يأيها الناس اتقوا ربكم الذي
خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبثّ منهما رجالاً كثيراً ونساءًا واتقوا الله
الذي تساءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيباً
(surah An-Nisa’)
Kita semua adalah sama,
Lelaki dan perempuan
tiada bezanya,
Cuma yang mulia hanya
yang tinggi taqwanya,
Bertaqwa dan
bertawakkal hanya pada Yang Maha Esa,
Moga istikharahmu mendapat
lebih baik dari kau sangka….
Terkadang yang “ Nisa’
” itu diutama,
Terkadang yang “Rijal “
itu diutama,
Hakikat keduanya dari
jiwa dan jasad yang sama,
Dicipta Adam,
ditenangkan dengan Hawa,
Lahirlah zuriat manusia
yang kelak kan binasa….
تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ:
لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاك
(Hadis)
Manusia berhajat pada
Adat,
Manusia hidup dengan Syariat,
Rela tidak tertunai
hajat, jangan rela hidup bermaksiat,
Syariat tidak mengikat
adat malah tidak menyekat-nyekat,
Bahkan syariat mengajar
manusia perihal adat…..
Hanya kerna harta,
pangkat, cantik, dan agama,
Sebuah ‘masjid’ dibina
bersama-sama,
Manis dan pahitnya
dirasa berdua saja,
Pesan Baginda agama itu
yang utama,
Memilih kernanya hidup
bertepuk tangan tanda bahagia…
الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة
(Hadis)
Dunia itu sangat indah kerana
hiasannya,
Nafsu syahwat pula si
pengikut setia,
Dihiasi manusia dengan
syahwat cintakan wanita,
Sehingga kulit manusia
dianggap fesyen dan gaya,
Hampir putus asa si
Nisa’ yang sentiasa usaha menutupnya….
Si perempuan itu bukan
perhiasannya,
Si Nisa’ ini yang
sebaik-baik perhiasan dunia,
Bukan hanya kerana
pakaiannya tapi kerana tingkahlakunya,
Keayuan dan ketaatan
hanya untuk suaminya,
Air mata dan hati yang
hanya untuk Sang Pencipta…
Pesan
Si ibu kepada anak perempuan kesayangannya :
Jadilah ‘orang gaji’ pada suamimu,
Nescaya dia akan menjadi ‘hamba’ padamu,
Sentiasalah ingat sepuluh pesananku,
Telah pun ku amalkannya dengan bantuan bapamu,
1)
Dampingi suamimu
dengan penuh qana’ah dan berpada-pada
2)
Dampingi dia dengan
penuh dengar kata dan taat padanya
3)
Jagalah dua matanya
4)
Jagalah hidungnya
5)
Jagalah waktu
makannya
6)
Jagalah waktu
tidurnya
7)
Jagalah hartanya
8)
Jagalah
anak-anaknya
9)
Jangan kamu berseronok
ketika dia berduka
10) Jangan
pula kamu berduka ketika dia bergembira
No comments:
Post a Comment