Friday, May 27, 2011

Aku, Kau dan Muzik........

Aku....??

Aku sepertimu saja...tapi kau seolah-olah mengatakan yang 'aku dan kau berbeza'...
Aku hanya manusia biasa...tapi kau sering anggap seolah mustahil bagiku berbuat dosa...
Aku juga punya perasaan...tapi kau layanku macamku tidak berperasaan...
Aku juga punya sedikit keistimewaan...tapi kau sering lupa menghargainya...
Aku juga pernah berasa bosan...tapi kau sering tiada pada waktu itu...
Aku juga sering lalai pada Allah...tapi kau sering salahkan aku dengan kelalaianku itu...
Aku juga mungkin berada di pihak yang benar...tapi kau hanya asyik bersama kebenaranmu itu..

Kau...?

Ku tahu kita jarang bersama...tapi aku selalu berbaik sangka terhadapmu...
Ku telah cuba mendekatimu dengan cara biasa...tapi kau bukan 'sebiasa' kawan-kawanku lain...
Ku agak kau lebih dekat dengan Allah berbandingku...tapi jangan pula kau jauhkan daku dariNya pula...
Ku tahu kau telah cuba mengajarku suatu ilmu yang baru...tapi celikkan ku juga dengan dunia yang 'baru' ini...
Ku pasti niat baikmu dengan menegur diriku kali ini...tapi ku agak kecewa dengan cara yang kau pilih itu...



Muzik...?

Mereka kekadang mencemuhmu...tapi ku yakin kekadang kau mampu memberi manfaat ku...
Mereka kekadang memujamu...tapi ku juga yakin kau kekadang boleh menyesatkanku...
Mereka sering memandang adik-beradikmu dengan pandangan yang sama...tapi ku tahu kau masing2 berbeza...
Mereka telah menghukum keseluruh anggota keluargamu...tapi aku janji akan tetap berusaha menyelamatkan 'kau' saja...
Mereka tidak pernah mencari jasamu untuk agama...tapi aku telah merasa jasa dan bakti mu itu...
Mereka menyamakan fungsimu keseluruhannya dengan hiburan2 haram itu...tapi hakikatnya kau adalah sebahagian dari makhuk yang disukai Tuanmu...



AKU, KAU dan MUZIK....


KAU memaksa AKU menjauhi MUZIK keseluruhannya kerana katamu dia akan melalaikan aku dari kalam Tuhan kita. Tapi AKU tidak pernah rasa terhalang daripada mengingati Tuhan kita dan KalamNya apabila aku berkawan dengan MUZIK. Malah AKU rasa dengan MUZIKlah aku mampu mengingati Tuhan kita tanpa jemu-jemu di mana saja aku berada. Alhamdulillah...

KAU juga menghalang AKU dari berkawan dengan MUZIK kerana ia akan menjatuhkan maruahku selaku seorang pelajar 'syariah'. AKU boleh terima kerana akibat itu mungkin 'andaianmu' semata-mata. Tapi KAU juga harus menggalakkan AKU berkawan dengan MUZIK jika bukan itu akibatnya kelak.

KAU desak AKU menjauhi MUZIK kerana katamu telah banyak nas-nas Quran dan Hadis mengaramkannya. Bagiku, larangan itu semuanya tidak jelas pada keseluruhan MUZIK. Oleh itu, hukum-hukum yang dikeluarkan dari nas-nas itu adalah ijtihad para ulama' berdasarkan maqasid syariah. Ada yang mengharuskan dan ada yang mengharamkannya. Tidak salah aku berpegang pada ijtihad yang mengharuskan itu dengan syarat-syaratnya.

KAU mengugut AKU dengan ancaman-ancaman Neraka dan Murka Allah dan RasulNya. Ingin aku luahkan padamu, bahawa aku sangat takut pada semua itu kerana Allah!! Dan aku tidak sekali-kali menyalahkan Allah kerana mengurniakan aku naluri yang akan merasa tenang kelazatan bunyi-bunyian yang unik itu.


Janji AKU pada KAU di hadapan MUZIK...


AKU akan tetap berkawan dengan MUZIK. Tapi aku janji tidak akan membiarkan MUZIK melalaikan aku dari mengingati Allah dan RasulNya.

AKU berjanji akan menggunakan ruang ini dengan sebaiknya dengan mengajak lebih ramai lagi kawan-kawanku 'yang jauh itu' untuk mengenal Allah dan RasulNya melalui MUZIK ini.

AKU akan buktikan pada KAU yang MUZIK itu bukan tujuan utama hidupku. Tapi ia hanyalah hiasan pada sudut2 kecil hati ku ini. Ia tidak akan mampu mengalihkan perhatianku dari mengejar solat jemaah. Membaca buku. Memuhasabah diri. Berbakti pada kedua ibu bapa, masyarakat dan agama.

Akhirnya, aku merayu padamu, janganlah kerana MUZIK, antara kita terhalang untuk meneruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran yang lebih nyata kelak.

Aku tahu aku ini agak keras kepala, tapi aku masih boleh meraikan teguran dan pendapat mu itu dengan tidak memperlekehkannya. Namun aku juga mengharapkan hal itu juga ada padamu.

Kerana dalam hal perselisihan Ijtihad ini, aku pernah mendengar kata-kata Ulama' apabila berhadapan dengan masalah itu, "Pendapatku ini benar, tapi mungkin ada silapnya,..dan pendapat mu itu salah, tapi mungkin ada benarnya...."

AKU amat mengimpikan kata-kata itu terzahir dari bibirmu wahai sahabat......!!

(semoga AKU bukan dari golongan yang mengHALALkan yang HARAM, dan bukan juga yang mengHARAMkan yang HALAL)

3 comments:

Anonymous said...

nice. Boleh copy ke?

Anonymous said...

Terima kasih atas komentar sahabat. Saya tahu dan telah fahami mesejnya. Apa yang sahabat cakap telah pun saya kaji sebelum mengutarakan pengharaman muzik. Sekiranya masih ada jalan untuk mengharuskan muzik, tidak tergesa-gesa saya mengatakannya haram. Tetapi, kewajipan yang mengetahui kebenaran untuk menyampaikan kepada insan-insan yang ia sayangi.

http://alkutawi.blogspot.com/2011/05/aku-dan-engkau.html

Berkenaan doa sahabat yang saya kagumi, saya sertakan hadis sebagai nasihat. Hadis yang sama, agar mendatangkan kebaikan bersama;
sesungguhnya akan ada dalam umatku golongan-golongan yang menghalalkan zina, sutera, arak, dan alat-alat muzik. Sekian hadis.

Ketahuilah sahabatku, halal itu jelas, haram itu jelas, antaranya perkara-perkara syubhah. Orang yang bertakwa meninggalkan syubhah.

Maaf andai terkasar, perbezaan pendapat perkara lumrah. Jadilah kita umpama Imam al-Syafi'i dengan Imam Ahmad. Masing-masing ada mazhab sendiri, tetapi kedua-duanya adalah sahabat sejati.

Sayang ustaz.

Alkutawi.

IBNU ALI said...

MasyaAllah...Alhamdulillah...syukran ya akhuyya alkutawi...=)

Saya akur dengan pendapat2 yang mengharamkan muzik secara MUTLAQ itu..dan ia bukan dari alkutawi seorang sahaja...malah ramai lagi ulama' yang muktabar bersama dalil2nya itu...

Namun tidak lupa juga pada ulama' yang mengharuskannya secara MUTLAQ atau mengharuskannya BERSYARAT..

Kerana saya tahu...cara memahami nas-nas syar'ie itu agak pelbagai...mungkin mafhum bil muwafaqoh, mungkin bil mukhalafah, mungkin bin nas, mungkin bil 'ibarah, mungkin bil maqasidi, mungkin bil istinbat, mungkin bil istiqra' dan lain2 la..tapi yang paling penting ia tidak membawa kepada percanggahan dengan kaedah-kaedah umum dalam syariat Islam.

Dan penulisan saya kali ini tidak berhasrat untuk membuat kritikan terhadap pendapat2 dan dalil2 mereka semua...apatah lagi mengistinbat hukum...

Saya cuma menyuarakan secebis perasaan, naluri dan realiti majoriti masyarakat Islam Dunia dari pelbagai lapisan di luar sana apabila mereka berhadapan dengan ustaz2 yang mengharamkan MUZIK secara MUTLAQ...

Mohon dihayati penulisan ini dengan turut memandang keadaan diri kita dan masyarakat di luar sana...Kerana ISLAM itu adalah rahmat untuk sekalian alam.

Ustaz alkutawi, Imam syafie dan Imam hanbali tu memang antara ulama' yg saya kagum..tapi saya masih belum mampu buat mazhab sendiri lagi...hehe..insyaAllah..MUZIK takkan mampu menjarakkan kita...=)

syukran2, kemah keming ustaz alkutawi.


(Bunga Mas)