Saturday, February 27, 2010

"KURSUS PERUBATAN ISLAM" di JORDAN




-> Pendaftaran mulai sekarang dibuka di talian :

*Aiman Sufyan Bin Aezman
(
aiman_sufyan@yahoo.com /0777524682)

* Asiken Binti Md Jusoh
(
nurasyikin_wawidad89@yahoo.com.my / 0777953358)


-> Pembayaran hanya :

*
JD 3 (kepada ahli KMKJ,BKAPJ, MPKJ)

*
JD 4 (kepada bukan ahli)


-> Tarikh tutup pendaftaran :

*
8 / 3 / 2010 (Isnin)

Friday, February 26, 2010

Sanah Helwah Ya Rasulallah...



Wahai Hamba Allah yang mulia,

KehadiranMu di nanti-nanti,
KewujudanMu dihargai,..
PemergianMu ditangisi,.....
Namun segala peninggalanMu akan ku cari...


Wahai Pesuruh Allah yang taat,

WajahMu sentiasa berseri,..
walau badai sentiasa di hati...
mengharap kemenangan di hujung hari...
terbukti ia menjadi realiti....


Wahai Pemimpin yang penuh bakti,

Tampak tegas ketika berdiri...
Hakikat Kau lembut dalam berbudi...
sungguh Kau terhormat di sisi ilahi..
namun Kau sentiasa raikan sahabat-sahabat di sisi..



Wahai Suami yang mithali,

Engkau jejaka rebutan bidadari...
bukan semata kacak tapi luhur pekerti..

mendidik anak isteri dengan sentuhan hati...
namun Kau tak pernah lalai pada Illahi..



Wahai Sahabat yang setia,

Nasihat Mu tak pernah mengguris hati...
Kesilapan sahabat Kau terus perbaiki...
tidak mengharap perubahan hari ini...
tapi untuk kebaikan di belakang hari..
.


Wahai Idola yang dicari-cari,


cakapMu, diamMu, lakuMu itu sakti...
sebagai senjata di hutan yang sepi...
untuk mengecapi kebahagian yang hakiki...
namun masih ramai yang tidak sedari semua ini...



Wahai Mu'allim yang murabbi,


Engkau wasilah mengenal Illahi...
dengan ikhlasMu ilmu terus ke hati ini...
Engkau sampaikan ilmu dengan penuh dedikasi...
Apa yang baik itu dari Allah dan apa yang kurang itu dari kelemahan diri...



Tuesday, February 23, 2010

Rahsia Wahyu Pertama

لا إله إلا الله، محمد الرسول الله

"Tiada Tuhan yang disembah melainkn Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah".

Kelahiran Muhammad S.A.W sebagai utusan terakhir mengakhiri segala syariat2 nabi2 dan rasul2 terdahulu. Juga merupakan penghulu segala nabi2 dan rasul2 sebelumnya. Kedatangannya membawa berita gembira daripada syurga dah peringatan daripada neraka Allah Taala. Pendokong panji syariat Islam di muka bumi ini.

Di anugerahkan Al-Quran sebagai satu daripada pelbagai mukjizat kerasulannya. Untuk menutup mulut dan mata musuh Islam. 63 tahun baginda hidup dan berbakti untuk Allah dan agamanya Islam di muka bumi ini. Tiada sedetik pun dari hayat baginda melayang begitu sahaja tanpa mengingati dan menyeru sekalian makhluk kepada Allah.

Kehidupan sebelum kerasulan nya menjadi hujjah kepada kehidupan ketika dan selepas kerasulannya. Telah terpateri pada diri baginda segala sifat2 mahmudah, siddik amanah, tabligh, dan fatonah. Telah diakuinya oleh golongan2 ilmuan bukan islam, apatah lagi orang2 Islam dan ilmuan2 islam kini.

Dakwah baginda yang mula beroperasi secara rasminya d Makkah dan Madinah yang mengambil masa selama 23 tahun. Pelbagai strategi, cubaan, ujian , dan tohmahan yang dihadapi oleh baginda s.a.w dalam fatrah tersebut. 12-13 tahun di Makkah dan 9 tahun di Madinah cukup memberi impak yang besar keapada permula perkembangan ISlam di muka bumi ini.

Namun segala2nya bermula dengan wahyu pertama kenabian yang diturunkan oleh Allah kepada Pesuruhnya Nabi Muhammad melalui Jibril A.s di gua Hira'. Setelah berbulan2 baginda ber'uzlah di gua tersebut mencari ketenangan dan membuat persediaan demi meneruskan dakwah yang lebih mencabar.

Wahyu pertama kenabian ialah 5 ayat2 suci al-Quran dari permualan surah al-'alaq. Manakala wahyu pertama kerasulan ialah dari permulaan surah al-Muddasthir.

Nabi membawa maksud seorang yang membawa berita dan perkhabaran dari Allah sebagai pedoman kepada hamba2NYA. Manakala Rasul bermaksud seorang utusan yang dilantik oleh Allah untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan dari Allah dan melindungi kebaikan dan memerangi kemungkaran di muka bumi ini. Semestinya seluruh Rasul itu adalah Nabi, tetapi tidak semua Nabi itu adalah Rasul.

Perlantikan dan pengiktirafan yang diberikan kepada nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul itu berlaku ketika baginda mencecah umur 40. Namun perlantikan ini bukanlah suatu yang mengejutkan bahkan ia telah didahului dengan petanda2 tertentu seperti batu2 yang memberi salam kepada nabi,awan bergerak menaungi nabi dalam perjalanan musafir nabi dan mimpi2 yang aneh. Hikmahnya adalah perlunya ada persediaan dan persiapan diri sebelum seseorang itu menerima suatu amanah dan tugasan dari Allah.

Isi kandungan amanah dan tugasan tersebut disiratkan oleh Allah dalam wahyu pertama yang diterima oleh baginda s.a.w di gua hira' iaitu dalam surah al-'Alaq. Ayat2 tersebut sarat dengan hikmah dan mesej kepada Nabi Muhammad khususnya dan kepada seluruh umat islam amnya.

Teras kepada seorang da'ie di jalan Allah adalah dengan memahami , menghayati dan menjaga 3 unsur penting yang terkandung dalam wahyu pertama tersebut.

Secara amalinya kalimah الانسان diulang dua kali dalam wahyu pertama itu, kalimah اقرأ juga diulang dua kali dan kalimah قلم disebut secara tunggal. Oleh itu 3 unsur tersebut adalah :

1-الانسان
2- اقرأ
3- قلم

Tiga unsur ini perlu dijaga untuk ......[ sambungan]

Monday, February 22, 2010

TALAK bukan kezaliman terhadap kaum wanita..

Istilah أحوال شخصية atau personal status sinonim dengan pengajian fekah masa kini. Istilah tersebut di asaskan di Italy pada qurun ke 12 dan dibawa masuk oleh France ke dalam Negara islam, Mesir pada qurun ke 20. Kemudian istilah tersebut popular digunakan oleh fuqaha’ di mesir. Orang pertama yang menggunakan istilah tersebut ialah Muhammad Qadari Basya dalam penulisan kitabnya «الأحكام الشرعية في الأحوال الشخصية» .

Kini silibus pengajian dibeberapa universiti islam menggunakan istilah ini dengan membahagikan ia kepada beberapa pecahan seperti ZAWAJ, TALAK, MIROTH & WASOYA dan JINAYAT. Ini menunjukan bahawa kupasan ilmu2 tersebut hanya berdangkutan dengan hak-hak diri individu yang hidup mahupun yang sudah mati.

Perkahwinan merupakan satu ikatan antara dua individu berlainan jantina(lelaki dan perempuan bukan muhrim) , yang dengan ikatan tersebut maka terHALAL lah ape yang diHARAMkan sebelumnya(sebelum ada ikatan tersebut).

Ikatan sebegini hanya ada pada agama Islam yang mana antara tujuannya menjaga kemaslahatan dan kesucian zuriat keturunan penganutnya. Samaada ikatan atau akad ni kah ini dibina atas dorongan pilihan sendiri atau pilihan orang lain (ibu bapa), akad nikah tersebut tetap dikira sah.

Talak pula ialah satu cara untuk melepaskan ikatan perkahwinan atau nikah yang telah disebut sebelum ini. Dengan erti kata lain, si suami meninggalkan isterinya dengan alasan tertentu (yang dibenarkan syara’) dengan menggunakan cara talak satu, dua , atau tiga. Implikasi daripada jatuhnya talak ini adalah “bercerai”. Pasangan suami isteri tersebut terpaksa di asingkan tempat tinggalnya dan suami wajib member nafkah tertentu kepada isteri dalam tempoh pengasingan tersebut.

Talak dari segi istilah bermaksud “Mengangkat keHALALan dalam perhubungan (bersetubuh) daripada suami terhadap isteri dengan lafaz2 yang tertentu yang akan melibatkan keadaan dan harta(suami isteri tersebut).” Keadaan yang dimaksudkan adalah talak ba’in(talak yang tidak boleh dirujuk menggunakan akad nikah yang sama), samaada talak ba’in sughro atau kubro. Manakala harta adalah talak raj’I, iaitu talak yang boleh dirujuk dengan menggunakan akad nikah yang sama.

[sambungan]

"Mengenali Allah, pintu pengampunan seorang hamba.." -Akidah 1

Al-quran merupakan satu sumber Islam yang paling berautoriti. Kehormatan hukum hakam di dalamnya wajib dijaga. Mengingkarinya dianggap kufur.
Ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
1-Akidah
2-Syariah
3-Kisah2 teladan sejarah para nabi terhadulu.

MENGENAL ALLAH adalah cabang utama dalam ilmu Akidah.Iajuga merupakan anak tangga pertama kepada semua orang islam untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang hamba di dunia. Mengenalli dengan erti kata beriman dan yakin pada zat dan sifatnya.... MUMKINAT, MUSTAHILAT, WAJIBAT ...

Akidah dan Iman mempunyai fungsi dan formasi yang sama iaitu mentauhidkan Allah (tidak menyekutukan Allah). Imam Syafie pernah berkata , “Aku beriman dengan apa yang datang dari Allah mengikut kehendakNya.” Demikian jawapan seorang ilmuan islam yang apabila ditanya pada tentang Allah. Beliau menyerahkan segala pengetahuannya pada Allah. Bukan bermaksud beliau jahil tentang Allah, tetapi beliau menjunjung keEsaan Allah taala.

Apa itu Allah? Dimanakah Allah?

Persoalan yang tidak harus dikemukakan dengan sewenang2nya, persoalan yang ditimbulkan daripada seseorang kepada seseorang tanpa ada ilmu dan tanggungjawab amatlah tidak digalakkan seperti golongan awam yang tidak mendapat pendidikan agama yang mendalam. Namun mahasiswa islam wajib mempunyai "ilmu" tentangnya.

1-Allah di atas langit.
2-Allah di segenap tempat.
3-Allah di bawah arasy.
4-Allah bersemayam di atas arasy.
5-"wallahu a'lam"

Demikian antara jawapan2 yang sering berlegar di fikiran kita. Namun, yang manakah jawapan yang paling dekat dengan kebenaranya..?

[sambungan]

Sunday, February 21, 2010

Sudah bersediakah aku…??


Setelah lebih kurang sebulan menikmati cuti pengajian di bumi anbia’ , kini semester kedua sudah di depan mata. Samada aku nampak atau tidak nampak, bersedia atau tidak bersedia, mahu atau tidak mahu…ia sudah datang...

Mengimbau kembali, detik2 silam sebelum ku diizinkan menjejakkan kaki ke bumi yang penuh sejarah ini. Aku terasa amat2 bersyukur dengan peluang yang dikurniakan ini. Alhamdulillah….

Bermula dengan aku beroreantasi di KUIS, kemudian terpaksa melepaskan peluang keemasanku..ke tanah suci madinah…seterusnya aku mengukir senyuman menoleh ke bumi anbia’ Urdun…

“KUIS kata pergi, MU’TAH kata mari..” mungkin begitulah permulaan ceritanya aku dicuba dan diduga dengan pelbagai ujian dari Allah. Selepas ku diizinkan menyiapkan “kajian ilmiah” di KUIS, dengan tajuk pilihan jabatan, penyelia yang amat memahami (jiwa raga) al fadhil ustaz Rosli bin Mokhtar, aku mula menjenguk2 peluang utk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda.

Ditemani teman sekelas seperjuangan segrade sekepala sejenis seeee (arif & muaz )…..kami mengisi borang KPT utk melanjutkan pengajian ke JORDAN. Macam2 andaian dan khayalan kami, apabila kami bersama2 diterima belajar Jordan. Sma2 belajar, sama2 muraja’ah, sama2 talaqqi, sama2 masak sama2 cari kawan arab dan sebagainya lah…Tapi kami tak penah lupa yang duit di Jordan ni mahal berganda2 dari Malaysia. Dalam masa yang sama, kami berusaha mncari “fulus” juga la. Bekerja mencari rezeki yang halal….di sana aku memahami sedikit dari pengorbanan seorang ayah dan ibu..

Kehulu kehilir……menguruskan borang2 kemasukan ke Universiti di Jordan melalui KPT Malaysia, tak cukup 24jam, tak cukup tanah,..”JFS 5782” menjadi bukti untuk segalanya..huhu. Hari bertukar hari, ku harungi dengan macam2 harapan dan ujian, namun ku ubatinya dengan semangat kebersamaan dengan kawan2 tadi. Baru ku sedar, susah utk memenuhi kehendak diri, susah lagi nak memenuhi kehendak KPT untuk sambung belajar tu. .masyaAllah.. Macam bola dah dibuatnya, Putrajaya, ITNM, Kementerian Luar, Kementerian Pengajian Swasta, KUIS, JPN, Sek. Keb. Men Al-Amin,bangi, Bukit Mahkota…itulah destinasi2 yang kerapku ziarah untuk urusan tersebut.

Setelah 90% selesai urusan tersebut, terasa ringan sikit bebanan di bahu ini, tapi tiba2 …“Syidi, kami nak minta maaf sangat2..kami rasa kami nak bertukar arah untuk sambung belajar di MOROKO, sebab kami akan dapat bantuan penuh dari MAIS kalau kami pergi belajar di sana”..khabar sahabat2 sekelasku yang aku sudah terbayang2kan suasana kami bertiga di JORDAN nati, hatiku bak cermin jatuh dari tingkat 12.,,kecai…
Kadang2 bersinar jgk mata ini kalau diimbau2 kembali..yela..kalau nak di fikir2kan kewangan untuk aku melanjutkan pengajian di JORDAN ni pon memang teramat kritikal. Sekali sekala pernah jgk terlintas difikiran untuk bekerja saja menolong ibu dan ayah biaya adik2 belajar… Namun aku tau, keputusan aku itu akan lebih mengecawakan ibu dan ayah. Tapi takpe lah,…

Allah itu Maha mengetahui akan perasaan makhluk ciptaannya. Digantikan dua orang pendorong semangatku itu dengan dua orang yang kini bersamaku. Namun aku masih menunggu kedatangan kalian berdua ke bumi JORDAN ini..Arif dan Muaz…ana tunggu..hehehe…

Kini…satu semester telah berlalu yang pastinya tidak akan datang padaku lagi. Namun aku terasa masih banyak lagi ruang2 peluang 24jam yang masih belumku manfaatkan sebaiknya sepanjang semester lepas. Kalau belajar kerana manusia, itu salah. Kalau belajar kerana semangat, itu tak akan lama. Kalau belajar kerana sijil, itu silap. Kalau belajar kerana nama, itu tak kemana. Belajarlah untuk beramal dan beramallah kerana Allah.

Namun…..Sudahkah aku bersedia untuk memperbaiki kekurangan dan kesilapan yang lepas itu..?? Ingatkah aku pada keperitan yang aku alami sebelum sampai di JORDAN ini..?? Berbaloikah jasa2 ibu dan ayah dan pengorbanan2nya itu..??

Untuk memulakan semester baru ini, aku mulakan dengan coretan ini, moga2 aku tidak lupa harapan kedua ibu bapaku, harapan kawan2 ku, impian2ku, usaha2ku…..semoga Allah menerimanya sebagai amal ibadah disisiNYA dan semoga sentiasa tersemat di benak fikiran ku semua itu…. Amiiin..