Wednesday, June 15, 2011

Allah berada pada sangkaan hambaNYA....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cuba mengekalkan semangat penulisan ini, saya membuka tirai kepulangan ke pangkuan keluarga ini dengan mencoret sedikit hikayat safar yang penuh dengan Hikmah dan menyerlahkan kebesaran Allah Yang Maha Esa..

Bermula dengan cerita membeli tiket.

Ketika saya sedang berjuang utk menghabiskan Imtihan Niha'ie di Jamiah Mutah pada semester terakhir, saya mula memikirkan tentang tiket utk balik malaysia, hantu 'madah mabadik tarbiah' pun juga datang, dalam masa yang sama ahli keluarga sentiasa bertanya 'bila tarikh malaysia?'

Selang dua hari selepas saya habis paper terakhir, keputusan utk 'madah mabadik tarbiah' keluar. Alhamdulillah Najih..!!

Bermakna saya boleh mula beli tiket pulang. Meminjam Debit kad dengan seorang sahabat yang sama ketika saya pulang pada tahun lepas (Ihsan Fadhli Bin Che Min). Setiap detik menziarahi laman2 web flight untuk mencari harga yang termurah dan tarikh yang terdekat (sebelum 10hb Jun 2011) kerana teringin menyambut kepulangan ayahanda dan bonda dari tanah suci Mekah dan Madinah.

Takdir mengatasi Tadbir. Saya terpaksa mengalah dan membuat keputusan utk pulang pada 12hb Jun 2011 atas alasan2 tertentu. Alhamdulillah...selesai membeli tiket by internet booking.

12hb Jun 2011 =>>>>

WY 0423 ( Amman-Mascat)

13hb Jun 2011 =>>>

WY 0813 ( Mascat-Bangkok)

MH 789 (Bangkok-Kuala Lumpur)

MH 1426 (Kuala Lumpur- Kota Bharu)



Kira-kira seminggu sebelum berangkat pulang ke tanah air, diberi kesempatan untuk berwida' dengan sahabat-sahabat di bumi Mutah. Tidak dilupakan juga sahabat-sahabat yang lebih awal berangkat ke tanah suci makkah dan madinah untuk menunaikan umrah. Berjaulah dengan Us Amiro Safwan (roomate sejati), Us Azmuddin (teman segraduasi), Abdul Rahim (teman sempoi), Syed Muzaffar (teman serasi) ke Laut Aqabah.

Juga tidak lupa pada team darul Ifta' Mutah. Dengan peluang yang telah diberikan dalam pembentangan kertas kerja pada "Seminar Metodologi Istinbat Fuqaha". Segan rasa apabila berada sebaris dengan barisan fuqaha' Mu'tah dalam pembentangan tersebut. Terima kasih dan ampun maaf atas kekurangan saya.

Safar pulang ke tanah air.

Bermula di airport Amman, Jordan. Saya memberanikan diri melangkah masuk melaporkan diri dan barang-barang. Langkah pertama saya sedikit goyah apabila berat barang-barang saya melebihi had yang dibernarkan sebanyak 12 kg (42kg). Dengan muka selamba saya terus mengambil keputusan meninggalkan 1 kotak barang saya itu kepada teman2 yang mengiringi utk dibawa pulang ke mutah. Kemudian 2 beg besar (30kg) saya chek in dan beg laptop saya bawa bersama. Selesai.

Saya terus ke kaunter emigration. Langkah kedua saya goyah lagi apabila dikatakan oleh penjaga kaunter tersebut. "Iqomah anda telah lama mati, anda perlu bayar gharamah JD1.50 sehari!!". Sekali lagi muka selamba bercampur muka seposen saya minta untuk berjumpa dengan ketua bahagian tersebut untuk rundingan. Dipendekkan cerita, saya dibenarkan keluar dari Jordan tanpa ada sebarang bayaran denda. Alhamdulillah, selesai.

Cerita transit dan sampai.

Di Mascat tiada sebarang masalah. Di Bangkok sedikit masalah. Di KLIA masalah besar. Di Bangkok saya mendapat special announcement !! Saya terus ke kaunter dan mendapat bisikan mengatakan bahawa baggage saya tidak dijumpai dalam sistem mereka. Dan mungkin baggage tersebut akan terus ke KLIA. (Katanya). Sabar+ Doa+ Tawakkal+ Perut lapar+ Muka seposen.


Setiba di KLIA. 45 minit saya menunggu baggage. Ke hulu dan ke hilir, mundar mandir dan bertanya kepada pekerja di situ. Kata abang tu, " adik cuba cari lagi, kalau takde jugak, adik perlu buat laporan kehilangan bagasi." Saya cuba cukupkan sejam untuk pencarian itu......Keputusannya, semua bagasi saya dah sah hilang!! Tidak dapat dikenal pasti statusnya.

Terduduk sekejap di atas troli pakcik sebelah memikirkan nasib barang-barang yang orang kirimkan untuk pos, dan barang ole2 keluarga yang tak seberapa itu..Allah sahaja yang tahu. Cuba mempositifkan diri. "Nasib baik dokumen khirij saya takde dalam tu"...=)

Pakcik sebelah tu pun mendekati saya sambil menepuk bahu dengan ujar semangatnya, "InsyaAllah, ada hikmahnya tu..kalau ada rezeki jumpa lagi anak dengan beg tu.." Jawab saya dengan sedikit jenaka, " InsyaAllah, Amin...pakcik doa2kan la saya, doa orang baru balik umrah ni mudah dimakbulkan biasanya".

Keluarlah saya dari tempat tuntutan bagasi tersebut untuk menunaikan solat dan terus chek in tiket KL-KB (MASairlines) bersama satu beg laptop itu. Sempat kejap berjumpa dengan Pak Su untuk menceritakan tragedi itu dan meminta maaf dengannya. Tujuan Pak Su datang semata-mata utk mengambil barang2 saya yang lebih muatan itu untuk dihantar terus ke KB dengan kereta atau bas. Kerana MAS airline hanya menerima 20kg sahaja.

Jam 12 tgh malam (13hb Jun 2011), saya menjejakkan kaki di Darul Naim (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra), disambut oleh ahli keluarga dengan dahi yang berkedut. Kata ayah, " Kamu ni balik dari Jordan ke...balik dari KL je?, mana barang-barang lain lagi". Saya cuba membalas dengan senyuman sahaja. Saya menceritakan 'kisah benar' itu dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah.


......................................................................................>>>>>Sedih-------->>>> sedih.------->>>>sedih------>>>>> risau------>>>> risau-------->>>>> risau------->>>> Doa------>>>> Doa------>>>> Doa---->>>> Husnuzzon------>>>>>HUsnuzzon------>>>>>


15hb Jun 2011 Rabu (hari ini), Jam 11.15pagi, saya mendapat satu panggilan telefon dari Malaysian Airlines. Katanya, "Mohd Rasyidi Bin Ali?? "...Yaa.."Bagasi encik telah kami jumpai dan telah pun dihantar ke Lapangan terbang Sultan Ismail Petra (KB) pada jam 11.05pg tadi. Encik bolehlah datang untuk membuat tuntutan"...terima kasih....


Alhamdulillah99x................................الحمد لله

Bersangka baik lah pada Allah, sesungguhnya Allah bersama sangkaan setiap hambaNya.

Saya yakin bahawa ini hanyalah ujian yang sangat sedikt berbanding ujian2 dan dugaan2 yang bakal saya tempuhi kelak....doa dari kalian amatlah saya perlukan..!!


Selamat berjuang dan selamat pulang buat sahabat2 di Jordan. Terima kasih atas berkat doa kalian semua!!!!

Wassalam.....

4 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...mujur jumpe...kalo x,hilang la brg2 nk pos tuh....

syafiq mukhtar said...

dah buka sampul surat tu?

:)

IBNU ALI said...

alhamdulillah...ana dah buka sampul tu...syukran jazilan..=)
ana pun lg bangga dapat kenal antum semua...=)

Ikhtiar said...

alhamdulillah nta dah selamat sampai ke mesia.. syukur nta dapat tempuhi ujian dgn sabar.. ada hikmah tue.. :)

ana mimpi nta mlm tadi, kite jumpa dan salam smbil berpelukan.. dah dua thn tak jumpe.. tup2 rupanya nta dah sampai mesia :)

moga istiqamah dalam perjuangan :)

p/s: kalau ada buat nasi minyak tu, calling2 la.. huhu..

-Ikhtiar-