembangan yang baik atau sebaliknya....?? Apakah punca ia berlaku..?? Apakah kesannya terhadap masyarakat Malaysia..??

Realiti pelajar-pelajar zaman 'DULU' dan 'KINI'.

-Dulu : Pelajarnya lebih cenderong dan bersemangat untuk mencari guru-guru yang mursyid dan bersanad untuk memastikan kesahihan ilmu yang diperolehi.
-Kini : Pelajarnya lebih cenderong mencari institusi pengajian yang masyhur supaya mudah mendapat kerja.

-Dulu : Pelajarnya merebut peluang untuk menguasai semua bidang pengajian.
-Kini : Pelajarnya merebut peluang untuk hanya mahir dalam satu bidang sahaja.


Bagi saya...

Saya menganggap sistem pengajian 'piramid' yang diamalkan di Malaysia dan kebanyakan negara lain lagi sebagai sistem pengajian 'takhassusi'. Dan disebaliknya terdapat sistem pengajian 'umumi yang memberi peluang kepada para pelajar menguasai semua bidang ilmu.

Bermula dengan peringkat pengajian rendah, seterusnya menengah dan pengajian tinggi. Semakin ke atas semakin kecil skop pengajian dan kajian yang disediakan. Begitulah alternatif 'terbaik' yang dipilih untuk pelajar-pelajar dalam menuntut ilmu Allah pada zaman moden kini.

Segelintir pelajar pada hari ini keliru dalam memahami sesuatu ilmu. Antara punca utamanya adalah apabila tidak melalui proses pengajian 'umumi yang berterusan. Di peringkat pengajian tinggi, apabila berlaku percanggahan pendapat antara pelajar aliran Fiqh dan pelajar aliran Hadis pada isu-isu tertentu, ianya amatlah mudah untuk diselesaikan sekiranya kedua-dua belah pihak turut mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang yang lain.

Ilmu yang satu itu telah dibahagi-bahagi, dan dijuzuk-juzukkan. Ilmu Allah yang luas itu semakin lama semakin sempit dek muqarrar/ sukatan-sukatan yang dicipta oleh tangan manusia atas alasan untuk 'memudahkan' pelajar mempelajarinya. Akhirnya saya sendiri menjadi antara mangsa-mangsanya yang bergelar ulama' muqarrar.

Seterusnya ILMU yang agung itu hanya untuk diterima dan disampaikan oleh manusia,...bukan lagi untuk dihayati dan diamalkan oleh hamba-hamba Allah.!!

Tidak perlu dipersalahkan sistem pengajian itu, tapi yang lebih wajar untuk diperbaiki adalah mentaliti setiap individu penuntut ilmu itu sendiri. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya dengan usaha-usaha tertentu yang tidak berlawanan dengan syarak.

Oleh itu, saya menyeru kepada sabahat-sahabat penuntut ilmu yang masih memiliki semangat yang tinggi, kemampuan, ruang serta peluang yang mencukupi,...ayuh kita cari ilmu dan kefahaman sebanyak mungkin Lillahi taala !! Bukan sekadar memenuhi tuntutan profesion semata-mata.....

No comments: