Sunday, August 15, 2010

2 jam untuk TAQWA..

Agak tersentuh hati ini pabila berpeluang duduk bersama kawan2 di pagi sabtu hari keempat Ramadhan selepas solat subuh bersama-sama, sementara menunggu mentari pagi menghangatkan bumi.

Mengingatkan aku pada zaman di maahad dulu pada hujung minggu. Halaqah demi halaqah disusun oleh Majlis Pelajar MP untuk melatih pelajar berkongsi maklumat dan menambah pengetahuan agama. "Kehadiran adalah wajib". Setiap hari khamis di maahad....macam2 perasaan datang menjenguk. Suka...sedih...tertekan...risau... pabila emosi (kehendak) bercampur tanggungjawab, itulah jadinya.

Suka sebab cuti, sedih sebab tak boleh balik rumah, tertekan dengan bebanan program2 hujung mggu, risau dengan dengan sukatan hafazan utk tasmi' ahad nati. Begitulah perasaan menjelang hujung minggu di maahad. Dudukku bersama sahabat2 di Mutah ini pagi tadi mengingatkan aku pada keadaan perasaanku di Maahad dulu.

Tapi bezanya, halaqohku kali ini diapit oleh bakal2 ulama' yang bakal mengemudi institusi2 agama di Malaysia suatu hari nati. Amiin..

Pada mulanya aku anggarkan halaqoh kali ini seperti kebiasaan halaqah seperti pengisian2 di masjid2 dan surau. Tapi ternyata kali ini keadaannya luar dari kebiasaan. Dengan bilangan jamaah menghampiri 20 orang itu, satu maudhu' perbincangan dikupas secara santai sehingga hampir dua jam tanpa ada seorang pun yang terlena dek ngantuk bangun malam.

"TAQWA"

Perkataan inilah yang telah melupakan kami pada bantal dan laptop di rumah. Sahabat2 yang jarang dan malu bercakap di khalayak ramai pun turut musyarakah kerana perkataan ini. Aku amat seronok dan teruja dengan gelagat dan gaya bahasa yang dipamerkan oleh sahabat sehalaqoh. Tak kira apa gaya sekalipun.....perkataan "TAQWA" perlu diberi pengertiannya.

Bermula dari situlah, bibir tidak berhenti bergerak, minda semakin mengembang, darah bergerak pantas,......yang dulu hanya ku tahu yang taQwa ini satu rukun dari rukun2 khutbah jumaat, kini ku tahu......kenapa ia dijadikan rukun khutbah jumaat yang diulang setiap minggu.

Yang paling menarik....puasaku pada hari ini bermatlamatkan TAQWA kepada yang Maha Esa.

Banyak contoh2, huraian, dan kronologi yang dikongsi bersama oleh sahabat2 sehalaqoh....sehingga mindaku lebih luas dalam mendefinisi TAQWA. Para sahabat2 dan ulama'2 yang masing2 telah memberi banyak juzuk2 penakrifan pada maksud TAQWA. Semakin banyak ia dihimpun dan difahami serta dikaji...semakin menyeluruh maksud TAQWA itu.

Hanya satu huraian saja yang tertarik untuk dikongsi bersama adalah pendefinisian TAQWA dengan الإمتثال بالأوامر والاجتناب عن النواهي . Melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Bunyinya agak senang dan ringan serta mudah, tapi ia memerlukan tahap kekentalan iman yang jitu untuk merealitikannya dalam kehidupan kini.

الأوامر perintah-perintah dan النواهي larangan-larangan. Kedua2 perkara tersebut datangnya dari pemilik langait dan bumi ini, tuhan yang satu Dialah ALlah Taala al Ahad. Dia menyampaikan arahan dan larangannya itu melalui satu wasilah yang juga merupakan mukjizat kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Ialah Al-Quran Al Karim.

Oleh itu, untuk mencapai tahap TAQWA yang dimaksudkan, semestinya melalui satu wasilah tersebut iaitu Al-Quran Al Karim. Membacanya, memahaminya, mengamalkannya, menyucikan diri denganya, dan menyampaikannya adalah antara tugas-tugas yang dituntut oleh Sang Pencipta terhadap ciptaannya.

Namun TAQWA tidak terhenti di situ sahaja, bahkan memburu dan mendamba Taqwa dari Allah ini juga akan menjadi sebab pintu rahmat terbuka untuk pelakunya, juga pintu2 ilmu dibuka, dibuka pintu2 kesengan dan doa2nya akan dimakbulkan. Tersebut hanyalah hasil taqwa untuk di dunia sahaja, manakala untuk ukhrawinya pula, pintu2 syurga terbuka luas untuk mereka masuk menikmati kebahagiaan yang kekal di dalamnya.

No comments: