Tuesday, August 26, 2008

Kunjungan Mahabbah...UIAM & USIM

Alhamdulillah.....16 Ogos 2008, MPMKUIS telah membuat lawatan mahabbah ke UIAM dan juga USIM. Dengan menaiki bas yang disewa, seramai 20 orang ahli yang mengikuti lawatan ini yang mana turut diwakili oleh wakil-wakil persatuan dan juga Jawatan Kuasa Sokongan Sekretariat. Sebelum ini, MPMKUIS telahpun mengadakan kunjungan kehormat ke MMU (Cyberjaya). Sambutan daripada pimpinan MPP disana juga amat baik.

Terima kasih diucapkan kepada semua Pimpinan Mahasiswa MMU& UIAM & USIM kerana sudi menerima kunjungan delegasi MPMKUIS ini. Berbekalkan semangat persahabatan dan kecintaan terhadap Islam, MPMKUIS mengharapkan hubungan yang baik antara Institusi Islam "gergasi" ini dapat terus dijalinkan dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi mencapai keredhaanNya.

Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada Setiausaha 1 MPPKUIS (saudara Arif bin Sarip) terutamanya kerana telah "setia dengan usahanya" untuk merealisasikan dasar ke lima MPMKUIS 2007/2008 dengan baik. Iaitu memperkukuhkan perhubungan luar antara MPMKUIS dan mana-mana agensi/ institusi luar dan dalam kampus.

Antara agenda-agenda yang dibawa ke kedua-dua IPTA terulung ini ialah antaranya perkongsiaan pengalaman berkepimpinan di IPT, perbincangan tentang isu semasa di Malaysia, pertukaran pendapat dan cadangan dalam gerakan islamiah di peringkat IPTA/IPTS.



  • Pertukaran cenderama dengan wakil Presiden SRC UIAM ( Saudara Fadhli- Exco Sukan )








Pertukaran cenderama dengan YDP MPPUSIM ( Saudara Farid Bin Din)







Bergambar bersama MPPUSIM depan bangunan Pentadbiran.








Bergambar bersama MPPUIAM di tangga besar UIAM.






Dengan tangan yang terbuka pihak MPMKUIS mengalu-alukan kedatangan MPP MMU,UIAM &USIM ke bumi KUIS ini. Moga bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini menjadi saksi persaudaraan kita yang pada hari ini..
Ilalliqo'




3 comments:

Anonymous said...

salam.. maaf, tumpang tanyer.. ade tak laman web src uiam?

B.M. said...

SAYA DH LETAK KT LINK "MENARA GADING"...TQ

B.M. said...

EH ,,,SILAP2....kat link persatuan..asif..