Friday, November 11, 2011

Dia menelanjangkan anak Adam pula...

Peristiwa 1

Beberapa hari lepas saya "dijemput" untuk me"like" satu laman di dalam FB. Laman "panduan batin ###### dan *********".

Agak tergamam dan tersentak saya apabila saya mula menyelak beberapa halaman dalam laman tersebut. Sedaya upaya saya cuba untuk mengoptimiskan fikiran saya menganggap semua maklumat itu adalah perkongsian semata-mata. Terima kasih saya ucapkan.!!

Tidak mahu mengulas panjang tentang "jemputan" dan intipati laman tersebut.


Peristiwa 2

Saya melangkah keluar dari rumah ke taman tengku Anis di petang hari 'membakar kolestrol2' di badan. Setelah penat berlari dan berjalan sejauh lebih kurang 5 km, saya berhenti cool down di sebuah perhentian.

Terdengar sayup-sayup perbualan seorang remaja dengan seorang pakcik berumur lingkungan awal 50-an.

"Pakcik hairan tengok anak-anak dara sekarang ni, belum kawin lagi dah berani berjalan bekepit-kepit dengan laki. Dah la pakaian tu..tuhan jelah yang tahu.....Kalau zaman pakcik dulu, bukan nak keluar dengan laki, nak tengok anak gadis di luar rumah pon susah.(diterjemah daripada loghat kelantan)", keluhan pakcik tersebut.

"Emm...mungkin salah mak ayah diorang la kot pakcik yee...tak didik anak baik-baik sejak kecil lagi," ujar si remaja itu.

"Nak, kau tak boleh nak salahkan mak bapak dia je, anak-anak sekarang ni dah tak macam dulu, tambah-tambah lagi di zaman teknologi sekarang ni, jauh lebih canggih dari dulu...dengan taliponnya..mesejnya..internetnye....emailnya...FBnyee...sampaikan budak-budak sekolah rendah sekarang ni pon dah pandai cakap benda-benda lucah dah..yang dah 'buat' pon ada." tegur si pakcik.

Si remaja meng"iyee"kan saja teguran pakcik tersebut.

Saya hanya tersenyum lebar melihat gelagat pakcik dan remaja itu.



Peristiwa 3


Terus pulang ke rumah, bersiap untuk solat maghrib di surau Bunga Mas (surau yang penuh dengan kenangan manis dan pahit bagi saya). Selepas Isyak pulang ke rumah yang hanya 27 langkah dari pintu pagar surau BM.

Terdetik sekali lagi untuk membuka FB. Kali ini saya didatangi satu mesej dari seorang sahabat sekolah rendah dulu. Bertanyakan pendapat tentang isu "Seksualiti Merdeka".


Tanpa berfikir panjang untuk menyusun kata dan mengatur dalil, saya terus membalas mesej tersebut dengan memberi link daripada blog dua sifu saya UZAR dan SaifulIslam. Saya rasa huraian dan hujjah mereka berkenaan isu itu sangat membantu si sahabat penanya itu tadi.


Pedoman Jumaat buat mata yang masih mahu melihat, buat telinga yang masih mahu mendengar, buat hati yang masih mahu memikirkan....

Namun dari tiga peristiwa ini, saya terdetik untuk melakar sedikit pedoman buat diri ini dan buat sahabat-sahabat yang sudi membacanya. Lebih-lebih lagi pada hari Jumaat yang pernah dijanjikan oleh Allah dengan penghapusan dosa-dosa selain dosa besar.

Apabila bercakap tentang sesuatu yang berkait dengan makhluk yang bernama MANUSIA / INSAN ini, maka perkara paling penting yang perlu kita tahu dan kenal adalah Penciptanya.

Kerana dengan mengenal Pencipta manusia, banyak perkara lagi yang kita akan ketahui. Tabiatnya, kelebihan dan kekurangannya, perangainya, kehendaknya, keperluannya, kesukaannya, kebenciaannya, dan banyak lagi.

Buktinya, jika anda bermasalah dengan simkad Celcom anda, siapa yang akan anda adukan?? Anda tidak akan pergi ke Maxis centre, apatah lagi kedai-kedai jual kereta atau sayur-sayuran..! Anda hanya perlu ke Celcom centre kerana di situlah ia dicipta dan dilahirkan. Hanya dia yang mampu mengenal pasti masalah anda dan membaikpulihnya kepada sediakala.

Oleh itu, ketahui dan sedarlah bahawa pencipta manusia itu hanyalah Allah!!

