Monday, May 19, 2008

Air Mata IBU & AYAH


Disebalik lemah lembut IBU dan ketegasan AYAH terdapat sesuatu yang amat berharga. Tiada pengganti yang setara baginya di dunia ini. Allah itu Maha Mengetahui akan segala kejadianNYA. Seperti mana manusia memahami kehendak tubuh badannya, inikan lagi Allah yang telah mencipta tubuh badan tersebut. Ibu dan ayah adalah anugerah dari Allah taala untuk memenuhi tuntutan naluri setiap kehidupan yang diciptakanNYA di muka bumi ini terutamanya MANUSIA.

Anak yang dibesarkan dengan kasih sayang Ibu dan Ayah ialah anak yang beruntung. Manakala anak yang dibesarkan dengan tanpa kasih-sayang Ibu & Ayah juga amat beruntung kerana diberi peluang untuk mendapat kasih sayang terus menerus dari Allah.

"Ketika anak kecil, ibu & ayah adalah segala-galanya. Apabila dewasa, ibu & ayah hanyalah pelengkap. Apabila remaja, ibu & ayah adalah penghalang."-na'uzubillahi min zalik-

Hakikatnya ketika anak kecil, segala dosa kesalahan anak ditanggung oleh Ayah & Ibu. Ketika anak dewasa segala padah kenakalan anak dibimbangi dan ditangisi oleh ibu & ayah. Ketika remaja, segala perbuatan buruk yang dilakukan oleh anak disandarkan kepada nama ibu & ayah.

Berfikirlah wahai anak, apa untungnya ibu & ayah membesarkan anak jika begitulah keadaannya...?rugikah ibu & ayah menjaga dan membesarkan anak.? Buktikanlah wahai anak! bahawa anak mampu memberi keuntungan buat ibu & ayah di dunia dan di akhirat kelak. Berbaktilah pada Ayah & Ibu selagi masa dan kesedaran ini masih ada. Berdoalah untuk kebaikan mereka berdua.

"Bertahun-tahun ibu & ayah menjaga Along, Angah dan Acik. Kini tiba giliran ibu & ayah pergi meninggalkan keluarga buat sementara waktu. Namun Along tak mampu untuk menjaga adik-adik seperti mana ayah dan ibu menjaga kami dulu walaupun sesaat. Suapan Along tak sama dengan suapan ibu kepada adik walaupun sesuap. Tunjuk ajar Along tak mampu menyamai tunjuk ajar yang diberi oleh ayah kepada adik walaupun sehuruf."-sesalan seorang anak-

Ibu & Ayah TELAH menitiskan air mata untuk anak-anaknya. Adakah anak-anak MAMPU menitiskan air mata untuk ibu & ayah nya...?

No comments: