Sunday, June 7, 2009

Tiada Kesenangan Tanpa Kesusahan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Hanya kepadaNya sahaja kita menyembah dan hanya kepadaNya shj kita memohon pelindungan dan pertolongan. Maha suci Allah yang telah menciptakan seluruh alam ini dengan penciptaan yang sangat indah dan penuh dengan hikmahnya. Bumi yang tersergam indah dengan pemandangannya diciptakan berpasangan dengan langit yang tidak kurang indahnya dengan hiasan bulan dan bintang.

Banyak lagi ciptaan2 Allah yang menggambarkan akan sifatNya yang Maha Adil dan Bijaksana seperti penciptaan lelaki dan perempuan, siang dan malam, tinggi dan rendah, hitam dan putih dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa alam ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kesempurnaan dan stabil.

Kesenangan dan kesusahan juga merupakan dua situasi yang disediakan oleh Allah s.w.t kpd makhluqNya di muka bumi ini khususnya. Senang dan susah juga merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Bersedekah mungkin satu perkara yang mudah bagi orang yang sudah biasa dengan amalan bersedekah, tetapi ia amat susah bagi orang yang baru sahaja nak berjinak2 dengan amalan bersedekah.

Begitulah perbezaan susah dan senang antara setiap individu manusia sekarang. Walaupun benda yang hendak dikerjakan itu satu kerja yang baik, tak semestinya ia senang untuk dilakukan, kerana akan ada jua rintangan dan godaan yang akan datang menghalang. Ujian dalam kehidupan ini tidak mengenal baik buruk sesuatu amalan itu.

Firman Allah s.w.t dalam surah al mulk ayat kedua : "Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan itu untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya?"

Ayat di atas menunjukkan bahawa kehidupan manusia ini memang penuh dengan dugaan dan rintangan sementara untuk mencapai kesenangan. Ada yang hidupnya sentiasa dalam kesenangan di dunia ini dan ada yang sentiasa dalam kesusahan didunia ini. Ada sempat mendapat kesenangan didunia lagi selepas mengalami kesusahan dan ada yang belum sempat menerima balasan kesenangan didunia ini. Ujian yang dijanjikan ini tidak lain tidak bukan, hanyalah semata-mata untuk mencari pemenang atau juara dikalangan manusia yang akan dianugerahkan dengan ganjaran syurga yang kekal selama-lamanya. Ingatlah wahai hati-hati sekalian, Allah tidak pernah memungkiri janjinya.

Wahai muslimin dan mukminin, ayuh sama2 kita berdoa agar dicekalkan hati2 kita dalam menempuh ujian dalam kehidupan yang sedang dan bakal menjelma nanti. Kejayaan kita bukan apabila kita berjaya lari jauh dari masalah dan ujian, tetapi kejayaan dan kesenangan yang sebenar adalah apabila kalian berani menempuh ujian yang mendatang dengan kemampuan yang ada. Sehingga mampu mengukirkan senyuman tatkala ditimpa kesusahan dan musibah dengan rasa redha, syukur, sabar, dan tawakkal pada Allah s.w.t. Sebaliknya jangan cepat berputus asa dan mudah melatah dengan sesuatu masalah itu kerana mungkin itulah ujian yang telah dijanjikan ke atas kita sebelum kita dibalas dengan kesenangan yang besar di syurga Allah kelak.amin...

Firman Allah dalam surah an najmi ayat38-39: "Dan sesungguhnya bagi manusia itu setiap apa yang diusahakan, dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan semula (dipadang mahsyar)". Demikianlah penilaian akan dibuat kelak berdasarkan usaha manusia itu sendiri, bukan semata2 melihat kepada pencapaiannya didunia ini. Mungkin sehingga ke hari ini kita masih belum pernah meraih kesenangan dan kejayaan yang besar seperti orang lain melainkan hanya mendapat kejayaan yang kecil sahaja, tetapi percayalah bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui dengan isi hati ini.

Doakan niat dan usaha kami untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan pada tahun ini dimakbulkan. aminnn....

4 comments:

Anonymous said...

salam,

dpt sambung belajar kat jordan eh..
alhamdulillah.dpt course apa?

IBNU ALI said...

wsalam...

blum dpt ofer letter lg...bru siap hantar permohonnan...sy ambk kos syariah..doa kalian amat berharga...kamu tgh tggu twran jgk ke???

Anonymous said...

ouh..kos syari'ah...alhamdulillah..
smoga berjaya ya.sama2 kita slg mendoakan kejayaan umat islam zmn kini..sy xtggu twrn..tp,tgh stdy kt UPM Kampus Bintulu skrg..amek dip aje..

btw, sy mmg teringin sgt nk p blaja kt jordan..dgr org2 yg dpt smbung stdy kat sane pun..sy sudah rsa gembira teramat..subhanallah..

kalo ade rezeki dan diizinkan Nya..sampailah kamu ke jordan tu..ameen..eh, apply UIA x?

IBNU ALI said...

saya xapply UPU pn...mghrpkn jordan je,,,heheheh