Dan manusia pertama yang diciptakan olehNya adalah Adam a.s. Maka kenalilah Adam a.s nescaya kita akan kenal siapa kita. Kenalilah siapa kawan dan musuh Adam a.s, nescaya kita akan kenal siapa kawan dan musuh kita. Kenali siapa pasangan Adam a.s, nescaya kita akan mengenal siapa pasangan kita.

Adam a.s adalah seorang manusia yang dicipta oleh Allah daripada tanah dan roh. Padanya ada nafsu yang mengajak kepada kebaikan dan juga keburukan. Kawan Adam adalah makhluk yang taat kepada Allah seperti malaikat dan musuhnya adalah makhluk yang derhaka pada Allah seperti Iblis.! Adam dijadikan sebagai seorang lelaki, dan pasangannya adalah wanita iaitu Hawa.

Begitulah sejarah awal kejadian manusia dan fitrah yang ada padanya.

Adam diturunkan dari syurga ke bumi gara-gara tipu helah si Iblis durjana. Adam dan Hawa ditelanjangkan oleh Iblis dengan tipu helahnya memujuk mereka berdua melanggar perintah Allah iaitu memakan buah-buahan larangan.

Asalnya mereka berdua hidup aman damai di dalam syurga dengan berpakaiaan menutup anggota badan seperti yang digambarkan dalan firmanNya : (surah Taha : 118-119)

إن لك ألا تجوع فيها ولا تعرى * وأنك لا تظمؤا فيها ولا تضحى*

Sesungguhnya kamu tidak akan berasa lapar di dalamnya dan tidaklah kamu telanjang (tidak berpakaiaan), dan di sana juga kamu tidak akan berasa dahaga dan juga panas matahari.


Manakala helah terawal si Iblis menyesatkan manusia digambarkan dalam firman Allah :

Firman Allah s.w.t dalam surah al-a’raf ayat 22 :

Dan (syaitan) menunjukkan kepada mereka berdua (Adam dan Hawa) dengan tipu helah, ketika mereka memakan buah dari pokok itu, maka terzahirlah aurat mereka, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun syurga. Dan Tuhan menyeru kepada mereka : “Bukankah Aku telah melarang kamu dari pohon itu dan aku telah megatakan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?”

Ternyata Iblis telah berjaya ‘menelanjangkan’ moyang kita Nabi Adam a.s di syurga kerana pada ketika itu baginda masih belum tahu rahsia ini (menjaga kehormatan diri dengan menutup aurat). Hanya disedari selepas kesilapan dilakukan. Adakah kita mahu ‘ditelanjangkan’ untuk kali kedua sedangkan kita telah pun tahu rahsia itu?!

Firman Allah Taala :

يا بني ءادم لا يفتننكم الشيطان كما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوءاتهما

Wahai anak cucu Adam! Janganlah sampai kamu tertipu dengan syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan ibu bapamu dari syurga dengan menanggalkan kedua-duanya untuk memperlihatkan aurat mereka

Sekarang telah terbukti usaha gigih anak-anak didik Iblis untuk menyesatkan anak-anak adam dengan pelbagai isu seksual yang ditimbulkan dalam dunia ini.

Guy dan Lesbian yang terang-terang dikutuk dalam islam melalui malapetaka yang diturunkan kepada kaum Luth a.s suatu ketika dahulu, kini ingin digembar-gemburkan keharusannya melalui badan-badan dan juga persatuan-persatuan yang mendakwa ingin menjaga hak asasi golongan tersebut.!

Mereka cuba berselindung disebalik akta undang-undang Malaysia tertentu, SUHAKAM, PBB dan lain-lain. Lebih menyedihkan lagi jika pendokong pemikiran ini adalah di kalangan orang yang"tahu".

Benar,..mereka juga turut berhak mendapat layanan yang sama seperti manusia lain, tapi perlu diingatkan juga... sebagaimana mereka 'melayan' hukum Allah, begitu jugalah Allah akan 'melayan' mereka.

Yaa..mungkin di dunia, 'kawan' kita itu akan terlindung dari hukuman undang-undang, tapi belum tentu akan turut terlindung dari murka dan azab Allah di akhirat kelak.

Ingatlah wahai 'kawan', murka Allah itu tak semestinya hanya di akhirat saja, di dunia lagi......buktinya....thunami, gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh, wabak penyakit, dan lain-lain yang tidak dapat dianggar kehadirannya!

Mungkin juga......

dulu..Adam dihumban ke dunia kerana fitnah Syaitan

kini...anak-anak Adam dihumban ke neraka kerana fitnah anak-anak Syaitan....

2 comments:

Anonymous said...

hasil tulisan ustaz syidi semakin baik... teruskan usaha dakwahmu...

Anonymous said...

setuju.