Friday, September 26, 2008

Kenapa Aku Bangun Tahajjud...???


Dari Umar bin Khatab r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Barangsiapa mengerjakan solat malam dan dia membaguskan solatnya maka Allah memuliakan dia dengan sembilan macam perkara. Lima di dunia dan empat di akhirat.”


Lima di dunia ialah:

1. Dia dijaga oleh Allah dari beberapa bencana.

2. Berkat ketaatannya tampak pada wajahnya.

3. Dia disukai oleh para hamba Allah yang soleh dan manusia semuanya.

4. Lidahnya mampu mengucap kata-kata hikmah.

5. Dia dijadikan orang yang bijaksana yakni diberi rezeki kefahaman.

Empat di akhirat ialah:

1. Dia dikeluarkan dari kubur dengan berwajah putih.

2. Dia diringankan atau dimudahkan hisabnya.

3. Dia melalui jambatan Sirat laksana kilat yang menyambar.

4. Diberi kitab amalannya dengan tangan kanan.

Untuk bertahajjud di tengah malam bukanlah satu perkara yang mudah bagi mereka yang jarang melakukannya. Ini adalah kerana Iblis dan Syaitan sentiasa menghalang kita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Syaitan itu mengikat ubun-ubun kepala seseorang dari kamu yang sedang tidur dengan tiga ikatan:

Apabila dia bangun dan membaca Basmallah maka terlepaslah satu ikatan.

Kemudian dia mengambil wuduk maka terlepaslah ikatan yang kedua.

Apabila dia terus mengerjakan solat terlepaslah ikatan yang ketiga.


Apabila tidak demikian maka syaitan itu akan kencing di kedua telinga kamu.

No comments: