5 minit sebelum jarum panjang menunjuk tepat ke nombor
6..menunjukkan waktu 1.30 petang (waktu kelas muraja’ah al-Quran).
Aku melangkah kaki keluar dari bilik guru menghala ke kantin…
mencari seteguk air membasahi kerongkong yang makin kontang dek panahan matahari
di pasir mas….
Dari jauh mengerutkan dahi mengecilkan kelopak mata menarik
dekat kelibat seorang pemuda berkopiah berjambang…langkah kaki semakin
mendekatinya…
“Masya Allah…syeikh..lame tak jumpe, enta blaja kat mane
sekarang?” –aku bertanya.
“Ana baru balik dari South Africa
kelmarin..alhamdulillah..” –jawab Afiq (junior aku) sambil mengukir
senyuman rindu bertemu sahabat.
“Enta blajar takhassus ape kat sane? Balik ni dah habis
ke cuti?” –soalan ringkasku.
“Ish…ana baru tahun kedua..lagi 5 tahun lagi..ana blajar
Dirasat Islamiyyah..dulu lepas SPM ana sempat ke Maahad Qiraat Syoubro setahun….hehehe…”
–jawab Afiq berhias ketawa segan silu.
“Alhamdulillah…mabruk alaiyk..Allah yuftah alaiyk..ni
faqih Malaysia ni suatu hari nati ni…hahaha” –ujar ikhlasku sambil ketawa.
“ishh….mane adee….ni yang segan nak jumpe senior
otai-otai ni…” –dia seolah berdalih merendah diri.
Tiba-tiba terdengar suara dari belakangku menyeru …..
“Yaa syeeeeiiiikkhhhh…..! MasyaAllah…masyaAllah..masyaAllah…”
–panggilan dari Ustaz Asyraf (kawan lama Afiq).
Aku menoleh ke belakang sambil melemparkan senyuman sambil
menyapa Afiq lagi, “okeylah Afiq,..kawan lama enta mai dah tu…enta
borak-borak lah dengan dia dulu..ana kena mintak diri dulu..ade kelas..nati kita
borak lagi lepas solat zohor.” –ujar itu menangguh perbualanku seketika dengannya.
Belum jasadku meninggalkan Afiq, …
“Afiq..makin sihat nampak kau sekarang…” –Ustaz Asyraf
menyapa sambil memeluk Afiq.
Dengan riak wajah penuh kerinduan Afiq, dia masih hendak
memperkenalkan ustaz Asyraf kepadaku,..“haaa…ni la kalau nak kenal kawan
seperjuangan ana masa di Mesir dulu,..sempat la main Xbox skali niii…boleh kata
hari-hari laa….hahaha” –taaruf Afiq dengan bersaja.
Aku kemudian meninggalkan mereka berdua dengan seukir
senyuman membisu sahaja.
Langkah demi
langkah..semakin terngiang-ngiang taaruf Afiq itu di benak fikiran. Mungkin juga
itu satu aksi sepontan kerana terlalu seronok bertemu kawan karib.
Sambil berjalan..semakin lama semakin menyinggah
ungkapan-ungkapan sebegitu oleh kawan-kawan timur tengahku yang lain.
“Kenapa kau bagitau die yang aku blaja kat Mesir/ Jordan/
Syria (timur tengah)…….”
“Ana dulu blaja kat pondok je….(sedangkan dia graduan degree
Mesir)”
“Dulu ana time kat Timur tengah dulu..main je keje..dekat2
nak balik tu baru nak tengok2 kitab..”
“Kalau nak tahu…dia tu raja download dulu tu…”
“Saya dulu melancong je kat sana….”
Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang sewaktu dengannya.
*******
Apa yang ingin saya kongsikan kali ni ???
Yaa..memang ungkapan-ungkapan begitu mungkin hanya meniti di
bibir sahaja. Mungkin realitinya lain, kerana ingin merendah diri. Atau mungkin
juga ia benar-benar realitinya.
Tidak saya nafikan, saya sendiri pon pernah terungkap
perkara-perkara berikut. Namun tidak
salah untuk saya mengajak kawan-kawan saya bersama saya memikirkan perkara ini
bersama-sama.
Jika dibincangkan mungkin perkara ini boleh dilihat dari
sudut yang pelbagai. Saya hanya cuba untuk melihat dari satu sudut sahaja
dulu..yang selebihnya..saya tinggalkan untuk kalian pembaca untuk memikirkannya
dan membuat perubahannya jika perlu.
Rendah Diri yang melampau!
Jika kita perhatikan, kebanyakan graduan dari timur tengah (Maliziyyun)
pada suatu ketika dahulu mempunyai gah atau ‘izzah yang tersendiri. Manakala
kebanyakan graduan dari timur tengah pada masa kini kurang gah dan ‘izzahnya. Persoalannya …kenapa??
Kemudahan yang ada pada zaman mereka taklah banyak sangat.
Kemudahan pada zaman kita ni….masyaAllah. Tapi…kenapa??
Atau mungkin hiburan masa kini yang menyusahkan kalian untuk
nak belajar?? Kenapa jadi begitu?? Bukankah anda mampu memilih hiburan ??
Sebab malas?? Orang dulu-dulu tak kenal malas ke??
Sebab rasa tawaddhuk…rendah diri…?? Sampai orang tolak jadi
imam pon tak sudi?? Itu bukan rendah diri tapi hina diri……
Sebab anda rasa dah ramai orang yang dh pandai dan boleh
jadi pemimpin?? Itu bukan yang syeikh dan duktur kalian ajarkan……
Mungkin kita ada kisah silam yang tersendiri sepanjang
belajar di sana…okey…tak mengapa….tetapi kenapa harus disebut2 dan diheboh2kan
kepada orang lain pula di Malaysia !!?? Cukuplah kenangan tersebut menjadi modal motivasi diri anda di masa anda memerlukannya !!
Ingat !! Kebangkitan Islam tidak akan sempurna tanpa anda
yang belajar ilmu agama !!
Anda telah diberi pengecualiaan oleh Allah Taala daripada turut serta jihad berperang semata-mata untuk mendalami ilmu agama, kemudiannya anda dipertanggungjawabkan untuk memberi peringatan kepada masyarakat tatkala anda pulang ke tanah air. Jangan sampai anda didakwa oleh mereka yang telah berkorban darah keluar berjihad di jalan Allah Taala itu.. !! (lihat Surah At-Taubah : 122)
Anda telah diberi pengecualiaan oleh Allah Taala daripada turut serta jihad berperang semata-mata untuk mendalami ilmu agama, kemudiannya anda dipertanggungjawabkan untuk memberi peringatan kepada masyarakat tatkala anda pulang ke tanah air. Jangan sampai anda didakwa oleh mereka yang telah berkorban darah keluar berjihad di jalan Allah Taala itu.. !! (lihat Surah At-Taubah : 122)
No comments:
Post a Comment