Ikhlas dan Ustaz.
Alhamdulillah wa syukru Lillah wa
ba'du...
Setiap manusia bergantung pada
amalannya. Setiap amalan bergantung pada niatnya. Setiap niat bergantung pada
ikhlasnya. Hanya amalan yang didasari dengan niat yang Ikhlas sahaja akan
diterima oleh Allah.
Sebenarnya sudah sedia maklum bahawa Ikhlas
merupakan tuntutan terhadap setiap individu Muslim. Kerana Ikhlas akan
mengibadat sesuatu amalan yang dikerjakan. Oleh itu, setiap orang yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat mesti mengerjakan setiap pekerjaannya dengan niat
yang Ikhlas kerana Allah Taala.
Ustaz pula ialah gelaran khas yang
diberikan kepada individu yang mempunyai ilmu agama atau sedang belajar ilmu
agama atau mengajar ilmu agama. Jika mengajar matematik atau bahasa melayu dia
akan digelar cikgu. Itu mungkin diperingkat pengajian rendah atau menengah.
Jika di universiti, tenaga pengajarnya dipanggil Doktor atau Prof. Begitulah seterusnya.
Namun Ikhlas tidak mengenal
gelaran-gelaran tersebut. Ikhlas hanya kenal gelaran Muslim. Setiap individu
yang bergelar Muslim wajib ikhlas dalam setiap tindakannya. Jika ia tidak
ikhlas dalam melakukan kerjanya, apa akibatnya? Adakah dia digantung kerja?
Adakah gajinya berkurangan?
Jawapannya tidak. Dia akan tetap
dengan jawatan dan gajinya. Tapi di sisi Allah, pekerjaannya berpuluh-puluh
tahun itu adalah sia-sia. Tiada saham pahala baginya di akhirat nanti. Yang
akan membantunya nanti hanya solatnya, puasanya, sedekahnya, baca qurannya.
Itupun kalau dia ikhlas mengerjakannya, jika tidak maka sehelai sepingganglah
dia di akhirat nanti.
AMBIL KESEMPATAN ATAS
KESEMPITAN.
"Ustaz, tahun ni dah ada
permintaan jadi imam tarawih? boleh tak ustaz jadi imam tarawih di masjid
kampung ana?" -ajak seorang JKK masjid.
" Setakat ni belum ada orang
minta lagi, insyaAllah kalau ana dikurniakan kesihatan yang baik ana boleh jadi
imam nanti." -balas saya sepontan walaupun dalam hati agak berat kerana
baru dapat kerja di MTAQA. Setiap hati terpaksa merentas perjalanan 60km.
"Ustaz jangan risau, minyak kereta
kami bagi klaim (jarak dari rumah saya ke masjid 40km pergi balik), dan
saguhati nanti kami akan bagi." -bodek dia lagi.
Saya hanya menganggukkan kepala
sambil senyum mendengar kata-kata itu. Di hati kecil ini sebak syukur kepada
Allah. Mungkin inilah pertolongan Allah untuk saya disaat saya sangat
memerlukan.
"Tahun ini bolehlah saya
kumpul duit lebih untuk persediaan kahwin." -Bisik nakal hati kecil ini.
"Tahun lepas siapa jadi imam
masjid tu?" -tanya saya lagi menyiasat latar belakang masjid tersebut.
"Tahun lepas kami jemput ustaz
tahfiz dari perak. Kami bagi rumah untuk dia duduk dekat dengan masjid. Dia
hanya imam subuh dengan tarawih je. Tahun lepas saguhati yang kami bagi RM
3xxx." -lancar huraiannya seperti membaca skrip yang telah diatur.
" Oh macam tu. Kenapa tahun ni
tak ambil dia lagi?" -saya meneruskan soal siasat.
"Setiap tahun masjid kami
tukar-tukar imam tarawih. Tukar angin. Nak ambil hati makmum. Lagipun ana
dengar ustaz jadi imam bagus, bacaan ustaz bagus "- jawapan serta gurauan.
" kalau saya jadi imam kat
masjid tu nanti, saya akan jadi imam tarawih sahaja tak boleh jadi imam subuh
dan tak nak jadi pentazkirah, dan saya nak buat 8 rakaat tarawih sahaja."
- syarat ringan dari saya.
"okey boleh, nanti saya akan
maklumkan pada pengerusi masjid nanti. Saya rasa tak ada masalah dengan
permintaan ustaz tu" -janji pemuda itu mengakhiri perbualan kami.
Ramadhan bermula. Saya memulakan
tugasan saya dengan kejutan pertama yag sangat menarik.
Tok Imam masjid bersama beberapa
jemaah masjid tersebut minta saya buat 20 rakaat. Hanya dimaklumkan selepas
solat isyak. Mana boleh saya menang jika
1 lawan 4, 5 orang. Pasrah dan laksanakan sahaja tanggungjawab dengan
bersungguh-sungguh lillah taala.
27 malam berlalu. Saya meminta dari
Tok Imam agar diberi kelonggaran bertarawih di kampung sendiri menjelang hari
raya. Tok Imam berkeras tidak mengizinkan dengan alasan "jemaah masih
mahukan ustaz". Bahkan dia menambah satu lagi kejutan.
"Ustaz tolong baca khutbah
raya di masjid ni boleh? Ana dah tua, dah bertahun-tahun ana baca, tahun ni
kalau boleh nak dengar orang muda pulalah. Boleh la ustaz ye." -mujamalah
Tok Imam Tua.
Terkelu lidah saya. Seolah dikunci
seluruh anggota badan saya. Tiba-tiba teringat nasihat ustaz saya sewaktu di
Maahad tahfiz, "pungutlah pengalaman sebanyak-banyak yang mungkin ketika
usia masih muda ni".
"Baiklah tok imam, nanti saya
tolong." - mulut saya melafazkannya sebelum hati mengizinkannya.
Tahun ini dalam sejarah. Saya
beraya di kelantan tapi bukan di rumah.
Setelah selesai solat aidilfitri
dan khutbah raya, saya bersalaman dengan jemaah masjid tersebut. Mungkin itu
wida' kami. Di akhiri dengan bersalaman dengan tok imam tua bersama beberapa
orang JKK masjid.
Sambil bersalam tok imam
menghulurkan sepucuk sampul surat putih yang berisi wang saguhati.
ALHAMDULILLAH....penat seorang imam tarawih 20 rakaat berseorang Allah sahaja
tahu.
"Terima kasih ustaz, ini ada
sedikit sumbangan dari pihak masjid, harap ustaz dapat terima." -ujar tok
imam tua.
"Takpe..ustaz ikhlas je jadi
imam tarawih ni. Bagi je berapa-berapa pun ....hehee" -suara salah seorang
JKK masjid tersebut menyelit sambil ketawa riang.
"Terima kasih juga, saya minta
maaf kalau ada kekurangan sepanjang saya jadi imam tarawih tahun ni. Saya minta
diri dulu nak jumpa mak ayah di kampung." -saya minta diri.
Sepanjang perjalanan pulang, riang
berhari raya bercampur gembira mendapat gaji dihias takbir hari raya dan
lagu-lagu raya di radio.
Sesampai di rumah saya bersalaman
dengan ahli keluarga, makan pagi dan menziarahi sanak saudara berdekatan.
Tengah hari saya pulang ke rumah untuk berehat sebelum zuhur. Sempat membuka
sampul surat putih untuk melihat rezeki "gaji" dan "klaim" saya
bulan ini. Gaji bulan ini RM 7xx.
Setelah tahu jumlah tersebut saya
terus terbayang kata-kata terakhir JKK tersebut. Sungguh mengecewakan. Dia
telah mengambil kesempatan atas kesempitan saya. “Ikhlas” adalah modalnya.
Bukan sedih dengan jumlah tersebut
tapi sedih dengan sikap Muslim. Saya boleh lupakan janji JKK masjid tersebut
sebelum saya dilantik menjadi imam tarawih tapi saya tidak akan pernah lupa
tentang pahala dari Allah Taala.
Demikian pengalaman saya yang saya
rasa sesuai untuk dikongsi pada kali ini. Banyak lagi pengalaman yang seirasnya
yang pernah dialami oleh para ustaz-ustaz di luar sana.
Ustaz mudah ditipu.?? Kenapa??
Kerana mereka tahu ustaz-ustaz tak akan berani mengungkit atau untuk minta duit
tersebut takut digelar "ustaz tidak ikhlas".
Motif saya kali ini bukan menagih
simpati tapi menyedarkan masyarakat dengan realiti para ustaz-ustaz.. Kalau
cikgu makan nasi, ustaz pun makan nasi. Kalau bisnesman berbelanja, ustaz pun
berbelanja. Kerana ustaz pun hidup di dunia.
Amaran ringkas dari saya. Jangan
cuba perangkap ustaz-ustaz dengan perangkap "Ikhlas" di dunia. Dan
jangan pernah anggap "ikhlas" itu perangkap bagi ustaz-ustaz. !!
Selamat berpuasa dan selamat
mengikhlaskan diri dalam setiap amalan.
1 comment:
College of Engineering at Unizah is a new college which is affiliated to Qassim University. It follows the same curriculum as that of the College of Engineering in the main campus.
Post a Comment