Nawaitu berkahwin
untuk mendapat cinta Allah, anawaitu mencintai Rasulullah dengan menyahut
saranannya “berkahwinlah dan perbanyakkan zuriatmu sesungguhnya aku sangat
berbangga kalian wahai umatku di hari akhirat”,…
nawaitu
dengan perkahwinan ini bersama apa yang
telah aku lakukan melalui perkataan dan perbuatan ini hanyalah mengharap
keberkatan dan doa anak-anak soleh selepasku, atau beroleh syafaat jika kematiannya sebelumku (di
waktu kecilnya),…..
Nawaitu
berkahwin untuk melindungi diri dari syaitan dan bisikan kemusnahannya, untuk menundukkan pandangan dan mengurangkan
keraguan dalam diri, nawaitu menjaga kehormatan diri dari sebarang kemungkaran,…
Nawaitu
berkahwin untuk mententeramkan roh dan jiwa dengan ketenangannya melalui duduk
bersama-sama, pandang memandang, bergurau senda , agar hatiku sentiasa segar
dan bertenaga untuk beribadah padaNya, nawaitu meluangkan masa untuk
menyibukkan diri membantu isteriku di dapur memasak, menyapu , mengemas, dan
menjaga si cahaya mata…
Nawaitu
berkahwin untuk melatih diri lebih berdikari dan matang dalam penjagaanku dan
kepimpinan ku..dan berusaha bersungguh-sungguh menjaga akhlak isteriku,
menjaganya dari sebarang bahaya dan sakit, bersunguh-sungguh memperbaiki
kesilapannya dan memimpinnya ke jalan yang benar, mencari yang halal untuknya,
dan mentarbiah anak-anak dengan sentiasa memohon pemeliharaan dari Ar-Rahman
Ar-Rahim.
Nawaitu ini
semua hanya kerana Allah Taala.
Semoga
nawaitu berkahwin seperti niat-niat hambaMu yang saleh dan ulama’ yang beramal.
Allah
dampingilah aku seperti Engkau mendampingi mereka, tolonglah aku seperti engkau
telah menolong mereka, cukupkan bagiku dengan apa yang telah engkau kurniakan
padaku, kabulkan permintaanku, perelokkan padaku dari semua sudut dengan kasih
sayang dan kemuliaanMu, sihatkan daku, ampunkan daku, rahmatilah daku,redhalah
padaku, masukkan daku dalam syurgaMu, jauhi daku dari nerakaMu …..
Wahai
Allah, jadikan aku dalam perkahwinan ini penuh dengan pertolongan, keberkatan,
keselamatan dan selamatkan daku dari kesibukan duniaku dari mengingatiMu,
jangan Kau palingkan daku dari Taat padaMu, tempatkan daku dalam kesempurnaan
dan keampunanMu,…
Wahai
Allah, pergerakan dan diamku adalah perjanjianku denganMu, maka peliharalah
daku di mana saja aku berada, lantiklah daku seperti mana engkau telah melantik
hamba-hambaMu yang soleh…
Wahai
Allah, hidupkan daku dan mereka di atas landasan al-Quran dan al-Sunnah..aku
mohon padaMu penghujung yang baik dan kesihatan tubuh badan, rezekikan pada ku
dengan amal ibadah yang mendekatkan diriku padaMu…selawat dan salam atas
junjungan mulia Muhammad S.A.W…dan
segala pujian itu hanya untukNya….
No comments:
Post a Comment