Sunday, March 7, 2010

Feqh sentiasa Baru

Tak kenal maka tak cinta… “Feqh” ialah ILMU atau KEFAHAMAN TERHADAP SESUATU. Dari segi istilah ialah Pengetahuan terhadap hukum-hakam syariat islam yang berbentuk praktikal yang telah disimpulkan berdasarkan dalil-dalil syar’ie secara khusus.

Bukanlah Feqh namanya, sekiranya ia hanya ilmu yang sekadar dalam bentuk tulisan atau hafalan. Umpama air yang sentiasa mengalir dan memenuhi ruang-ruang kosong. Itulah fekah.

Perkembangan dan percambahan feqh setanding dengan perkembangan infrastruktur, ekonomi, dan peradaban yang kini berlegar disekitar kita, bahkan mungkin feqh lebih terkedepan lagi. Dimana ada kehidupan di situ adanya feqh.

Feqh adalah undang-undang kehidupan umat islam. Ia meliputi seluruh aspek tingkah-laku harian bermula dari bangun tidur sehingga tidurnya, dari mula hidup sehingga hujung hayatnya.

Adakah feqh yang mengatur manusia?? Atau manusia yang mencorak feqh??
Ya..feqh itu mengatur manusia, namun feqh juga tercorak dengan keadaan sekitar manusia (bi’ah). Ini bukan bermakna Islam itu memayahkan penganutnya semata-mata, tetapi ada kelonggaran yang dikurniakan.

Sifat flexsibal yang ada pada feqh itu perlu digunapakai dengan sebaiknya. “Sesungguhnya bersama kepayahan itu ada kesenangannya”… “Allah s.w.t mahu menyenangkan kamu dan Dia tidak mahukan kepayahan ke atas kamu.”

Umat islam perlu memahami dan menguasai hakikat feqh yang flexsibal ini. Adakah semua hukum-hakam dalam islam itu mudah diubah-ubah begitu sahaja??

Tidak… Di dalam kitab suci Al-Quran terdapat ayat2 yang berbentuk qoth’ie dilalah dan ada yang berbentuk zhonni dilalah. Begitulah juga terdapat hukum2 yang tetap(thabit) dan terdapat hukum2 yang boleh berubah(mutaghayyar) mengikut keadaan masa dan tempat. Kerana sumber feqh adalah antaranya Al-Quran Al-Karim.

Apa yang tetap ?? Dan apa yang boleh berubah??

Yang tetap adalah tujuan dan yang boleh berubah itu adalah kaedah atau cara2nya. Kadang-kadang kita tidak dapat membezakan yang manakah tujuan dan yang manakah cara.

Contoh : Tujuan mimbar jumaat dibina dengan binaan yang sedikit tinggi dari jemaah adalah untuk memudahkan imam untuk menyampaikan khutbah dan memudahkan jemaah melihat khatib. Kaedahnya, nabi s.a.w membina mimbar dengan adanya 3 anak tangga.

Kaedah itu boleh dipelbagaikan dengan melihat pada kesesuian keadaan masa dan tempat. Mungkin anak tangganya dilebihkan mungkin dikurangkan.

Begitulah yang dimaksudkan dengan Feqh sentiasa Baru yang flexsibal dengan keadaan semasa.

No comments: