Thursday, February 2, 2012

CEMBURU


Ketika Wanita cemburu…menangis

Ketika Lelaki cemburu...menyepi


Tatkala wanita cemburu dia membenci lelaki…

Tatkala lelaki cemburu dia membenci dirinya sendiri…


Kadang-kadang…

Lelaki mencemburui wanita yang mencintainya..biarpun dia belum mencintainya..

Dan..

Wanita pula mencemburui lelaki yang mencintainya ..biarpun dia belum mencintainya…


Namun….

Wanita lebih bahagia….dengan cemburu si lelaki pilihan hatinya…

Wanita lebih sengsara…dengan cemburu si lelaki bukan pilihan hatinya…


Secantik-cantik cemburu….adalah cemburu cinta….

Seburuk-buruk cemburu….adalah cemburu benci….


Antara tanda-tanda cemburu…

Si wanita mudah melenting…

Si lelaki mudah mengancam…


Kita….

…cemburukan orang yang kita cintai kerana kita cintakan mereka…

dan Kita…

…..cemburukan orang yang mencintai kita kerana kita mencintai diri kita…


Jangan terlalu mudah kamu menyimpan cintamu padanya di kotak cemburu…

Sedangkan kamu belum pasti…perasaan mereka terhadapmu…

Kerana dengan itu….kadang-kadang…kamu mendedahkan kelemahanmu pada individu yang tidak sepatutnya tahu….


Adakah kau tahu beza antara Cinta dan Cemburu…?

Cinta yang melampau melahirkan Cemburu…

Cemburu yang melampau membunuh Cinta…

Jauhi ‘melampau’ kerana DIA tidak cinta pada pelampau…


Adakah kau tahu beza Cemburu dan Prasangka…?

Kebanyakan Cemburu lahir dari perut Prasangka…

Jauhilah Prasangka kerana sebahagiannya adalah dosa..


Sedar tak sedar…….

Ketika kamu sentiasa mahu mencemburui si dia itu..

Maka jauhilah perasaan itu…kerana kadang-kadang waktu itu kamu telah jatuh cinta…

Sedangkan kamu sendiri tidak menyedarinya…

Ketika kamu sentiasa mahu dicemburui oleh si dia itu…

Maka bersihkanlah perasaanmu itu…kerana kadang-kadang waktu itu kamu telah melakukan suatu kesilapan…

Sedangkan kamu sendiri telah menyedarinya…

Mencemburui itu Menyekat…Mengongkong…Menahan…



إن الله يغار.الغيرة على الزوجة خلق عظيم. وإن المؤمن يغار، وغيرة الله أن يأتي العبد ما حُرم عليه (حديث)


Sesungguhnya Allah itu mencemburui….

Cemburu pasangan suami isteri itu satu kurniaan yang agong….

Dan mukmin itu juga cemburu….

Namun…cemburu Allah Taala apabila hamba-hambanya melakukan sesuatu yang telah terlarang ke atasnya…..!!



5 comments:

Anonymous said...

salam ustak dee. Bilo mu nok nikoh nyo? Lama benar doh pakat dengor gosip2 demo ni. nikoh2 la weh.

Shaker™ said...

nanti jangan lupa jemput kami kat jordan ni yer akhi.. hehe

IBNU ALI said...

To Anonumous :
wsalam...agok2 dengan nikoh boleh habis ko gosip2 tu..? hehe

IBNU ALI said...

To Shaker :
insyaAllah...takkan lupe sahabat2 di jordan..;)

Anonymous said...

haha. kalu nikoh gak, terjawablah kebenaran pd ore hok dok gosip2 nih. Bilo dmo nok tamatkan kisah gosip demo ni? jange lupo sek2 kuis doh la.