Monday, February 22, 2010

TALAK bukan kezaliman terhadap kaum wanita..

Istilah أحوال شخصية atau personal status sinonim dengan pengajian fekah masa kini. Istilah tersebut di asaskan di Italy pada qurun ke 12 dan dibawa masuk oleh France ke dalam Negara islam, Mesir pada qurun ke 20. Kemudian istilah tersebut popular digunakan oleh fuqaha’ di mesir. Orang pertama yang menggunakan istilah tersebut ialah Muhammad Qadari Basya dalam penulisan kitabnya «الأحكام الشرعية في الأحوال الشخصية» .

Kini silibus pengajian dibeberapa universiti islam menggunakan istilah ini dengan membahagikan ia kepada beberapa pecahan seperti ZAWAJ, TALAK, MIROTH & WASOYA dan JINAYAT. Ini menunjukan bahawa kupasan ilmu2 tersebut hanya berdangkutan dengan hak-hak diri individu yang hidup mahupun yang sudah mati.

Perkahwinan merupakan satu ikatan antara dua individu berlainan jantina(lelaki dan perempuan bukan muhrim) , yang dengan ikatan tersebut maka terHALAL lah ape yang diHARAMkan sebelumnya(sebelum ada ikatan tersebut).

Ikatan sebegini hanya ada pada agama Islam yang mana antara tujuannya menjaga kemaslahatan dan kesucian zuriat keturunan penganutnya. Samaada ikatan atau akad ni kah ini dibina atas dorongan pilihan sendiri atau pilihan orang lain (ibu bapa), akad nikah tersebut tetap dikira sah.

Talak pula ialah satu cara untuk melepaskan ikatan perkahwinan atau nikah yang telah disebut sebelum ini. Dengan erti kata lain, si suami meninggalkan isterinya dengan alasan tertentu (yang dibenarkan syara’) dengan menggunakan cara talak satu, dua , atau tiga. Implikasi daripada jatuhnya talak ini adalah “bercerai”. Pasangan suami isteri tersebut terpaksa di asingkan tempat tinggalnya dan suami wajib member nafkah tertentu kepada isteri dalam tempoh pengasingan tersebut.

Talak dari segi istilah bermaksud “Mengangkat keHALALan dalam perhubungan (bersetubuh) daripada suami terhadap isteri dengan lafaz2 yang tertentu yang akan melibatkan keadaan dan harta(suami isteri tersebut).” Keadaan yang dimaksudkan adalah talak ba’in(talak yang tidak boleh dirujuk menggunakan akad nikah yang sama), samaada talak ba’in sughro atau kubro. Manakala harta adalah talak raj’I, iaitu talak yang boleh dirujuk dengan menggunakan akad nikah yang sama.

[sambungan]

No comments: