Monday, April 4, 2011

“Kami datang kerana Ukhuwwah”


Setinggi-tinggi kepujian dan kesyukuran pada tuhan yang Maha Esa, Allah Taala. Selawat dan salam juga buat kekasihNya dan para sahabat, tabiin dan seluruh ummah yang berpegang pada tali Allah dan RasulNya.


Alhamdulillah……

Setelah dua kali diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bersama kawan-kawan di medan Karnival Sukan Mahasiswa SeJordan (KARISMA), pada 2010 di Mafraq & 2011 di Irbid. Terasa bangga dengan mahasiswa timur tengah..!!


Walaupun pelbagai cabaran dan karenah daripada segelintir rakyat di bumi Jordan ini, mahasiswa Melayu di sini masih mampu menganjurkan program-program dengan bentuk dan matlamat ‘ukhuwwah islamiyyah’.


Tahniah…

Tahniah saya ucapkan pada pihak penganjur KARISMA kali ini iaitu Mantiqah Irbid, atas niat yang murni dan usaha gigih daripada seluruh AJK pelaksana program….!! InsyaAllah tahun depan Mu’tah akan menjadi tuan rumah untuk KARISMA 2012.


Untuk kawan-kawan dari kontinjen Mafraq, Irbid dan Amman, kalian terbaik!! Kami dari Mu’tah menyusun sepuluh jari memohon maaf atas khilaf yang berlaku dan jutaan terima kasih atas kerjasama dan semangat yang mantooop yang telah dipersembahkan sepanjang KARISMA kali ini berlangsung.


Tidak dilupakan juga pada adik-beradik PERMATA yang sanggup untuk sama-sama membanting tulang, bekerjasama, berkorban, bersungguh-sungguh dalam memenuhi segala acara yang dipertandingkan pada kali ini. Walaupun sebahagian kita langsung tiada pengalaman dalam acara tersebut, tetapi atas dasar ukhuwwah, semua itu dilupakan.


Sokongan dan dokongan yang ditunjukkan oleh kalian jelas menzahirkan niat murni kalian dalam mencapai kemanisan ‘ukhuwwah’ yang dimaksudkan melalui slogan yang dipikul di belakang setiap pemain “Kami datang kerana Ukhuwwah”. Buktinya….perserta yang menyertai acara-acara yang hanya menggunakan kaki dan tangan, tetapi suara pula yang hilang…!! =D

KARISMA 2012…

Jika mengikut perkiraan seorang makhluk ciptaanNYA ini, sudah tiada peluang untuk saya bersama-sama kalian dalam KARISMA akan datang. Tapi….kalian jangan risau, KARISMA masih dapat diadakan lagi walaupun tanpa saya. Hehe…=D

Perlu diingat..!! “Tidak semua yang khirij itu sudah tidak boleh menyertai KARISMA lagi, dan tidak semua yang belum khirij itu boleh menyertai KARISMA…..” =D


InsyaAllah…KARISMA kali ke-5 nanti akan diadakan di medan Mu’tah pula. Mantiqah Mu’tah yang masyhur dengan gelaran ‘pekan koboi’ ini akan menganjurkan sekali lagi KARISMA pada 2012. Yaaa…saya dapat bayangkan….KARISMA akan datang bakal menukar satu acara daripada KARISMA kali ini, iaitu acara BOWLING kepada BALING (menggunakan batu). Permainan yang mampu disertai oleh seluruh pelajar timur tengah termasuk kanak-kanak arab di sini…Hehe..


Walau dengan apa bayangan sekalipun, saya tetap mendoakan KARISMA yang bakal diadakan di Mu’tah kelak bukan hanya bertujuan mencari juara, tetapi kesatuan dan persaudaraan itu lebih diutamakan. Jika hilang pingat emas boleh dibeli ganti, tetapi jika hilang nilai persahabatan dan persaudaraan, kesengsaraan dan persengketaan yang menjadi ganti.


“Kualiti Juara Inspirasi Bersama…..”

Tidak susah untuk menjadi juara, tetapi amat susah untuk mengekalkan kejuaraan itu. Mungkin begitulah yang telah dirasai oleh skuad Bola Sepak Mu’tah dan Skuad Bola Tampar Irbid. Tahniah diucapkan buat kalian yang mampu mengekalkan kejuaraan tersebut.


Saya yakin dan pasti, kejuaraan yang dimiliki tersebut bukanlah suatu kebetulan. Tetapi ia adalah sebuah anugerah dari Allah s.w.t berdasarkan ketetapanNya di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Namun Allah sekali-kali tidak akan berlaku zalim terhadap manusia, bahkan manusia itu yang telah menzalimi dirinya sendiri.


Allah tidak akan mempersia-siakan usaha yang telah kalian persembahkan. Jika usaha yang dipersembahkan itu baik, maka baik jugalah keputusannya. Dan begitulah juga sebaliknya.


Namun satu perkara lagi yang kita perlu tahu dan percaya!! Bersabarlah untuk berjaya. Keputusan yang baik tidak semestinya muncul sejurus selepas selesai usaha yang baik itu…!! Mungkin keesokan harinya, mungkin, minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan, mungkin 10 tahun akan datang, dan mungkin juga di Akhirat kelak.


Jika kita mahu bergelar juara, kita memerlukan sebuah medan yang khusus untuk berentap. Kita akan berentap dengan matlamat dan peraturan yang sama. Jika kita hanya mempunyai matlamat yang sama, tetapi peraturan kita tidak disamakan, juara yang bakal lahir tidak akan berkualiti. Dan orang yang sedemikian tidak layak menjadi inspirasi kita bersama.


Inspirasi kita bersama adalah juara yang berkualiti yang mampu muncul juara di tengah padang yang rata.



Hasil KARISMA yang kami dapat….

Saya teringat dengan pesanan Nabi s.a.w, Baginda memberi petua kepada kita untuk mengenal peribadi dan hati seorang sahabat. Antara tip-tipnya adalah dengan hanya kita keluar bermusafir bersama kawan tersebut selama tiga hari. Menakjubkan!!


Maka amat benarlah petua Baginda s.a.w itu. Kami dapat merasakan ikatan ukhuwwah tersebut semakin kuat antara kami. Banyak perkara yang kami tahu mengenai sahabat-sahabat kami itu. Sungguh manis ukhuwwah itu.


Bayangkan, jika seramai 178 orang (anggaran kasar daripada 2 bas dan 4 koster) atlet dari Mu’tah mampu merasai seperti apa yang kami rasa ini, maka PERMATA adalah persatuan yang paling bertuah di dunia!


Kenapa saya boleh cakap sampai begitu sekali ??!

Kerana saya yakin, sebahagian besar daripada atlet-atlet yang bersama-sama ke irbid itu adalah mereka yang watak utama di bumi Mu’tah. Jika watak-watak utama ini mampu memahami antara satu sama lain, maka amat beruntunglah PERMATA.


Itulah realiti yang dapat dirasa dan diharapankan. Hasil sebenar yang kita dapat dari KARISMA bukan semata-mata membawa pulang pingat-pingat yang telah mebebankan bas dan juga koster itu. Bukan juga membawa pulang perbualan-perbulan semangat dan umpatan-umpatan yang lebih membebankan timbangan dosa kita itu.


BerUKHUWWAH dan jangan berASOBIYAH…

Berukhuwwah tidak terhad kepada mantiqah, bidang pengajian, tabiat seseorang, keturunan, kepandaian, paras rupa, kebolehan seseorang, kekayaan, pangkat dan lain-lain. Tetapi ‘persaudaraan’ yang telah dibina oleh islam adalah ikatan akidah iaitu ISLAM.


Jangan terkeliru antara Ukhuwwah dan Asobiyah!!


Walaupun kedua-duanya kadang-kadang ada persamaanya dan masing-masing ada kelebihannya, namun pilihlah berUKHUWWAH. Kerana berASOBIYAH boleh memusnahkan UKHUWWAH, tetapi berUKHUWWAH tidak sekali-kali memusnahkan apa-apa pun malah menguatkan lagi.


Walaupun antara ukuran Ukhuwwah dan Perpaduan itu adalah meraikan tetamu yang datang, namun ia masih belum cukup sempurna. Hendaklah kita mengasihi tetamu tersebut seperti kita mengasihi diri kita sendiri. Dengan itu maka terhakislah perasaan ASOBIYYAH itu.


Kesimpulan...

Sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada pihak penganjur KARISMA pada tahun ini. Terima kasih juga kerana sudi menerima persinggahan kami sebagai tetamu di bandar kalian buat seketika. Semoga layanan Mu'tah pada KARISMA tahun hadapan (2012) lebih baik dan mesra.

"Kami datang kerana Ukhuwwah"


No comments: