Thursday, July 10, 2008

سيد الأيام= يوم الجمعة

Allah Taala telah menciptakan siang, malam, hari, minggu, bulan, tahun, abad, dan kurun bersama hikmah-hikmahnya yang tertentu. Dengan kejadian siang dan malam juga, manusia dapat merancang sesuatu untuk masa hadapan. Samaada untuk kebaikan ataupun keburukan. Seluruh Muslimin akan berpusu-pusu menuju ke masjid pada hari JUMAAT. Menunaikan kefardhuan dari Allah serta menghayati Sunnah Rasulullah . Kakak, isteri, ibu, nenek dan anak kecil ditinggalkan di rumah tatkala muslimin pergi menunaikan ibadah Solat Fardhu Jumaat.

Telah ditetapkan bilangan hari bagi setahun ialah 365 hari, 1 bulan = 30 hari, dan 1 minggu = 7 hari. Purata umur manusia akhir zaman ini ialah 70-80 tahun (di Malaysia). Maknanya (70 x 365) =25,550 hari manusia itu akan hidup bersama pelbagai godaan, cubaan, musibah, pengalaman, suka duka dan macam2 lagi...Perlu diingatkan juga bhw nombor itu juga membawa erti kepada bilangan helaian CATATAN AMALAN HARIAN kita oleh para malaikat iaitu "Buku amalan Si Fulan Bin Si Fulan-25550 mukasurat"........

[ Sambungan..]