Sunday, August 22, 2010

Aku malu padamu....Ayah dan Ibu....

Aku malu...

Tiada noktah akhir kasih sayangmu pd anak2mu..
Namun anakmu ini masih buat2 tak tahu..
Cantik ke hodoh ke rupaku dan perangaiku..
kasih dan sayangmu padaku tetap yang satu itu..
pernah suatu ketika aku menyakiti tubuh dan hatimu..
namun kasih dan sayangmu tak pernah pudar padaku..

Aku dan egoku...

Hanya kerana beberapa buku yang telah ku tahu..
aku sudah mula angkuh padamu..
ketika susah aku mula mengingatimu..
ketika senang dimanakah aku..
sungguh angkuh dan bodoh diriku..
sejak dari mula ku kenal erti ilmu sehinggalah kini tahap pengajianku..
namun ilmu yang telah kau ajari padaku suatu ketika dahulu..
takkan sama nilainya jika aku benar-benar tahu..

Aku rindu..

Sungguh ringan bibirku melafazkan padamu..
aku rindu padamu..
pada adik-adik dan keluargaku..
namun kata di hati kerasku..
siapa yang tahu ..
Ringan juga bibirku melafazkan "ayah dan ibu selalu dalam doaku"..
namun doa untuk diri sendiri dan hajat tertentu saja selalu muncul dalam doaku..

Terima kasihku pada mu...

Kau selalu nasihat padaku..
dengan katamu dan juga lakumu..
buat baik biarlah selalu..
jangan mengharap balasan dari orang itu..
hiduplah kamu dengan kadar kemampuan kamu..
jangan sekali kamu bergantung atau berharap selain dari Tuhanmu..
selalulah maafkan orang2 yang selalu menyakiti kamu itu..
kerana ketenangan dan kebahagiaan itu bukan milik kamu..
berjalanlah di bumi Tuhanmu seolah tiada orang mengenalimu..
tapi tolonglah orang2 di sekelillingmu seperti mereka darah dagingmu..



Ampunkan anakmu....

redhai ilmumu padaku....

sesungguhnya aku sangat berbangga denganmu....

tapi ku kurang pasti, adakah aku pernah membanggakanmu..

aku malu padamu.....

No comments: